Wednesday, 19 October 2011

RAHSIA ANAK BIJAK DAN KUAT INGATAN DENGAN HOMEOPATHY


IQ & EQ Booster Untuk Kecerdasan Minda

http://2.bp.blogspot.com/_AomIg2-Ao9g/SwQZlRaWNuI/AAAAAAAAASo/uzQHlhCl-hQ/s1600/Iq+and+eq+Booster.JPG
IQ & EQ Booster telah hampir menyambut tarikh lahir yang ke 12 pada sekitar Februari 2010, dengan wajah baru, botol baru dan harganya sepadan dengan kuantitinya dari yang dahulu hanya 200-250 tablet tapi kini kandungannya 300-350 tablet dengan harga terbaru RM55 & Sabah & Sarawak RM60. Harga IQ & EQ Booster tidak pernah dinaikkan semenjak 1998 sehinggalah hari ini, kenaikkan harga itupun kerana kuantitinya telah berubah.
IQ & EQ Booster masih berfungsi dengan selamat menjana minda anak-anak yang lesu akibat tekanan pembelajaran yang begitu padat. Sekolah Kebangsaan , Sekolah Agama , tuisyen, kokurikulum, kerja rumah dan pelbagai lagi rutin harian yang di input kedalam jadual mereka. Adakah kita sebagai ibu bapa pernah membayangkan betapa penatnya minda dan tubuh mereka?.
IQ & EQ Booster bukanlah remedi ajaib yang diambil dari dasar lautan mahupun dipuncak gunung atau didalam gua misteri tetapi hasil kajian pakar-pakar homeopati semenjak ratusan tahun mengenai “baja minda” yang mampu menghasilkan caj-caj positif kepada otak. Otak adalah tunggak kepada keseluruhan tubuh, sekiranya seseorang itu disahkan “mati otak” maka berakhirlah riwayat seseorang itu walaupun jantung anda masih berdenyut-denyut. Mahalkah remedi ini untuk otak kita?
[tenper2.jpg]

Apa itu IQ ?

IQ adalah akronim bagi Intelligent Quotient, ia merujuk kepada markah yang diperolehi semasa mengadakan ujian standard bagi beberapa orang atau kanak-kanak, dan markah tersebut akan dikira mengikut pengiraan markah yang dijawab oleh seseorang atau kanak-kanak tersebut , contohnya, kanak-kanak berumur 10 tahun mendapat markah setaraf atau lebih tinggi dari kanak-kanak 13 tahun, maka kanak-kanak tersebut mempunyai IQ pada kadar mengikut kiraan seperti dibawah.*
[c684921726bb348c9f018fc942f63543.png]
Contoh mengira IQ* , sekiranya seorang kanak-kanak berumur 10 tahun memperolehi markah setaraf dengan kanak-kanak berumur 13 tahun, maka pengiraannya 100 x 13 bahagi 10 = 130, maka IQ kanak-kanak yang berumur 10 tahun tersebut ialah 130.
Seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai EQ yang tinggi juga, kerana IQ hanyalah ukuran untuk menilai kepandaian seseorang didalam bidang ilmiah seperti bidang mathematik dan sains, ia bukanlah merujuk pada emosi dan lain-lain skil.
Ujian IQ ini dicipta oleh seorang Ahli psikologi Peranchis, Alfred Binet pada tahun 1905.
[brain1.jpg]

Apa itu EQ ?

EQ adalah akronim bagi Emotional Quotient atau juga di sebut emotional intelligent. EQ ialah mengenai kapasiti seseorang mengawal emosi diri sendiri dan juga berkebolehan mengawal emosi orang lain, seseorang yang mempunyai tahap yang tinggi EQnya selalunya akan menjadi pemimpin didalam satu kumpulan atau komuniti.
EQ memainkan peranan untuk menjadikan seseorang itu lebih berjaya didalam kehidupan, perhubungan dan juga karier. Sekiranya seorang pelajar itu mempunyai tahap EQ yang baik, ia mampu mengawal diri dari dari terjebak kearah aktiviti tidak sihat, berkebolehan dan mempunyai skil sebagai pemimpin.
Mengikut kajian juga tidak semestinya seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi , juga mempunyai EQ yang baik. Ini ialah kerana IQ ialah kebolehan mengira, menghafal dan lebih kepada kepandaian akademik semata-semata tapi EQ pula ia menjurus kearah kawalan emosi, skil, pergaulan, mampu mengawal emosi sendiri dan orang lain dan kecenderungan untuk menjadi ketua didalam satu-satu kumpulan.
Bagaimana Penawar Homeopathy Membantu Otak?
Homeopathy Biochemic Cell Salt (garam tisu) mengimbangi dan memelihara hormon penting iaitu adrenalin (ephinepherine), norepinephrine, atau dopamine. Ini ialah kerana Biochemic Cell Salt (garam tisu) adalah Potassium Phosphate (kalium Phosporicum) adalah sebahagian dari sel-sel didalam otak. Apabila adrenalin pada tahap yang terbaik otak juga berfungsi dengan baik maka keseluruhan tubuh mendapat manfaatnya.
saraf elektrik (electrical nerve)
Otak mempunyai 100 billion sel yang kebanyakkannya terdiri dari saraf-saraf (nerve). Pada asasnya saraf-saraf in boleh dikawal bila anda ingin membuka / tutup, semacam suis lampu di rumah anda, saraf ini (tutup) bila anda berehat atau tidur dan akan (buka) bila saraf itu mengeluarkan atau mencetuskan impuls kearah badan sel yang terdiri dari satu saraf (atau wayar kecil) kecil yang panjang di panggil “axon” dan dihujungnya akan mengeluarkan kimia ke “synapse” di mana akan mencetuskan satu lagi neurons untuk menghantar mesej, sepanjang proses itu berbilion “axon” memproses kuantiti kecil caj elektrik yang dianggarkan kuasa elektriknya seakan mentol elektrik 60 watt!.
[nervous+cells.jpg]

Sel saraf

Disinilah zat Potassium phosphate (kali.Phos) diperlukan untuk melancarkan aliran elektrik tersebut. Alat untuk mengukur aktiviti elektrik didalam otak dipanggil EEG (electroencephalograph).

Info:

  • · axon (akson) suatu serat saraf, satu unjuran yang memanjang dari badan ke sel neuron dan membawa impuls-impuls saraf jauh darinya
  • Synapse (sinaps), ialah celah yang amat kecil pada hujung suatu serat saraf dan melaluinya impuls-impuls saraf melintas dari suatu neuron ke neuron berikutnya. Apabila sampai ke sinaps, suatu impuls menyebabkan pembebasan satu neurotransmitter yang meresap seberang celah sinaps dan mencetuskan suatu impuls elektrik pada neuron berikutnya.
[neuron2.gif]

neuron

Setiap dari berbilion neuron itu akan “memuntahkan” kimia yang akan mencetuskan neuron-neuron baru. Setiap neuron menggunakan kimia yang berlainan, kimia in dipanggil “transmitters”, dan diberi nama seperti epinephrine, norepinephrine, atau dopamine.
Memang terdapat segelintar insan yang dianugerah Allah dengan kadar IQ yang tinggi, tetapi golongan ini tidak ramai. Percayakah anda ? Anak-anak anda yang dilahirkan dengan kadar IQ yang biasa (average) boleh menjadi anak-anak yang genius?.
Saya sering berhadapan jawapan dari segelintir ibu bapa seperti ini,
“anak saya tidak makan apa-apa ubat pun, tapi score 5A”
Memang benar anak-anak itu mampu memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, tapi tahukah anda minda juga memerlukan nutrisi atau “baja” bagi mencetus impuls-impuls positif.
Kekurangan zat nutirisi menjadikan anak-anak itu seorang murid yang pasif dan hanya pintar sewaktu menjawab peperiksaan kerana, soalan peperiksaan adalah hasil dari latihan ulang kaji dan latih tubi. Anak-anak itu akan menjadi seperti robot yang mahir menjawab soalan sahaja, tetapi mereka tidak ada pencetus untuk berdikari di masa zaman pekerjaan mereka nanti.
Apa itu adrenalin?, adrenalin ialah hormon terpenting yang dirembeskan oleh bahagian medulla kelenjar adrenal. Ia mempunyai kesan-kesan yang meluas ke atas peredaran, otot-otot dan metabolisme gula. Tindakan jatung bertambah, kadar dan tingkat pernafasan bertambah, kadar metabolik meningkat: daya pengecutan otot bertambah baik manakala permulaan kelesuan otot diperlambatkan. Pada masa yang sama bekalan darah ke pundi kencing dan usus-usus dikurangkan.
Sementara norepinephrine (norepinefrin) atau noradrenaline (noradrenalin) ialah hormon yang berhubung rapat dengan adrenalin, dirembeskan oleh medulla kelenjar adrenal dan juga dikeluarkan sebagai satu neurotransmitter pada hujung saraf simpatetik. Di antara tindakan-tindakannya ialah penyempitan pembuluh darah kecil – pembuluh darah yang mengakibatkan kenaikan tekanan darah sekiranya proses ini tidak terkawal. Dopamine ialah sebagai agen penghantar.K
Kesimpulannya komputer yang direka oleh manusia bukanlah tandingan bagi otak manusia yang dicipta oleh Allah.

Menjana “Booster” IQ & EQ, Kisah Benar atau Gimik?

Mengimbau kembali kisah silam saya sendiri di sekitar tahun 1974 sewaktu itu saya berumur lima tahun, sudah boleh membaca Majalah Dewan Pelajar, terbitanDewan Bahasa Dan Pustaka. Paling saya minati ialah komik yang berkonsepkan pengajaran yang didukung oleh watak BUJAL.
Sewaktu di darjah satu pada waktu itu kanak-kanak yang celik huruf amatlah sedikit, oleh itu guru kelas saya sewaktu ketiadaannya didalam kelas , akan meamanahkan saya menjadi “guru” kerdil pada kawan-kawan saya didalam kelas.
Saya tidak dilahirkan sebagai genius, malah ibu saya yang mengajar saya membaca itu pun hanya bersekolah sekadar darjah enam pada penghujung 40an. Tetapi ibu saya mempunyai perwatakan yang garang dan serius, mungkin kerana itulah yang membolehkan saya membaca pada usia semuda itu. Pada waktu itu juga pemakanan seharian lebih kepada makanan tradisi yang menyihatkan, tidak bercampur bahan pengawet dan perasa yang berlebihan seperti sekarang.
Boleh di katakan anak-anak zaman millennium, amat bertuah kerana terdapat “bantuan” untuk merangsang minda. Pil minda Homeopathy memang terbukti berkeupayaan membantu sebagai “booster” pada minda anak-anak kerana penawar atau pil minda Homeopathy mempunyai Biochemic Cell Salts (Garam tisu) yang terdiri daripada Potassium Phosphate atau dalam Homeopathy dipanggil Kalium Phosporicum. Ia Menjadi pemangkin pada otak dengan kaedah yang selamat, tanpa bahan kimia terlarang dan tidak ada kesan sampingan.
Saya telah menjalankan ujian dan pemerhatian pada kes-kes yang saya telah rawati, saya sendiri merasa takjub dengan izin Allah penawar homeopathy yang saya preskripsikan dapat membantu ramai penuntut-penuntut memperolehi keputusan cemerlang seperti UPSR, PMR, SPM malah diperingkat universiti juga.
Sepanjang tahun 2000 – 2005 , saya telah mempreskripsikan beberapa ibu mengandung termasuk isteri saya sendiri dari awal trimester sehinggalah ke akhir trimester.Hasilnya amat memberangsangkan, seperti bayi saya sendiri pada umur 30 hari , pergerakkan tubuhnya menampakkan kekuatan tulangnya, pandangannya memfokus pada sesuatu dengan baik dan tidak selalu kembung perut (colic).
Ibu-ibu lain juga memberi maklum balas yang hampir sama mengenai bayi-bayi mereka. Bayi-bayi tersebut termasuk bayi saya sudah menjangkau umur 3 tahun. Saya memberi contoh bayi saya sendiri kerana saya memantau dan memberi tugasan seperti menghafal, mengira menggunakan jari, membuat tugasan mudah seperti memberitahu jika dia ingin membuang air besar dan kecil.
Saya amat bersyukur pada Allah kerana, anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan tersebut mampu mengingati tugasan, hafalan, mengira menggunakan jari dan memberitahu bila ingin membuang air besar dan kecil, pertuturannya juga begitu jelas dan sudah tentulah begitu aktif bermain, anak-anak yang bijak sememangnya aktif dan memenatkan ibu bapa.
[DanishM1[1].jpg]
Saya menggelar anak saya ini Baby IQ , ketika berumur 2 bulan
Itulah hasil percubaan yang amat menggalakkan, pada asalnya saya hanya memberi Kalium Phos semenjak awal pembabitan saya didalam Homeopathy, oleh kerana saya amat berminat mengkaji hasil penawar-penawar Homeopathy ini pada kanak-kanak berkaitan minda, maka saya terus mengkaji dan terhasilah IQ & EQ Booster yang mampu menangani IQ dan juga EQ sekaligus.
Saya menggabungkan garam tisu dan beberapa penawar homeopathy yang lazimnya digunakan untuk merawat kekurangan didalam otak, terutama kepenatan minda, kelesuan tubuh, lemah daya hafalan walaupun kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelajar yang rajin mengulangkaji, tumbesaran yang tidak sekata, kerap diserang selsema, kes-kes sawan (epilepsy), kahak-kahak, tingkah laku yang liar dan pelbagai masalah kanak-kanak dan remaja.
Preskripsi tersebut ialah:
  1. Kali Phosporicum
  2. Bryta Carbonicum
  3. Gelsemium Semperivenis
  4. Anarcadium Orientalis
  5. Argentum Nitricum
  • Setelah keberkesanan penawar-penawar tersebut telah didokumentasikan, maka saya menyediakan IQ & EQ Booster iaitu 5 penawar didalam 1 botol, memudahkan pengambilan dan menjimatkan kos. Ia dihasilkan berasingan, iaitu sewaktu penyediaan setiap penawar disediakan berasingan bukan dicampur sekaligus, tapi dicampurkan mengikut sama rata kuantitinya (tablet manis) didalam 1 botol IQ & EQ Booster.
Hasil dari maklum balas pelanggan yang telah memberi anak-anak mereka IQ & EQ Booster, 95% dari mereka merakam tanda kesyukuran pada perubahan positif pada anak-anak mereka. 5% lagi tidak membuat maklum balas atau berhenti mengambil penawar ini.
Dari pemerhatian dari maklum balas tersebut, amat bertetapan dengan nama penawar ini, IQ & EQ Booster kerana selain dari “booster” IQ ia juga “booster” pada EQ anak-anak tersebut.
Anak-anak tersebut mampu memperolehi keputusan yang 1-2 kali ganda baik dari sebelumnya dan mereka boleh berkomunikasi, menerima arahan dengan baik, bergaul bersama rakan sebaya dengan yakin dan mampu beriteraksi dengan guru-guru dengan lebih baik.
Perilaku seolah-olah suka berkhayal, menyendiri dan susah untuk mengikut arahan dengan betul atau terlalu aktif, degil dan tidak menurut arahan pada kanak-kanak juga dapat diatasi selepas itu, ini menunjukkan gabungan garam tisu dan penawar-penawar seperti dibawah juga dapat merawat kes-kes ADD & ADHD yang ringan (mild).
Sekiranya ibu bapa memberi secara berterusan ADD & ADHD juga mampu ditangani.
Terdapat 1-2 kes epilepsy (sawan), dilaporkan semasa kanak-kanak tersebut mengambil IQ & EQ Booster , kanak-kanak tersebut tidak mengalami serangan sawan seperti kebiasaannya, epilepsy adalah kes yang tidak diketahui puncanya tetapi ada berkaitan dengan aliran lebihan caj-caj elektirk yang terjadi di otak. Kesan-kesan luar biasa yang terjadi di dalam otak akan mengakibatkan epilepsy.
Sekiranya anda mengatakan hanya gimik perniagaan sahaja, cubalah dan lihat hasilnya, ia juga mampu melambatkan proses atau mengekalkan prestasi otak dari terjadinya lupa dan hilang ingatan akibat tua atau nyayuk. Ini terjadi kerana tidak ada atau kekurangan bekalan sel-sel saraf baru yang dihantar atau sampai di otak, ia digelar short term memory loss, untuk mempastikan bekalan sel-sel saraf baru sentiasa cukup di otak Potassium phosphate amat penting di ambil setiap hari, Potassium phosphate didalam IQ & EQ Booster ialah Kalium Phospricum (kali.phos) yang memang sebahagian dari keperluan sel-sel saraf otak kita. Oleh itu “otak adalah boss kita” hargailah otak kita kerana tanpa otak yang sihat, seluruh tubuh akan terlibat dan menjadi lemah, berbagai penyakit akan menyerang kita selepas itu kerana “boss” tidak mampu mengawalnya.
IQ & EQ Booster untuk kegunaan semua lapisan umur bagi menangani masalah yang melibatkan minda, hafalan, menguatkan memori, melambatkan proses lupa akibat tua, otot-otot, percakapan dan lain-lain
HARGA
RM55 & Sabah & Sarawak RM60

CARA MEMESAN

SILA TAIP
IQ & EQ BOOSTER | NAMA PENUH| ALAMAT| NO TELIFON
DAN HANTAR KE

0178803369

SELEPAS ITU SILA TUNGGU SMS DARI PIHAK KAMI
SELEPAS ANDA BANK IN KEDALAM AKAUN SILA SMS
NAMA PENUH | TARIKH & WAKTU ANDA BANK IN DUIT
MAKLUMAT AKAUN SILA KLIK BUTTON DI BAWAH
ATAU
SILA PERGI KE MENU “PEMBAYARAN DAN PENGHANTARAN”

UNTUK MEMESAN SILA KLIK BUTON DI BAWAH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥