Wednesday 20 June 2012

RAHSIA JERAWAT,JERAGAT DAN PARUT HILANG DENGAN MUDAH!

Assalamualaikum,dan salam sejahtera bagi yang bukan beragama islam....Tajuk hari ini Cik Fiqah ingin berkongsi sedikit dengan anda semua...Supaya anda lebih cantik,sihat dan ceria selalu bila anda melihat wajah anda di cermin...Dengan petua dan rahsia ini mesti ada ramai wanita percaya ataupun tidak percaya,tapi bagi Cik Fiqah "cuba dulu baru tahu" dan banyak kan bersabar dan pakai produk "buat tak tahu"....Petua dan rahsia ini Cik Fiqah telah mencubanya,alhamdullilah hasilnya muka Cik Fiqah makin cerah,berseri,jerawat dan jeragat hilang,parut jeragat dan jerawat menjadi pudar,muka makin comel la...hehehe....Sebelum ini jerawat ,jeragat dan parut sudah bertahun-tahun lamanya Cik Fiqah tension...Siapa tak tension kan??Anda semua bagaimana?Nak cuba tak?Kalau ingin mencuba jom baca rahsia dan petua di bawah ini.... ^_^

Ini gambar Cik Fiqah sebelum dan selepas mengunakan madu dan produk homeopathy....


Amacam makin cantik dan berseri tak?ehhehe..perasan la pula....^_^

RAHSIA DAN PETUA MADU UNTUK HILANGKAN JERAGAT,JERAWAT DAN PARUT HILANG DENGAN MUDAH...

1)  Anda boleh cuba minum MADU ASLI  2kali sehari (lebih lagi bagus) dan selawat ke atas nabi 3kali

2) Sebelum tidur anda boleh sapukan madu di wajah anda secara nipis keseluruhan muka dan biarkan selama 15minit....Selepas 15minit baru wajah anda di cuci dengan sabun muka....(MADU ASLI memang manis tetapi semut tidak akan datang..hehehe...)

3)  Lakukan setiap hari insyallah ia akan meredakan jeragat,jerawat dan memudarkan parut jerawat berlubang secara perlahan-lahan..

4) Jika anda ada memakai produk muka pada waktu siang,pesanan terakhir Cik Fiqah,pakai produk buat tak tahu sahaja...Sebab bila kita buat tak tahu insyallah jeragat,jerawat dan parut akan hilang dengan serta-merta... Jika kita terlalu membelek muka kita,muka kita akan stress dan disebabkan itu jeragat,jerawat dan parut susah nak hilang dan ia makin naik ...Dan juga banyak kan minum air suam serta ceria2 selalu ....^_^

Selamat mencuba dan ceria2 selalu....

SELEPAS MENGAMALKAN RAHSIA DAN PETUA DI ATAS,ANDA JUGA BOLEH MENCUBA DENGAN PRODUK DI BAWAH INI UNTUK LEBIH-LEBIH CANTIK DAN BERSERI...KLIK GAMBAR DI BAWAH INI....



Wednesday 13 June 2012

PETUA TRADISIONAL DAN MODEN MENJAGA KULIT MUKA

Terdapat pelbagai jenis rawatan kulit muka dapat dilakukan di rumah selain menjalani rawatan muka di pusat kecantikan.Petua yang sudah diperturunkan kita supaya menjaga kulit muka dan tumbuh badan.Antaranya pengambilan makanan yang berkhasiat seperti ulam-ulaman,sayur-sayuran hijau dan segar.

Amalkan sekurang-kurangnya 8 gelas sehariair suam bagi melawaskan sistem pencernaan.Bagi istilah rawatan moden,banyakkan pengambilan buah-buahan,jus dan merawat kulit.

Penyerapan air buah-buahan seperti jus epal,lobak merah,limau,jambu batu dan lain-lain buahan mempunyai banyak khasiat kepada kita.

PETUA-PETUA TRADISIONAL DAN MODEN


Selain mencuci muka seperti biasa dengan menggunakan pembersih,kita boleh lakukan masker muka dengan menggunakan resipi seperti di bawah :

MASKER MUKA BAGI KULIT MUKA NORMAL,KERING DAN KOMBINASI

Masker Mentimun


Bahan-bahan :-

1biji mentimun (dihiris nipis)
5 titik minyak aromaterapi lavender

Cara Rawatan :-

Mentimun yang dihiris di simpan selama 4 jam di dalam peti sejuk.Selepas sejuk,masukkan minyak aromaterapi lavender dalam mentimun yang sudah disejuk tadi.

Ambil satu persatu hirisan mentimun tadi dan letakkan di seluruh bahagian muka dan leher yang sudah di cuci.Biarkan selama 20 monit.Angkat dan bilaskan dengan air suam.Keringkan muka dan pakaikan pelembab yang bersesuaian dengan jenis kulit.Lakukan rawatan ini 2kali seminggu.




Masker yogurt


Bahan-nahan :-

50ml yogurt tanpa perisa
4 titik minyak aromaterapi lavender
4 titik minyak aromaterapi ros

Cara rawatan :-

Masukkan semua bahan-bahan tadi dan biar ia sejuk di dalam peti sejuk selama 30 minit.Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 25 minit.Bilas dengan air suam dan sapukan muka dengan penyegar chamomile tea.

Masker Putih Telur


Bahan-nahan :-

1 biji putih telur
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan cuka epal

Cara rawatan :-

Masukkan semua bahan di atas dan pukul sehingga sebati.Sapukan di bahagian leher dan juga muka.Biarkan selama 30 minit.Bilas dengan air suam.Ia sesuai bagi kulit normal,kering ataupun kombinasi.Masker ini dapat mengekalkan ketegangan kulit dan awek muda.Sesuai juga bagi kulit yang sudah berkedut ataupun kurang anjal.




MASKER BAGI KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Masker Jambu Batu


Bahan-bahan :-

3 biji putik jambu batu (dikisar halus)
5 titik air perahan limau nipis
3 sudu makan air suam ataupun air suling

Cara rawatan :-

Adunkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan selama 1 minit.Bersihkan kulit muka dengan sabun pembersih terlebih dahulu sebelum masker ini di sapukan diseluruh bahagian muka.Biarkan selama 15 minit.Pakaikan astrigen yang tidak terlalu kuat aktifnya kerana ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi tegang dan aktif.

Masker mentimun (dikisar)




Bahan-bahan :-

3 biji mentimun 9dikisar halus)
5 titik air perahan limau nipis
5 titik air perahan oren

Cara rawatan :-

masukkan semua bahan-bahan tersebut dan biarkan di dalam peti sejuk selama 60 minit.Sapukan di seluruh bahagian muka dan biarkan ia kering selama 20 minit.Bilas dengan air suam.Pakaikan penyegar citrus.


PENYEGAR BAGI KULIT NORMAL,KERING DAN KOMBINASI

Penyegar Mentimun



Bahan-bahan :-

3 biji mentimun (dikisar halus)
5 titik minyak aromaterapi lavender
3 cawan air suam ataupun air suling

Cara Rawatan :-

Perah kisaran mentimun tadi.ambil airnya lalu di campurkan dengan minyak aromaterapi lavender.Simpan di tempat sejuk.Gunakan bila perlu.Bagi mendapat kesan yang lebih masukkan ke dalam botol jenis spray.Semburkan pada wajah dan lakukan tepukan kecil pada wajah.

Penyegar Chamomile



Bahan-bahan :-

4 uncang chamomile tea
½ cawan minyak bunga matahari
½ cawan air suam dan air suling
2 titik minyak aromaterapi lavender

Cara Rawatan :-

Masukkan air dan uncang tea tadi.Masakkan selama 20 minit.Masukkan minyak matahari dan minyak aromaterapi.Kacau sehingga sebati.Masukkan ke dalam botol dan simpankan di tempat sejuk.Goncang sebelum digunakan.Elak terkena di bahagian mata.

Penyegar citrus



Bahan-bahan :-

3 cawan air
1 biji limau
1 biji citrus
4 titik minyak aromaterapi patchouli

Cara Rawatan:-

Masukkan air dan perahan kedua buah limau tadi ke dalam mangkuk.Biarkan seketika sehingga sejuk.Campurkan dengan minyak aromaterapi patchouli.Kacau sehingga sebati.Gunakan kapas dan sapukan pada permukaan kulit wajah.Goncang sebelum digunakan.Simpan di tempat sejuk.


PEELING ATAUPUN SKRUB MUKA BAGI KULIT NORMAL,KOMBINASI DAN KERING

Peeling susu



Bahan-bahan :-

3 sudu besar susu segar
1 camca gula putih

Cara Rawatan :-

Masukkan susu segar ke dalam mangkuk dengan gula.Putar sehingga sebati dan sapukan ke muka.Gosok secara memutar ataupun membulat dengan cari secaraperlahan-lahan.Lakukan selama 5 minit.Bilas dengan air suam.Biarkan kering barulah pakaikan masker dan penyegar.

Peeling Serbuk Jagung


Bahan-bahan :-

1 sudu makan serbuk jagung ataupun serbuk gelatin
1 titik minyak aromaterapi lavender ataupun geranium
2 sudu makan air mawar

Cara Rawatan :-

Masukkan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati.Sapukan diseluruh wajah dan leher.Gosokkan secara perlahan sehingga semua peeling bertaburan.Bilas sehingga bersih.

Peeling Jagung Dan Lobak


Bahan-bahan :-

1 sudu makan jagung (dikisar)
1 sudu makan beras (dikisar halus)
1 sudu makan air mentimun
1 sudu makan jus lobak merah

Cara Rawatan :-

Campurkan semua bahan-bahan tersebut.Jadikan ia seperti pes.Sapukan pada kulit muka dan gosok secara perlahan-lahan selama 5 minit.Bilas  dengan menggunkan span muka.Sapukan penyegar yang mengandungi seaweed kerana ia dapat melembutkan muka serta menyegarkan kulit muka.

Peeling Madu Wheat Germ



Bahan-bahan :-

1 cawan wheat germ
1 cawan madu segar

Cara Rawatan :-

Masukkan kedua-dua bahan tadi dan gaulkan sehinga sekata.Gunakan sesudu ataupun dua mengikut wajah.Gosok perlahan dengan memutar.Bilas dengan air suam.

Selamat mencuba! Jumpa artikel yang akan datang...

PERINGATAN :

KULIT MUKA YANG BERMASLAH SEPERTI JERAWAT DILARANG MENGGUNAKAN PEELING KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN JERAWAT MENJADI LEBIH AKTIF.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥