Tuesday 18 October 2011

PETUA KURUS DAN LANGSING DENGAN SELAMAT


http://img.today.co.id/banks/260x195/2011/05/10/artis-bentuk-tubuh-seksi-1305017826.jpg
Perkara utama untuk kelihatan langsing dan mempunyai berat badan yang ideal, bukanlah untuk kecantikkan semata-mata. Mempunyai kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh bukan sahaja menjadikan seseorang itu tidak menarik malah mengundang pelbagai penyakit untuk “menumpang” di tubuh mereka.
Pelbagai penyakit gemar untuk mendampingi orang-orang yang obes, terutamanya;
1. Darah tinggi (hypertension)
2. Kencing manis jenis 2 (diabetic type 2)
3. Masalah koronari jantung (coronary heart disease)
4. Stroke
5. Gangguan pada pundi hempedu (gallbladder disease)
6. Sukar tidur dan masalah pernafasan
7. Pelbagai kanser seperti kanser payudara dan usus.
Seseorang itu boleh di kategorikan obes bila berat badan telah melebihi 10-25% dari berat normal. Obesiti juga melalui keturunan dan akibat dari kelenjar tiroid. Selalunya obesiti terjadi akibat dari cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat, masa terluang tidak digunakan untuk bersenaman, dengan adanya kemudahan tv, komputer yang berinternet dan lain-lain lagi, membuat kes obesiti meningkat setiap tahun tidak kira pada orang dewasa mahupun kanak-kanak.
http://3.bp.blogspot.com/_kGCYUw9WQPI/SnBhNtqWzLI/AAAAAAAAAmA/aMhcwxv37X8/s400/gemuk.jpg
Ramai yang sedar tentang kesan sampingan yang boleh membawa maut akibat dari ubat-ubatan konvensional mahupun tradisional (yang menggunakan bahan terlarang dan diharamkan) untuk menjadi langsing. Media elektronik dan bercetak sering membuat liputan mengenai kesan yang terjadi kepada pengguna, tetapi masih ada yang tertipu dengan iklan-iklan yang menjanjikan kesan yang pantas untuk pengguna kembali langsing tanpa perlu bersenaman, tanpa diet dan lain-lain lagi. Adakah wajar kita menggadai nyawa demi kecantikkan?.
Perubatan alternatif terutama Homeopathy (produk yang menggunakan 100% konsep Homeopathy) adalah selamat, tidak ada kesan yang memudaratkan malah menyihatkan lagi. Penawar Homeopathy bertindak dengan memperbetulkan sistem didalam tubuh seperti sistem penghadaman, metabolisma dan menyingkir bahan-bahan lebihan di dalam tubuh seperti air berlebihan dan lemak-lemak secara semulajadi.
Penawar-penawar adalah dari pokok-pokok, daun, buah, akar, dan bahan mineral yang telah diproses dengan kaedah Homeopathy, definisi Homeopathy “Natural form of medicine that uses immeasurably small doses of medicines to stimulate the body’s own defense and healing process. Homeopathy focuses on bringing the entire body back into homeostasis, or balance.”
(Perubatan dari bahan semulajadi, yang menggunakan dos yang amat kecil untuk merangsang sistem pertahanan ditubuh dan merangsang proses penyembuhan. Homeopathy memberi tumpuan untuk mengembalikan tahap asal, atau mengimbang tahap kesihatan seseorang pada tahap yang terbaik)
Homeopathy menawarkan penawar-penawar yang selamat dan hampir sifar kesan sampingan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah membuat kajian dan menyatakan seperti di bawah:
Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999 Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.
Setiap manusia dilahirkan mempunyai perbezaan begitu juga masalah obesiti, contohnya A mengalami obesiti dengan masalah gemar makan bila dilanda masalah, gemar makanan ringan, tubuh kelihatan lembik dan mengelebeh, besar di bahagian pinggul kebawah sementara B pula obesiti dengan masalah gemar pada makanan panas, makanan yang dibakar, telur, tidak sembelit, tubuh kelihatan padat dan keras.
A dan B mempunyai dua masalah unik yang berbeza, oleh itu untuk merangsang kepada penurunan berat badan A dan B perlu mendapatkan penawar yang berbeza. Penawar popular Homeopathy untuk mengatasi obesiti seperti Calc.Carb, Phytolacca Berry Q, Nat.Mur dan banyak lagi pilihan penawar-penawar untuk mengawal obesiti.
Mengikut amalan pengamal Homeopathy, akan merawat obesiti mengikut simptom-simptom obesiti, seperti Calc.Carb amat sesuai untuk kes obesiti yang gemarkan makanan panas, tidak dapat mengawal nafsu makan, gemar makan untuk menenangkan fikiran, lambat hadam dan sembelit.
Calc.Carb boleh digabungkan dengan 1 atau 2 penawar lain untuk lain-lain simptom seperti Phytolacca Berry Q yang amat baik untuk mengatasi masalah sembelit dan membuang bahan-bahan yang tidak dikehendaki didalam tubuh dan beberapa penawar lagi bagi menangani beberapa simptom yang berlainan.
Hasil dari pemerhatian dan kes yang telah kami preskripsikan, penawar-penawar Homeopathy mampu mengekang nafsu makan berlebihan, membuang lemak dan toksik didalam tubuh, membuang cecair yang berlebihan di mana tubuh seseorang itu obes dan lembik akibat air berlebihan dan membuat seseorang itu merasa lebih sehat dari sebelumnya.
Senaman juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit atau lebih pada kadar 3 hari berturut-turut (sekurang-kurangnya), boleh dilakukan didalam rumah tanpa perlu bersusah payah keluar rumah untuk bersenaman, lakukan senaman yang mampu mengeluarkan peluh seperti menggunakan basikal senaman, aerobik dan lain-lain.
Anda perlu disiplin dengan kekerapan senaman tersebut, kerana tanpa kombinasi senaman yang teratur impian anda untuk langsing agak sukar. Cara pemakanan yang sihat, senaman yang teratur dan penawar Homeopathy, impian anda untuk langsing akan menjadi kenyataan. Tidak ada yang mudah di dunia ini termasuklah mendapat bentuk badan yang cantik!
Mengikut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1:5 dari orang dewasa di Malaysia adalah obes atau mempunyai berat badan berlebihan (overweight).
Asians may look thinner than Westerners but they have more fat in their bodies, health experts told a World Health Organisation (WHO) forum” .
Wanita-wanita di Malaysia terutamanya , begitu ghairah untuk menjadi langsing dan kelihatan cantik sehingga ada yang mengalami kesan sampingan yang serius dari ubat-ubat langsing yang terdapat dipasaran.
“The Government has banned Bestrim, a slimming product found to contain the harmful substance fenfluramine besides nicotinamide and caffeine, which are disallowed in the preparation of traditional products.” (Sumber The Star, June 5, 2002)
KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK PRODUK MENURUNKAN BERAT BADAN
phytolacca-americana 3 in 1

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥