Monday 16 July 2012

PETUA KURUSKAN BADAN

Petua Kuruskan Badan
Berat badan yang berlebihan selalunya akan membawa kepada pelbagai penyakit terutamanya darah tinggi dan kencing manis. Bagi wanita pula, badan yang kurus dan langsing menjadi idaman supaya kekal cantik dan sihat. Berikut antara petua kuruskan badan yang boleh diamalkan.



Amalan meminum teh hijau

Jika anda mempunyai disiplin yang tinggi dan sukakan yogurt, cuba
amalkan petua ini. Sediakan satu sudu kecil serbuk teh dan setengah cawan yogurt (boleh juga digunakan susu yakult). Masukkan teh ke dalam gelas, tuangkan air panas dan kacau. Setelah dikacau sebaik mungkin, masukkan pula yogurt atau yakult dan kacau sekali lagi sehingga semuanya sebati. Jadikan amalan ini sebagai minuman kegemaran anda setiap kali selepas makan.

Amalan minum air limau nipis

Jika dirasakan hendak menyediakan teh hijau sukar buat anda. Cuba pula cara ini. Sediakan dua biji limau nipis. Perah airnya ke dalam gelas dan tambah air sejuk. Kacau seketika dan bolehlah terus diminum. Seeloknya sediakan stok bancuhan anda sebanyak mungkin dan simpan di dalam peti sejuk. Jadikan minuman harian setiap kali selepas makan tengahari dan malam. Kebanyakan orang yang mengamalkannya dengan disertai sedikit senaman akan mengalami penururan berat badan setelah 3 hingga empat minggu diamalkan.

Tips Kurangkan Berat Badan

Setiap impian memerlukan keazaman, usaha dan disiplin. Ada pula segelintir yang mahukan cara menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah seperti mengamalkan mengambil pil atau ramuan minuman bercampur dadah syabu seperti yang dilaporkan di akhbar. Silap haribulan, berat badan tak turun, otak pula jadi biol. Jadi, jangan sekali-kali dicuba cara sedemikian. Insya-Allah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, anda akan mendapat berat yang ideal dan badan yang langsing seperti yang diinginkan.

Apa yang penting, jangan lupa matlamat anda iaitu kurangkan berat badan, usaha yang sistematik dan disiplin. Sistematik dan berdisiplin maksudnya buat perancangan seperti pelan pemakanan, senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, sasaran berat badan yang perlu diturunkan dalam masa tempoh sebulan, tiga bulan, 6 bulan dan seterusnya. Sasaran biarlah praktikal dan jangan pula terlalu mudah seperti setengah kilo dalam setahun.. Mak aaiiiii…! Penatlah macam tu.. buat mengabiskan beras jer..

Ada baiknya, amalkan juga cara ini. Makan hanya 3 kali sehari iaitu: sarapan (biar banyak untuk tenaga seharian), tengahari (sedikit jer, setengah pinggan nasi contohnya), dan malam (secubit jer.. ataupun sepotong roti). Lebih elok, kalau nak cepat kurus, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tapi pastikan menu makanan itu kategori yang memberi tenaga bukan memuaskan nafsu makan tuh…

Dan, satu lagi, ada baiknya amalkan minum air kosong banyak-banyak! Air akan melancarkan perjalanan darah dan turut membantu member tenaga gantian. Biasanya bila dah minum banyak air, perut tidak akan berasa terlalu lapar, jadi mudahlah untuk anda mengamalkan makan 3 kali sehari kan…

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥