Wednesday 26 September 2012

5 SEBAB BERAT TAK MAHU TURUN




Walaupun sudah mencuba perbagai program diet dan berusaha memastikan mengambil pemakanan yang betul,malangnya berat badan yang diharapkan turun dengan banyak tidak terjadi.

Lebih mengecewakan berat badan anda masih kekal di tahap yang sama atau hanya berkurang sedikit sahaja biarpun sudah hampir sebulan menjalani program diet.Lantas di hati bertanya-tanya di mana silapnya lagi program diet yang anda jalani.

Namun janganlah terus kecewa dan menghentikan usaha anda separuh jalan.Untuk mengetahui sebabnya,Cik Fiqah akan menyenaraikan lima sebab mengapa anda sukar untuk langsing.Berikut disenaraikan kelima-lima sebab tersebut.

1. Kurang bergerak
Walaupun anda sibuk ke gim dengan harapan dapat membakar kalori di tubuh,anda masih mempunyai waktu-waktu lapang yang tidak terisi dengan aktiviti bermanfaat.Jangan fikir tugas anda telah selesai semata-mata kerana anda telah berlari di atas treadmill selama satu jam

Jika anda mahu membakar kalori secara maksimum,anda perlu bergerak sepanjang hari.Anda tidak perlu bergerak keterlaluan,cukup hanya pergerakan sederhana sahaja.Dengan membiarkan waktu lapang tidak terisi,anda mungkin berisiko tergoda dengan makanan-makanan di hadapan anda.

2. Makan terlalu banyak
Biasanya, anda tidak mengawal pemakanan anda apabila berada di luar seperti di kedai makan,restoran dan sebagainya.Hal ini menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mengambil makanan berkalori tinggi,lebih-lebih lagi apabila anda memilih untuk makan di kedai-kedai makanan segera.

3. Makan sambil berdiri
Tanpa sedar,anda lebih banyak makan secara sambilan.Misalnya ,dalam perjalanan mahu ke tempat kerja atau sambil menyiapkan kerja di meja anda.Makan sambil membuat kerja dan sambil berdiri membuatkan anda tidak fokus terhadap makanan yang anda makan sehingga membuatkan anda tidak menikmati makanan yang anda sedang makan.

Ia menyebabkan anda tidak sedar apa yang telah anda makan,dan juga menyebabkan anda tidak puas makan.Akhirnya,tanpa disedari anda telah mengambil makanan dengan kalori yang berlebihan.

4. Sering mengunyah
Memang bagus untuk anda mempunyai stok makanan kudap-kudapan seperti kekacang atau buah-buahan di sela-sela waktu makan utama.Ia juga dapat mengelakkan anda terlalu kelaparan apabila tiba waktu makan utama sehingga menyebabkan anda makan berlebihan.Tetapi,dengan hanya makan makanan yang tidak berkhasiat,malah mengandungi kalori tinggi juga tidak baik,ia membuat anda mahu makan dengan lebih banyak lagi.

5. Tidak tahu kuantiti makanan yang dimakan
 Anda mungkin fikir sudah mengurangkan kuantiti makanan yang anda makan dari sehari ke sehari.Malah,anda juga sudah mula memilih makanan yang baik untuk anda dan membatasi pengambilan kalori.

Tetapi,sebenarnya anda mungkin tidak pasti berapa jumlah kalori yang telah masuk ke tubuh anda.Anda memerlukan pembakaran sebanyak 500 kalori setiap hari dan pengurangan makan serta peningkatan aktiviti fizikal untuk menghilangkan 0.45 lemak selepas seminggu.

UNTUK MEMBAKAR KALORI DAN MENGURANGKAN BERAT BADAN SERTA LANGSINGKAN BADAN SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH INI....


TIPS ATASI ANAK DEGIL




  • Usah memaksa anak melakukan sesuatu secara tergesa-gesa.
  • Gunakan bahasa yang lembut.
  • Tawan hati anak dengan pujukan dan rayuan,anak yang degil hanya keras diluar hakikatnya hati mereka lembut dan mudah tersentuh.
  • Minta pertolongan dengan penuh pengharapan dan usah mengulangi arahan berkali-kali kerana anak akan rasa tercabar.
  • Selepas anak selesai membantu,ucapkan terima kasih dan berikan pujian sebagai penghargaan.
  • Jika anak memcapai kejayaan,berikan hadiah kepadanya.
  • Bacakan kisah pengajaran kepada anak-anak.
  • Jangan sesekali mengutuk,mempersendakan dan menyakiti hatinya.
  • Sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak yang soleh.
UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG BIJAK,CERDIK DAN BAIK SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI....

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥