Showing posts with label lose weight fast. Show all posts
Showing posts with label lose weight fast. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

Malas Bersenam Tapi Mahu Langsing


Menurunkan berat badan memang sukar kerana ia bergantung kepada motivasi dan keinginan yang kuat dan sertai dengan konsistensi dalam menjalani program diet.Pola makan yang baik serta mengikut jadual merupakan antara kunci keberhasilan program diet.Namun,ia akan menjadi lebih efektif apabila anda turut mengatur nilai gizi yang baik untuk setiap makanan yang anda makan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ketika mengambil keputusan untuk melakukan diet adalah dengan menghindari makanan yang berkalori tinggi sera mengandungi banyak lemak seperti daging,keju atau makanan berlemak yang lain.

Makanan ini boleh digantikan dengan makanan yang mengandungi banyak serat semula jadi serta mengandungi protein seperti yang terdapat pada buah-buahan,sayur-sayuran dan kekacang.

Makanan yang kaya dengan serat biasanya memerlukan masa yang lebih lama untuk dicernakan.Sebab itu makanan tinggi serat ini menjadi sumber yang amat baik untuk membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.

Bukan itu sahaja,serat juga melambatkan kepekatan insulin.Kadar serum insulin yang tinggi di dalam darah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan rasa lapar.Kerana itulah serat amat penting dalam program diet supaya anda tidak berasa cepat lapar.

Belajar berdieta waktu

Olahraga yang teratur dan seimbang merupakan salah satu aktiviti yang boleh membantu memberikan hasil yang sempurna bagi diet anda.Ini kerana olahraga yang cukup dan teratur dapat membakar kalori dan lemak yang terkumpul di dalam tubuh, dan dikeluarkan melalui perpeluhan.Bagi yang berasa malas untuk berolahraga dan hanya mahu menumpukan pada makan yang sihat,anda boleh cuba ikuti panduan ini :

Menu diet pagi 

Ketika bersarapan,anda boleh menggantikan kuning telur ataupun keju dalam campuran omelette dengan sayur-sayuran seperti brokoli,sawi ataupun cendawan.Sayur-sayuran memiliki kalori yang rendah namun cukup mengenyangkan anda sehingga tiba untuk waktu makan tengah hari.Selain itu,sayur-sayuran juga memberi aroma serta cita rasa yang khas.

Menu sarapan yang kaya dengan sayur-sayuran akan membuat anda merasa kenyang dengan lebih lama.Sebaliknya, bagi mereka terbiasa menikmati hidangan seperti roti atau pun bijirin ketika bersarapan,anda boleh cuma mengurangkan kuantiti yang anda makan atau mengantikannya dengan buah-buahan seperti epal,pisang atau pun oren.

Menu diet tengah hari

Waktu makan tengah hari antara waktu yang penting untuk anda mengawal nafsu makan jika anda ingin berjaya dalam program diet.Sekiranya anda biasa menikmati hidangan berat pada waktu ini terutama hidangan berkalori tinggi dan berkabohirat seperti nasi,bihun,mi dan lain-lain, kini anda perlu cuba menguranginya atau pun mengantikan dengan hidangan buah-buahan segar.

Selain itu,anda boleh menikmati hidangan kekacang yang rendah kalori sebagai makanan tambahan selain buah-buahan.Ia dijadikan sebagai makanan penganti nasi dan makanan berat yang lain.Menu sebegini jauh lebih rendah kandungan kalorinya berbanding dengan nasi.

Menu diet malam

Jika waktu makan tengah hari anda perlu berhati-hati dengan nafsu makan,waktu malam pula anda perlu berhati-hati dengan jenis makanan dan masa.Disebabkan waktu malam merupakan masa untuk berehat dan anda tentunya tidak melakukan banyak aktiviti,anda perlu pastikan hidangan waktu malam ini lebih menyihatkan.

Masih perlu menghindari hidangan makanan yang mengandungi lemak serta kalori yang tinggi,anda juga perlu banyakkan hidangan berserat dan berprotien yang berasal dari ikan yang mengandungi omega 3 agar keperluan gizi harian anda dapat dipenuhi.

Selain itu,omega 3 juga baik untuk memperbaiki sel-sel tubuh serta perkembangan otak.

Hidangan berserat juga boleh didapati daripada sayur-sayuran seperti brokoli atau buah-buahan,tetapi anda perlu perhatian juga kuantiti ang anda makan.

Elakkan dari makan berlebihan.Menikmati sedikit coklat juga dapat membantu mengurangkan nafsu makan tetapi pastikan anda makan dalam jumlah yang sedikit.

Thursday, 1 November 2012

awas! Berdiet


Anda mungkin telah mengenal pelbagai kaedah menurunkan berat badan.Mengikut pola pemakanan,mengikut program diet dan pengambilan pil pelangsingan adalah antara cara diet yang mempunyai matlamat yang sama,iaitu untuk tampil menarik.Namun berwaspadalah dan jangan terlalu teruja untuk cepat kurus.Ini kerana,diet secara drastik sebenarnya boleh membawa implikasi yang negatif kepada kesihatan dan daya ketahanan badan.

Kajian membuktikan bahawa penurunan berat badan mendadak,iaitu 1.5 kilogram seminggu akan menjejaskan sistem imunisasi kita.Oleh itu,amalkan cara yang lebih selamat dan efektif dengan mengurangkan 10 peratus berat badan asal dalam masa enam bulan.Paling penting,berdietlah secara realistik dengan aturan pola pemakanan yang sihat disertai kombinasi senaman yang teratur.

KETERANGAN LEBIH LANJUT ANDA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...




Tuesday, 23 October 2012

Makan Dengan Bijak



Berdasarkan data The America Cancer Society,30 hingga 40 peratus penghidap kanser adalah berpunca daripada pola makanan ang salah.Justeru,ia boleh dicegah dengan cara makan yang bijak dan mempertimbangkan kesihatan seperti panduan ini :

Sarapan sihat
Seseorang akan dibekalkan dengan vitamin,mineral dan serat melalui sarapan.Hal ini menyebabkan penurunan berat badan dengan lebih mudah.Apa kata anda cuba menu sarapan sihat ini :

  •      Roti bersama sebutir telur dan sepotong buah
  •     Telur dadar dan sepotong buah
  •     Semangkuk bijirin dengan sepotong buah

Sayur dan buah
Mengikut WHO setiap tahun 2.7 juta nyawa dapat diselamatkan melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.Ini kerana,konsumsi buah-buahan dan syur-sayuran memberikan lebih serat yang menjadikan kadar kolesterol rendah,kesihatan jantung yang lebih baik dan berisiko rendah menghidap kanser usus.Oleh itu, konsumsilah pelbagai jenis buah dan sayur untuk gizi yang lebih banyak.


Makan segar
Tidak dinafikan ,ramai di kalangan kita yang gemar makan makanan dari dalam tin dan segera.Namun dengan melebihkan pemakanan segar,anda boleh mengurangkan pengambilan sodium,bahan pengawet dan lemak

Berhenti makan cara amerika
Burger yang bersaiz besar atau muffin yang manis amat digemari oleh warga America.Jangan tiru gaya pemakanan ini!Lebih baik anda kekalkan pola pemakanan masyarakat Asia yang mengutamakan pengambilan sayur-sayuran,sedikit nasi,ikan dan sedikit daging.Mungkin juga anda boleh mencuba pola pemakanan orang Perancis yang mengutamakan konsumsi keju yang sememangnya kaya dengan zat tenusu.

6 Langkah Mudah Berdiet


Bukan mudah untuk berdiet.Bahkan juga,ramai yang terseksa apabila diet dilakukan dengan ketat dan melampau.Padahal apabila diet dilakukan dengan tepat,kesannya amat efeksif dan menyenangkan tubuh badan .Apa kata anda ikuti tip mudah berdiet ini :

  1. Pentingkan kualiti
Konsumsilah makanan bendasarkan kualiti,bukan kuantiti.Anda perlu belajar menikmati makanan kegemaran dalam jumlah kecil,tetapi dengan rasa yang lebih enak.

  2.   Nikmati makanan
Oleh itu,makanlah dengan perlahan-lahan dan rasakan kelazatannya setiap kali anda menguyah.Tambahan pula,tubuh memerlukan 20 minit untuk merasa kenyang. 


  3.  Catatan harian
Mengikut kajian ,70 peratus individu yang mengalami berat badan berlebihan sering salah perhitungan tentang apa yang dimakan.Mereka menganggap bahawa mereka telah makan dengan sedikit,namun masih tetap gemuk.Oleh itu,rekodkan dalam sehari kekerapan makan dan jumlah makanan yang diambil serta tahap kelaparan yang menyebabkan anda makan.Diari makanan ini boleh mendidik anda lebih peka keinginan makan,lebih focus dan komited terhadap pelan diet anda.

  4.  Motivasi
Anda perlu kerap memberi semangat kepada diri sendiri sepanjang berdiet.selain itu,mintalah teman-teman anda untuk sering memberi motivasi dan mengingatkan matlamat diet anda.

  5.  Sarapan
Sarapan amat penting walau ketika anda berdiet.Bijirin bersama buah-buahan dan susu rendah lemak atau buah-buahan dengan roti bakar dan telur rebus sudah mencukupi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

  6.  Bersenam
Berjalan kaki adalah senaman yang paling murah.Tahukah anda.berjalan kaki selama 25 minit setiap hari lebih efektif untuk menurunkan berat badan daripada berjoging 10 minit setiap hari.Mudah bukan?

Selamat mencuba!

UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN LEBIH EFEKTIF LAGI ANDA BOLEH KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI



PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥