Wednesday 18 July 2012

TIPS MENJAGA MUKA DARI JERAWAT

http://klimg.com/kapanlagi.com/g/syahrini_rayakan_ultah_di_masjid/p/syahrini-20110802-048-budi.jpg

Tips Hilangkan Jerawat

Tak banyak tips yang aku amalkan dulu, tiga sahaja. Dengan tips ni korang dapat berjimat lagi, bukan kena keluarkan duit beli ubat ke apa. Nak amalkannya pun tak susah, cuma perlukan sedikit ketabahan. Pot pet pot pet…bila nak bagi tips ni? Haha. Ok ok. Malas cakap banyak, tips-tipsnya adalah seperti berikut:

Amalkan Puasa Sunat Isnin & Khamis

Kat Matriks dulu rajin benor aku puasa Isnin dan Khamis. Matriks kat kawasan jin bertendang, takde apa pun yang menarik kat situ melainkan petang-petang ke court main badminton. Kadang-kadang main bola tampar. Puas duk tampar bola, esoknya main basketball one-on-one lak. Duit takyah cakap, bukannya ada sangat. Tambah pulak aku ni bukan jenis meminta dengan arwah mak ngan abah. Jadi baik aku puasa. Kata orang lagi dengan puasa ni otak lebih cergas. Ada jugak yang kata khafiat berpuasa ni boleh sembuhkan beberapa jenis penyakit. Jerawat ni mungkin salah satunya kot. Selain dapat pahala, dapat licinkan kulit muka eheh.

Kurangkan Makan Makanan Berminyak

Ini rasanya semua orang tau. Makanan berminyak sinonim dengan pertumbuhan jerawat. Jadi nak elakkannya, makan kicap hari-hari haha. Takdelah sampai camtu. Kalau kuah kari tu kurangkanlah makan. Nak ulas panjang pasal ni pun tak berapa reti sangat. Jadi pandai-pandai koranglah ye hehe.

Jangan Garu Muka

Ini petua daripada nenek saudara aku. Dia pernah tegur muka aku yang penuh jerawat masa sekolah dulu. Dia pesan jangan sekali-kali garu muka walaupun gatal. Jari adalah anggota yang paling mudah terdedah dengan kuman. Jadi basuh muka dengan air suam dan bilas supaya kulit muka bersih daripada sebarang jangkitan kuman. Kalau gatal sangat pun garu dengan belakang kuku je kata nenek saudara aku yang comel eheh.

Itu saja petua yang aku amalkan dulu. Hasilnya, muka jadi licin dan bersih eheh. Kawan-kawan sekolah termasuk orang kampung pun naik hairan bila balik cuti Matriks diorang tengok muka aku dah licin termasuklah arwah mak aku. Bukan nak bangga diri, risau kalau kita duk bangga dengan diri sendiri nanti nikmat yang Tuhan bagi ni ditarik balik. Hanya sekadar ingin berkongsi amalan dalam penjagaan muka. Suka aku nak maklumkan, dengan tips-tips ni aku dapat hilangkan jerawat kat muka dalam tempoh cuma sebulan saja. Jerawat ni sebenarnya senang je nak hilang kalau kita tak ‘usik’ dia dengan jari-jari kita yang mungkin kotor. Jadi tak mustahil kalau beramal dengan 3 tips ni sekejap je boleh licin kulit muka. Nak pergi interview jadi model pun takde masalah punyalah hehe.

Mungkin tips ni tak berkesan untuk sesetengah orang. Dalam Biologi dulu pun kita belajar salah satu faktor pertumbuhan jerawat disebabkan oleh hormon dalam badan kita sendiri. Jadi sabarlah. Sampai masa jerawat tu akan hilang jugak. Cuma aku sangat sarankan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Banyak kelebihan sebenarnya puasa ni. Bulan puasa pun dah dekat. Eloklah biasakan diri pelan-pelan sebelum berpuasa 30 hari penuh. InsyaAllah kalau cukup info aku akan kongsikan khafiat-khafiat berpuasa nanti.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥