1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
- Whiteheads – belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
- Blackheads – belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
- Papules – radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
- Pustules – radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
- Nodul – bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
- Sista (cyst) – timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.
4. Pyodermafaciale folliculitis
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):
- Sejenis penyakit kulit yang kronik.
- Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
- Terjadi di dalam lapisan kulit.
- Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
- Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
- Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
- Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
- Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
- Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
- Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
- Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Jom kita lihat penawar hebat jerawat yang perlu anda gunakan
PAKEJ SABUN CARMINO + KRIM CARMINO + SET DERMAGLOW DAN DERMASHINE
- Jerawat,jeragat (pigmentation),
- Kulit kusam dan gelap,
- Kulit berkedut,
- Lingkaran bawah mata,
- Kulit kelihatan lebam di wajah,
- Kulit tak sekata,
- Toner kulit tak sekata,
- Masalah kulit sensitif,
- Kulit terbakar dan bertoksin.
- Blackhead dan Whitehead yang degil
- Kulit bersisik dan kering
- Pori-pori terbuka
- Jerawat batu dan bernanah
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.