Showing posts with label PUNCA RAMBUT GUGUR. Show all posts
Showing posts with label PUNCA RAMBUT GUGUR. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

KENAL DAHULU BAHARU RAWAT

Sebelum menangani masalah rambut,kenal pasti kumpulan rambut anda terlebih dahulu.Jenis rambut dapat membantu anda mencari jalan penyelesaian yang sesuai.Semua masalah rambut boleh selesaikan sendiri tanpa perlu ke salun.ada beberapa jenis rambut,yang mana satu jenis rambut anda??

RAMBUT NORMAL

Jika anda memiliki rambut jenis ini,anda bertuah!Ia tidak akan mengumpal (kusut),berminyak,dan tidak kering.Kebiasaannya rambut begini adalah faktor keturunan.Jika anda mengamalkan teknik cucian yang betul dan rajin mengoleskan perapi,ia akan bertambah sihat.

Rutin cucian : Gunakan syampu untuk rambut normal.apabila rambut sudah terlalu letih (kerana sudah lama tidak di letakkan perapi),gunakan syampu perapi.Kerja senang,jimat masa!

Rawatan : Pastikan potongan rambut lebih ringkas dan usah melakukan sebarang proses kimia terhadapnya.Ia adalah bagi mengekalkan kesihatan semula jadinya.Rawatan urutan atau minyak panas adalah yang terbaik buat kalian yang memiliki rambut normal.

RAMBUT BERKELEMUMUR

Kelemumur boleh terjadi kerana dua faktor.Sama ada keadaan rambut yang kering mahupun berminyak.Ia berlaku kerana penghasilan sebum berlebihan pada kulit kepala anda.Ada dua jenis kelemumur.

KELEMUMUR KERING

  • Berwarna putih dan lebih "ringan".Kebanyakan orang mengalami masalah kelemumur jenis ini.
KELEMUMUR BERMINYAK

  • Ia berkuping,lembap dan berbau kurang enak
Rutin cucian : Gunakan syampu dan produk rambut khas bagi mengatasi masalah kelemumur.

Rawatan : Anda boleh mencari produk rambut yang sesuai di farmasi atau berjumpa dengan pakar rambut.Perawatan rambut secara disiplin di salun akan membantu menghilangkan  kelemumur.

RAMBUT BERMINYAK

Rambut jenis ini biasanya sangat berkilat dan mudah berbau.Ia tidak kembang,tetapi melekap pada kulit kepala.anda harus melurutnya dengan jari berkali-kali bagi mengelakkan ia kelihatan "bertepek"

Rutin cucian : Jangan sesekali menggunakan syampu yang mempunyai kandungan kimia yang "berat",Ia akan menyebabkan kulit kepala anda bertambah berminyak dan cenderung untuk gugur.amalkan cucian secara kerap dan letakkan perapi pada hujung rambut (usah terlalu kerap).Gunakan syampu jenis mild.

Rawatan : Elakkan produk rambut yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi seperti serum.Ia akan menyebabkan keadaan rambut anda menjadi lebih teruk.Gunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut anda.Walaupun begitu,berhati-hati dengan habanya supaya tidak  mengeringkan kulit kepala anda.

RAMBUT KOMBINASI

Rambut jenis ini biasanya berminyak pada akar rambut tetapi kering pada bahagian hujungnya.Rambut boleh mengalami masalah ini kerana penggunaan produk rambut secara kerap.

Rutin cucian : Gunakan syampu jenis lembut dan bilas bersih selesai di cuci.Ia bagi mengelakkan sebarang bahan kimia melekat pada kulit kepala dan menimbulkan masalah lain.

Rawatan : Gunakan perapi jenis leave-in untuk memperbaiki rambut dari akar sehingga ke hujungnya.

KULIT KEPALA KERING

Jika terdapat kepingan-kepingan kecil pada rambut anda,ia tidak semestinya kelemumur.Boleh jadi ia kepingan kulit kepala (sel mati) yang telah kering.Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan air dalam badan seseorang.

Rutin cucian : Gunakan syampu lembut dan khusus untuk perawatan kulit kepala.Fokuskan kepada urutan lembut pada kulit kepala dan elakkan dandanan melampau (menggunakan produk dengan bahan kimia).Bilas syampu dengan sempurna usai bersyampu.Anda digalakkan untuk menggunakan produk rambut berasaskan bahan semula jadi...

SETELAH ANDA TAHU JENIS RAMBUT ANDA,ANDA BOLEH MERAWATNYA DENGAN SYAMPU KELUARAN DARI PRODUK HOMEOPATHY YANG TERDIRI BAHAN SEMULA JADI DARI TUMBUH-TUMBUHAN...

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI.....


Monday, 16 July 2012

PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR


PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR

  1. Guna daun lidah buaya,ambil lendir sapu di kepala.. Amalkan selalu .. InsyaAllah, rambut gugur akan berkurangan.
  2. Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.
  3. Ada juga yang menggunakan santan kelapa.. Setahu den santan kelapa boleh melebatkan rambut tapi why not kita cuba dulu kan.. Mana tau boleh atasi rambut gugur jgk.
  4. Kulit tembikai pun boleh guna tau. Bila makan isi tembikai, jangan buang kulitnya. Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai sampai keluar air, then gosokkan pada kulit kepala dan ramas perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan seminggu sekali.
  5. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. tumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan 30 minit. cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.

Masalah dan rambut gugur dan botok sememangnya menjejaskan penampilan diri. Bukan sahaja wanita, masalah itu turut menghantui kaum lelaki. Percaya atau tidak, lebih 10 juta penduduk dunia mengalami masalah keguguran rambut.

Mengapakah perkara ini terjadi ? Ini disebabkan oleh masalah genetik, masalah hormon,stress ,diet,persekitaran, dan aktviti harian. Oleh itu rambut gugur dan botak tidak boleh dibiarkan kerana penampilan diri adalah penting terutamnya kepada mereka yanng bekerjaya.

Seringkali mereka yang gugur rambutnya dan botak, diejek dengan pelbagai gelaran yang kadangkala meruntun hati. Gelaran seperti profesor sedap juga didengari. Tetapi jika perkataan itu kurang enak didengari akan menambahkan lagi luka dan kekecewaaan hati seseorang. Kekurangan hormon yang menyebabkan keguguran rambut (DHT) bagi lelaki dan ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita menyebabkan folikel menghasilkan anak rambut yang nipis.Begitu juga masalah pengaliran darah ke folikel yang berkurangan menyumbang kepada keguguran rambut

Oleh itu, melalui kaedah homeopati dan biochemic,masalah ini dapat diatasi tanpa melibatkan kesan sampingan. Melalui pengambilan remedy-remedy homeopaty seperti cal phos,selenium,silica dan sebagainya dapat meransangkan kembali pertumbuan rambut,mensatbilkan masalah hormon

Penggunaan minyak arnica dapat melancarkan kembali darah dikulit kepala. Penggunaan syampu herba dapat menguatkan kembali akar rambut dan menghapus masalah kulit kepala yang menyebabkan rambut gugur.
Oleh itu, usah bimbang dan tertekan,setiap masalah ada jalan penyelesaian.Apa yang penting,istiqamah dan berusaha,pasti ada jalan keluar.

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH INI...



Tuesday, 3 January 2012

PUNCA DAN CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR,BOTAK DAN NIPIS

Apakah pertumbuhan rambut yang normal?

Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan
kepada 3 fasa.
• Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
• Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
• Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur
seterusny
Apakah pertumbuhan rambut yang normal?
Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.
• Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
• Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
• Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusny
Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.
Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala
10% lagi berada dalam fasa rehat.
Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100
helai rambut boleh gugur dalam sehari.
Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:
• Selepas melalui keadaan yang
tertekan/stres seperti:
o Sakit yang serius
o Pembedahan besar
o Selepas bersalin
Ia berlaku di antara  3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat.
Ini dipanggil Teloger Effluvium.
• Masalah hormon
o Penyakit kelenjar tiroid
• Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
• Kesan sampingan ubatan seperti
o Ubat Antikogulasi (warfarin)
o Ubat merawat kanser (kemoterapi)
o Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
o Ubat anti-kemurungan
• Alopecia Androgenik
o Botak mengikut corak lelaki adalah:
-Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
– Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
- Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan
atas kepala
o Botak mengikut corak wanita:
– Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan  genetik/keturunan
- Rambut menjadi semakin nipis di  seluruh kepala terutamanya di
bahagian atas kepala
• Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
o Jangkitan – jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
- Keguguran rambut berlaku tidak sekata
o Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang
rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
- Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
- Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
-Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening,
ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)
o Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik
rambut mereka
- Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
- Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan
Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
• Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya
sementara dan rambut akan tumbuh semula
• Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu
dilakukan untuk rawatan
• Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
• Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
o Contohnya, minoxidil dalam bentuk  topikal 2% dan 5% dapat
memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau
wanita
o Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
• Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania
KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK PRODUK HOMEOPATHY RAMBUT GUGUR DAN BOTAK
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnldMXhpOHZQJZnUDmYvTCjbqlrWgbdaCzXB57fDOpYsfugUs3C7YnWsgOC7VSXVRGL6o-i6Ljja2HgsB9zjXcp1PM5PQyrzK2lwIWAebBH9vQ8-saRabwLhCVyT-kF0MaQG43m8EMU88/s1600/bio+botak+200px.JPG

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥