Tuesday, 3 January 2012

PUNCA DAN CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR,BOTAK DAN NIPIS

Apakah pertumbuhan rambut yang normal?

Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan
kepada 3 fasa.
• Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
• Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
• Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur
seterusny
Apakah pertumbuhan rambut yang normal?
Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.
• Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
• Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
• Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusny
Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.
Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala
10% lagi berada dalam fasa rehat.
Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100
helai rambut boleh gugur dalam sehari.
Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:
• Selepas melalui keadaan yang
tertekan/stres seperti:
o Sakit yang serius
o Pembedahan besar
o Selepas bersalin
Ia berlaku di antara  3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat.
Ini dipanggil Teloger Effluvium.
• Masalah hormon
o Penyakit kelenjar tiroid
• Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
• Kesan sampingan ubatan seperti
o Ubat Antikogulasi (warfarin)
o Ubat merawat kanser (kemoterapi)
o Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
o Ubat anti-kemurungan
• Alopecia Androgenik
o Botak mengikut corak lelaki adalah:
-Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
– Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
- Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan
atas kepala
o Botak mengikut corak wanita:
– Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan  genetik/keturunan
- Rambut menjadi semakin nipis di  seluruh kepala terutamanya di
bahagian atas kepala
• Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
o Jangkitan – jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
- Keguguran rambut berlaku tidak sekata
o Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang
rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
- Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
- Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
-Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening,
ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)
o Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik
rambut mereka
- Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
- Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan
Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
• Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya
sementara dan rambut akan tumbuh semula
• Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu
dilakukan untuk rawatan
• Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
• Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
o Contohnya, minoxidil dalam bentuk  topikal 2% dan 5% dapat
memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau
wanita
o Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
• Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania
KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK PRODUK HOMEOPATHY RAMBUT GUGUR DAN BOTAK
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnldMXhpOHZQJZnUDmYvTCjbqlrWgbdaCzXB57fDOpYsfugUs3C7YnWsgOC7VSXVRGL6o-i6Ljja2HgsB9zjXcp1PM5PQyrzK2lwIWAebBH9vQ8-saRabwLhCVyT-kF0MaQG43m8EMU88/s1600/bio+botak+200px.JPG

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥