Monday 30 July 2012

LAGI TENTANG JERAWAT



Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka kerana ia adalah antara kulit yang sangat sensitif dan sering terdedah dengan abuk dan persekitaran yang tercemar. Jerawat juga boleh tumbuh di belakang badan dan dada.

Biasanya, jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Apabila terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak) sehingga menyebabkan bakteria dan anasir luar bersarang serta membiak sehingga menghasilkan nanah pada jerawat.

Bila penyumbatan sebum itu terdapat di bawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.

Apabila berlaku Jerawat terutama di muka bentuknya memang tidak sedap dipandang dan mengganggu emosi sehingga membuatkan seseorang itu merasa malu berhadapan dengan orang ramai.

PUNCA JERAWAT

Jerawat biasanya timbul dan terjadi kerana:

1. Adanya sumbatan lapisan kulit mati pada pori-pori sehingga menyebabkan jangkitan kuman.
2. Kelenjar minyak yang dikeluarkan terlalu berlebihan.
3. Kerana faktor genetik (keturunan).
4. Faktor perubahan pelbagai hormon terutama hormon seks.
5. Adanya iritasi kulit.
6. Gaya hidup yang stres.
8. Saraf pori-pori kulit yang tersumbat.
9. Bakteria yang dikenali sebagai propionibacterium mula membiak.
10. Ubat-ubatan tertentu yang mengandungi dadah dan steroid.
10. Penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia.

CARA MEMBERSIHKAN JERAWAT DI MUKA

1. SERING MEMBERSIHKAN MUKA DENGAN CARA YANG BETUL
Bersihkan muka anda sekerap mungkin sehingga membuatkannya bersih dan berseri. Kenali jenis kulit anda sebelum memilih sabun dan pembersih muka. Sering membersihkan muka dengan air yang beralkali sangat baik sekali terutama setelah keluar dan melalui kawasan yang berdebu.

Untuk membersihkan muka ada baiknya memilih sabun, losyen atau pencuci muka yang tidak mengandungi bahan kimia. Jika boleh gunakan pengelap muka buang pakai dan elakkan mengelapnya menggunakan sapu tangan lama.

Elakkan memicit jerawat dengan jari kerana jerawat amat sensitif terhadap kuku apatah lagi jika kuku seseorang itu panjang. Seeloknya biarkanlah ia pecah sendiri dan bersihkan dengan air alkali.

2. GAYA HIDUP YANG SIHAT
Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Perbanyakkanlah meminum air alkali seperti Air ECPI. Elakkan memakan makanan berlemah terutama makanan yang mengandung banyak minyak, banyak pengawet, ajinomoto, MSG dan sebagainya.

Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak dan bahan kimia.

KEDUDUKAN JERAWAT DAN INFO KESIHATAN

JERAWAT DI DAHI
Jerawat di dahi berkemungkinan suhu badan melampau dan peredaran darah kurang baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih dan stres. Biasanya mereka yang mempunyai jerawat di dahi sering beremosi dan panas baran.

JERAWAT DI HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Berjerawat di hujung hidung berkemungkinan sistem penghazaman tidak lawas. Manakala berjerawat di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

JERAWAT DAGU
Jerawat di dagu berkemungkinan fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) agak lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berkemungkinan berpunca daripada haid yangg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

JERAWAT DI PIPI KIRI
Jerawat di pipi kiri berkemungkinan fungsi hati kurang baik dan berkemungkinan mengalami tekanan darah rendah serta sistem pengaliran darah yang tidak lancar.

JERAWAT DI PIPI KANAN
Jerawat di pipi kanan berkemungkinan fungsi paru-paru tidak normal sehingga boleh menyebabkan penyakit resdung dan lelah.

JERAWAT DI BELAKANG ATAU DEPAN BADAN
Jerawat di belakang atau di depan badan berkemungkinan sistem perkumuhan dan sistem usus tersumbat sehingga boleh menyebabkan sembelit.

JENIS JERAWAT

Acne vulgaris
Jerawat yang biasa di alami apabila seorang telah mencapai akil baligh.

Acne rosacea
Bintik kecil berwarna merah yang muncul di muka.

Acne keloidalis nuchae
Ruam atau bintik yang muncul disebabkan bercukur.

Acne conglobata (Hidradenitis suppurativa)
Jerawaat yang menimbulkan bengkak bernanah yang tumbuh di punggung, bawah lengan, celah kelengkang atau dibawah payu dara wanita.

Acne cosmetica
Jerawat yang timbul disebabkan mekap.

Acne fulminans
Jerawat jenis conglobata yang teruk.

Acne medicamentosa
Jerawat yang tumbuh disebabkan pengambilan ubat-ubatan.

Baby acne
Ruam yang kelihatan di pipi atau dagu atau atas kepala bagi bayi yang menyusu.

Chloracne
Jerawat yang tumbuh disebabkan terdedah kepada klorin hidroncarbon seperti dioxin atau pcb.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥