Wednesday 19 October 2011

PETUA MERANCANG JANTINA ANAK DAN NAMA ANAK


Merancang Jantina Bayi ?

Merancang anak lelaki
Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.
Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki)  XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda  benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalahdigalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.
3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
1.Digalakkan memakan makanan yang berasid sepertilimau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan
3.Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Bila boleh tahu ?

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.

Bolehkah merancang anak kembar

Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.
Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.
Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

Makanan terbaik untuk pembentukan otak.
Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu ataukambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.
Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Minyak ikan
 dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !
KLIK GAMBAR UNTUK PRODUK
ISTERI MANTAP DAN MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥