Tuesday 4 September 2012

KENAL DAHULU BAHARU RAWAT

Sebelum menangani masalah rambut,kenal pasti kumpulan rambut anda terlebih dahulu.Jenis rambut dapat membantu anda mencari jalan penyelesaian yang sesuai.Semua masalah rambut boleh selesaikan sendiri tanpa perlu ke salun.ada beberapa jenis rambut,yang mana satu jenis rambut anda??

RAMBUT NORMAL

Jika anda memiliki rambut jenis ini,anda bertuah!Ia tidak akan mengumpal (kusut),berminyak,dan tidak kering.Kebiasaannya rambut begini adalah faktor keturunan.Jika anda mengamalkan teknik cucian yang betul dan rajin mengoleskan perapi,ia akan bertambah sihat.

Rutin cucian : Gunakan syampu untuk rambut normal.apabila rambut sudah terlalu letih (kerana sudah lama tidak di letakkan perapi),gunakan syampu perapi.Kerja senang,jimat masa!

Rawatan : Pastikan potongan rambut lebih ringkas dan usah melakukan sebarang proses kimia terhadapnya.Ia adalah bagi mengekalkan kesihatan semula jadinya.Rawatan urutan atau minyak panas adalah yang terbaik buat kalian yang memiliki rambut normal.

RAMBUT BERKELEMUMUR

Kelemumur boleh terjadi kerana dua faktor.Sama ada keadaan rambut yang kering mahupun berminyak.Ia berlaku kerana penghasilan sebum berlebihan pada kulit kepala anda.Ada dua jenis kelemumur.

KELEMUMUR KERING

  • Berwarna putih dan lebih "ringan".Kebanyakan orang mengalami masalah kelemumur jenis ini.
KELEMUMUR BERMINYAK

  • Ia berkuping,lembap dan berbau kurang enak
Rutin cucian : Gunakan syampu dan produk rambut khas bagi mengatasi masalah kelemumur.

Rawatan : Anda boleh mencari produk rambut yang sesuai di farmasi atau berjumpa dengan pakar rambut.Perawatan rambut secara disiplin di salun akan membantu menghilangkan  kelemumur.

RAMBUT BERMINYAK

Rambut jenis ini biasanya sangat berkilat dan mudah berbau.Ia tidak kembang,tetapi melekap pada kulit kepala.anda harus melurutnya dengan jari berkali-kali bagi mengelakkan ia kelihatan "bertepek"

Rutin cucian : Jangan sesekali menggunakan syampu yang mempunyai kandungan kimia yang "berat",Ia akan menyebabkan kulit kepala anda bertambah berminyak dan cenderung untuk gugur.amalkan cucian secara kerap dan letakkan perapi pada hujung rambut (usah terlalu kerap).Gunakan syampu jenis mild.

Rawatan : Elakkan produk rambut yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi seperti serum.Ia akan menyebabkan keadaan rambut anda menjadi lebih teruk.Gunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut anda.Walaupun begitu,berhati-hati dengan habanya supaya tidak  mengeringkan kulit kepala anda.

RAMBUT KOMBINASI

Rambut jenis ini biasanya berminyak pada akar rambut tetapi kering pada bahagian hujungnya.Rambut boleh mengalami masalah ini kerana penggunaan produk rambut secara kerap.

Rutin cucian : Gunakan syampu jenis lembut dan bilas bersih selesai di cuci.Ia bagi mengelakkan sebarang bahan kimia melekat pada kulit kepala dan menimbulkan masalah lain.

Rawatan : Gunakan perapi jenis leave-in untuk memperbaiki rambut dari akar sehingga ke hujungnya.

KULIT KEPALA KERING

Jika terdapat kepingan-kepingan kecil pada rambut anda,ia tidak semestinya kelemumur.Boleh jadi ia kepingan kulit kepala (sel mati) yang telah kering.Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan air dalam badan seseorang.

Rutin cucian : Gunakan syampu lembut dan khusus untuk perawatan kulit kepala.Fokuskan kepada urutan lembut pada kulit kepala dan elakkan dandanan melampau (menggunakan produk dengan bahan kimia).Bilas syampu dengan sempurna usai bersyampu.Anda digalakkan untuk menggunakan produk rambut berasaskan bahan semula jadi...

SETELAH ANDA TAHU JENIS RAMBUT ANDA,ANDA BOLEH MERAWATNYA DENGAN SYAMPU KELUARAN DARI PRODUK HOMEOPATHY YANG TERDIRI BAHAN SEMULA JADI DARI TUMBUH-TUMBUHAN...

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI.....


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥