Tuesday, 3 January 2012
HAID TIDAK TERATUR??PUNCA MASALAH SUSAH HAMIL??
SAYA mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak sekolah menengah lagi. Setelah berkahwin saya pernah berjumpa pakar sakit puan dan membuat imbasan, hasil ujian darah menurut doktor hormon badan saya tidak stabil. Adakah ini akan menjejaskan peluang saya untuk hamil?
HANA, KEDAH
Puan Hana, untuk mengandung tidak memerlukan kitaran haid. Puan sering dengar wanita hamil ketika masih menyusukan bayi mereka. Segelintir mereka ini tidak pun mempunyai haid sebelum hamil. Ini kerana penyusuan menyebabkan ovari kurang aktif tetapi kita tidak akan tahu bila ia akan kembali berfungsi semasa penyusuan. Sememangnya untuk seseorang itu mudah hamil mereka perlu mempunyai kitaran haid yang normal. Ini bermakna haid yang datang setiap bulan tepat pada waktunya. Ini bukan bermakna puan yang tidak mempunyai kitaran yang normal tidak ada peluang langsung untuk mengandung.
Haid mempunyai kaitan dengan berat badan seseorang. Sekiranya seseorang itu obes maka perjalanan haid akan terganggu dan itu juga mengganggu kesuburan mereka. Sekiranya puan mempunyai masalah berat badan saya cadangkan turunkan dulu berat badan ini sehingga haid puan menjadi normal. Mungkin sekitar 10 peratus saja dari berat badan asal. Obesiti juga menyebabkan pengambilan pil kesuburan kurang berkesan.
Saya cadangkan puan terus berjumpa dengan pakar sakit puan untuk membantu puan. Masalah utama yang biasa adalah masalah ovulasi. Gangguan ovulasi kerap berlaku sekiranya haid tidak normal, sukar untuk memastikan dengan tepat waktu subur bila haid tidak menentu. Beberapa ujian darah boleh dilakukan bagi mengetahui sama ada puan subur atau tidak. Selain dari itu suami puan perlu diperiksa sama ada dia mengeluarkan jumlah sperma yang normal. Saluran fallopian perlu diperiksa sama ada ia tersumbat atau tidak dengan kaedah histerosalpingogram (HSG). Jadi saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar untuk bantuan kesuburan. Puan masih mempunyai harapan dan mungkin dengan sedikit bantuan puan boleh mengandung.
Klik Untuk Produk Kesuburan Wanita dan Haid Tak Teratur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY
JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4
Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.