Thursday, 1 November 2012
Tip Berhenti Merokok
Anda sukar berhenti merokok?Hakikatnya terdapat makanan yang boleh mengurangkan 'rasa' rokok.Ia dianggap diet untuk perokok kerana ia boleh mengurangkan ketagihan.
Malah,tidak mustahil ia menyebabkan perokok merasa serik untuk merokok lagi.Merokok sebenarnya bukan setakat ketagihan nikotina,tetapi juga mengenal rasa dan kuantiti deria rokok.
Justeru,buah-buahan,sayur-sayuran,produk tenusu dan minuman tidak berkafein seperti jus dan air kosong adalah antara makanan yang menjejaskan rasa rokok.Sebaliknya ,minuman yang mengandungi kafein,alkohol dan daging merupakan makanan yang meningkatkan rasa rokok.
Diet perokok ini pastinya jalan yang terbaik untuk berhenti merokok.Ini kerana,dalam masa yang sama ia menggalakkan amalan pemakanan yang seimbang.Apa yang anda tunggu lagi?Kaedah ini menawarkan dua implikasi yang positif kerana suatu gaya hidup yang sihat.
KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI..
Go Tox - Remedi Berhenti Merokok - Terlaris
Go Tox - Remedi Berhenti Merokok - Terlaris
Go Tox remedi homeopati yang berfungsi untuk mengurangkan kesan toxic
akibat dari pengambilan rokok atau alkohol..Bertindak dengan lembut
dan tidak mendatangkan aggravasi didalam tempoh berhenti merokok .
Aggravasi (tindak balas) seperti pening kepala, dyspepsia (gangguan
pada sistem penghadaman seperti rasa pedih ulu hati, loya, muntah dan
perut terasa kembung dan tidak selesa), halitosis (bau mulut yang
busuk), sembelit, palpitation (degupan jantung yang tidak teratur),
insomnia (kesukaran untuk tidur), tubuh menggigil, muntah-muntah dan
badan menjadi lemah
Diskaun hebat dan penghantaran percuma sekiranya membeli lebih dari 1 unit:
1. 2 unit (8 minggu) - RM150
2. 3 unit (12 minggu) - RM225
2. 3 unit (12 minggu) - RM225
CARA MEMESAN
SILA TAIP
GO TOX| NAMA PENUH| ALAMAT| NO TELIFON
DAN HANTAR KE
0178803369
SELEPAS ITU SILA TUNGGU SMS DARI PIHAK KAMI
SELEPAS ANDA BANK IN KEDALAM AKAUN SILA SMS
NAMA PENUH | TARIKH & WAKTU ANDA BANK IN DUIT
MAKLUMAT AKAUN SILA KLIK BUTTON DI BAWAH
ATAU
SILA PERGI KE MENU “PEMBAYARAN DAN PENGHANTARAN”
UNTUK MEMESAN SILA KLIK BUTON DI BAWAH
19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
awas! Berdiet
Anda mungkin telah mengenal pelbagai kaedah menurunkan berat badan.Mengikut pola pemakanan,mengikut program diet dan pengambilan pil pelangsingan adalah antara cara diet yang mempunyai matlamat yang sama,iaitu untuk tampil menarik.Namun berwaspadalah dan jangan terlalu teruja untuk cepat kurus.Ini kerana,diet secara drastik sebenarnya boleh membawa implikasi yang negatif kepada kesihatan dan daya ketahanan badan.
Kajian membuktikan bahawa penurunan berat badan mendadak,iaitu 1.5 kilogram seminggu akan menjejaskan sistem imunisasi kita.Oleh itu,amalkan cara yang lebih selamat dan efektif dengan mengurangkan 10 peratus berat badan asal dalam masa enam bulan.Paling penting,berdietlah secara realistik dengan aturan pola pemakanan yang sihat disertai kombinasi senaman yang teratur.
KETERANGAN LEBIH LANJUT ANDA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...
Tidur Untuk Kesihatan
TIDUR yang tidak mencukupi dan berkualiti dipercayai antara punca utama gangguan kesihatan.Oleh itu, tidurlah dengan secukupnya.Tidur adalah cara paling efektif untuk merehatkan badan.mengikut kajiann, 50 peratus fungsi sistem pertahanan badan boleh merosot apabila kita tidak cukup tidur.Ini kerana ketika kita tidur sistem imun dari badan kita bekerja untuk memperbaiki dan menghasilkan sel baru.Jesteru,ikuti tip ini untuk tidur yang berkualiti demi kesihatan anda hari esok.
1. Elakkan menonton televisyen sebelum tidurMenonton televisyen di bilik tidur tidak digalakkan.Berdasarkan kajian,kuantiti tidur terjejas apabila set televisyen diletakkan di bilik tidur.Jesteru,pastikan fungsi bilik tidur sebgai ruangan peribadi yang selesa tidak berubah.
2. Tukr bantal dan tilam.
Kebanyakan daripada kita menggunakan bantal dan tilam yang sama dari tahun ke tahun.Oleh itu,gantikannya kepada yang baru dan selesa untuk memperoleh tidur yang berkualiti.
3. Jauhi pengambilan kafein.
Tahukah anda walau sedikit pengambilan kafein antara 10 hingga 12jam sebelum tidur,boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur.Untuk itu,jauhi kafein dan lebihkan pengambilan air kosong untuk mengelakkan kesukaran melelapkan mata.Bahkan,air kosong akan memperbaiki perjalanan darah anda.
4. Dengan muzik yang menenangkan.
Alunkan muzik jazz dan pasangkan lampu tidur untuk mendapatkan suasana bilik tidur yang mendamaikan.
5. Cipta 'ritual' masa tidur.
Mandi dengan wangian aromaterapi,meditasi dan yoga adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan sebelum tidur.Lakukan dengan kerap agar tubuh badan dan minda anda menerima 'isyarat' ini sebagai masa untuk berehat.
Ekspresi Dirimu
Warna baju yang dipakai sehari-hari memberikan makna tertentu dalam hidup anda.Lebih menarik jika anda tahu makna disebalik warna tersebut sebelum anda memulakan hari ke pejabat.Teruja? Mari kita kenal pasti warna-warnanya...
Hijau
Pengemar warna ini bersifat tenang dan damai.Apabila tampil di khalayak ramai,anda kelihatan yakin dan semua orang selesa berada di samping anda.
Biru
Biru akan memperlihatkan sifat anda yang santai dan relaks.Meskipun gaya yang dipilih tampak bersahaja,namun biru akan membangkitkan keyakinan kala anda berada dalam majlis yang dihadiri ramai tamu.
Kuning
Ceria dan positif!Kuning adalah warna yang tepat untuk dua perasaan tersebut.
Merah
Masih solo dan sedang mencari pasangan?Merah adalah jawapannya!Nuanisa merah dapat menaikkan gelora jiwa dan dapat membentuk keyakinan yang positif kala berhadapan dengan mana-mana jejaka.Floral
Sementara kuning menyerlahkan keceriaan,corak floral pula membuat anda tampil segar dan penuh pesona!
Tuesday, 23 October 2012
Ketahui Punca Mulut Berbau
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi ini?Anda sedang
berbual bersama seorang teman,tiba-tiba dia menjarakkan dirinya sambil menutup
hidung? Apa yang tidak kena?
Selain menjaga penampilan diri,seperkara lagi yang wajar diambil
kira seatu berkomunikasi ialah masalah mulut berbau.Mari kita kenal pasti
apakah punca mulut berbau dan bagaimana mengatasinya?
Kotor dan bakteria
Gejala mulut berbau datangnya dari mulut itu sendiri,sama
ada daripada sisa makanan atau bakteria.Bau mulut sama seperti bau badan.Ia
adalah hasil miksob yang tinggal di tubuh dan menghasilkan bau.Bakteria dalam
mulut berinteraksi dengan lebihan makanan,darah dan air liur,lalu menghasilkan
volatile yang berbau tajam
Langkah mengatasi :
Kembali kepada asas yang mudah,iaitu menjaga kebersihan
gigi.Pastikan anda memberus gigi dua kali dalam sehari dan berkumur-kumur
setiap kali selepas makan.Tahukah anda,memberus lidah sewaktu memberus gigi
juga dapat mengurangkan nafas berbau.Tak percaya?Cubalah…..
Mulut kering dan gusi meragam
Gusi berdarah dan mulut kering merupakan factor yang
menyumbang kepada masalah mulut berbau.Keadaan menjadi lebih teruk sewaktu
cuaca panas dan ketika anda sendiri kurang minum air putih.Gusi berdarah dan
kering yang terkemam di dalam mulut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan
menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Langkah mengatasinya:
Rajin-rajinlah minum air putih untuk pastikan mulut anda
sentiasa basah dan berair.Berkumur-kumur dengan penyegar mulut setiap kali
selepas memberus gigijuga langkah yang baik bagi menghalang pembiakan bakteria
menguasai mulut anda.
Faktor makanan
Satu lagi faktor gejala mulut berbau ialah
pemakanan.Terdapat banyak jenis makanan yang boleh mengundang bau mulut yang
kuat.Antaranya,bawang merah,bawang putih,kopi,durian dan lain-lain.Merokok juga
membuatkan bau mulut jadi lebih parah!
Langkah mengatasinya :
Hindari makanan yang berbau tajam,jadikan teh sebagai
hidangan wajib setiap hari kerana teh mengandungi polifenal sejenis bahan kimia
yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria penyebab bau mulut.
Makan Dengan Bijak
Berdasarkan data The America Cancer Society,30 hingga 40
peratus penghidap kanser adalah berpunca daripada pola makanan ang
salah.Justeru,ia boleh dicegah dengan cara makan yang bijak dan
mempertimbangkan kesihatan seperti panduan ini :
Sarapan sihat
Seseorang akan dibekalkan dengan vitamin,mineral dan serat
melalui sarapan.Hal ini menyebabkan penurunan berat badan dengan lebih
mudah.Apa kata anda cuba menu sarapan sihat ini :
- Roti bersama sebutir telur dan sepotong buah
- Telur dadar dan sepotong buah
- Semangkuk bijirin dengan sepotong buah
Sayur dan buah
Mengikut WHO setiap tahun 2.7 juta nyawa dapat diselamatkan
melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.Ini kerana,konsumsi
buah-buahan dan syur-sayuran memberikan lebih serat yang menjadikan kadar
kolesterol rendah,kesihatan jantung yang lebih baik dan berisiko rendah
menghidap kanser usus.Oleh itu, konsumsilah pelbagai jenis buah dan sayur untuk
gizi yang lebih banyak.
Makan segar
Tidak dinafikan ,ramai di kalangan kita yang gemar makan
makanan dari dalam tin dan segera.Namun dengan melebihkan pemakanan segar,anda
boleh mengurangkan pengambilan sodium,bahan pengawet dan lemak
Berhenti makan cara amerika
Burger yang bersaiz besar atau muffin yang manis amat
digemari oleh warga America.Jangan tiru gaya pemakanan ini!Lebih baik anda
kekalkan pola pemakanan masyarakat Asia yang mengutamakan pengambilan
sayur-sayuran,sedikit nasi,ikan dan sedikit daging.Mungkin juga anda boleh
mencuba pola pemakanan orang Perancis yang mengutamakan konsumsi keju yang
sememangnya kaya dengan zat tenusu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY
JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4
Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB
Under Creative Commons License: Attribution






























