Sunday 9 September 2012

KETAGIHAN MAKANAN?CUBA HELAH INI!




Bayangkan situasi ini.Lidah mengecap sesuatu,hidung mencium aroma yang harum atau anda berada pada tempat tertentu.Semua ini,secara tidak langsung membuatkan otak anda akan berinteraksi dan zat-zat kimia seperti dopamine dan serotonin.Dalam masa yang sama,ia akan membuatkan selera makan memenuhi otak anda.akibatnya ,anda ingin makan dan makan lagi walaupun isyarat perut tidak memberikan rasa lapar.
Semestinya rasa lapar itulah datangnya dari perut.kketika anda perlukan tenaga,perut akan mengirimkan ghrelin (hormone lapar) ke hipotolamus (pusat arahan di otak untuk metabolism).Hasilnya,anda akan mencari-cari makanan untuk anda kunyah.

Jadi,jangan sesekali anda cuba untuk makan secara berlebihan.Jangan biarkan ketagihan makanan menghantui anda.Sesetengah berpendapat,ketagihan dan “kerinduan” pada makanan masih boleh dikendalikan.Berikut beberapa saranan untuk anda mengurangkan “kerinduan” terhadap makanan.

      a) Hidangan yang lebih kecil
*Sebenarnya,secara semulajadi badan anda dapat memberikan peringatan untuk berhenti makan.Namun,kadang-kadang anda mengabaikan peringatan itu dan tetap menghadap makanan itu sehingga habis.

*Menurut Mark Gold dari University of Florida College of Medicine,untuk menghentikan kebiasaan buruk ini,mulakan dengan menggunakan piring atau mangkuk yang berukuran lebih kecil.

*Jika keadaan ini dilakukan berterusan,otak anda akan terbiasa dengan hidangan sedikit sehingga nafsu makan anda pun berkurangan.

b)    Kurangkan pengambilan makanan/minuman manis
*Gantikan gula dengan sos,roti,kraker dan makanan yang tidak manis atau sedikit mengandungi gula.Jika lidah anda sudah terbiasa dengan makanan tersebut,maka kuih atau makanan manis tidak akan menarik perhatian anda lagi.

c)    Jangan biasakan perut kosong
*Seseorang yang melakukan diet secara belebihan akan makan lebih banyak pada akhirnya.Jadi jangan biarkan perut anda dalam keadaan kosong untuk mengelakkan makanan yang di ambil nanti terlalu berlebihan.

d)    Lakukan aktiviti
*Senaman dapat mengubah biokimia badan dalam membantu memperbaiki ketidakseimbangan psikologi yang mengarah kepada ketagihan makanan.Sebagai bonus,sediakan masa untuk bersenam agar ia dapat mengurangkan masa anda tidak makan secara berlebihan.

e)    Elakkan daripada masalah
*jika donut adalah kelemahan anda dan setiap hari anda melalui kedai donat,maka carilah jalan lain agar anda tidak lalui kedai tersebut.Begitu juga,jika anda penggemar aiskrim dan ketika iklan aiskrim disiarkan semasa anda menonton televisyen,alihkan perhatian anda pada buku yang sedang and abaca.

BERHENTI DARIPADA KETAGIHAN MAKANAN
Menurut Gene-Jack Wang dari Brookhaven Nationak Laboratory di Amerika,hormone dopamine boleh dikendalikan dan seterusnya mengawal diri seseorang dari ketagihan makanan,caranya :

            a)      Menjauhkan diri dari stress
*Ini kerana,apabila seseorang itu mengalami stress,otak memerlukan zat yang memeberikan rasa tenang dan nyaman dengan cepat.contohnya,hamper setiap wanita akan mendapatkan coklat apabila stress.

            b)      Tukar selera
*Menurut Dr.Marcia Levin Pelchat dari Monell Chemical Senses Center di Philadelphia,ikutilah kelas belajar memasak.Selain daripada rasanya yang lebih segar,ia juga enak dengan masakan sendiri.Jika anda terbiasa dengan masakan sendiri,maka masakan segera tidak lagi sesuai dengan selera anda.

            c)       Makan sedikit sahaja
*Perkara terbaik untuk anda lakukan dalam menghindari godaan ini adalah dengan mengatur jumlah makanan.Ingat,makanlah seperlunya dan bukannya semata-mata untuk memuaskan emosi.

            d)      Penuhi keperluan gizi
*Salah satu penyebab ketagihan makanan adalah kerana badan anda kekurangan sesuatu zat gizi.contohnya,anda kekurangan potassium.Jadi,anda akan mencari kerepek kentang atau sebiji pisang.

            e)      Kurangkan makanan pedas
*Tahukah anda,rasa pedas yang digabungkan dengan bahan yang mengandungi lemak dan kalori tinggi boleh memberi ancaman lain.

*Menurut Profesor John Prescott dari Australia’s National Research Organization mengatakan makanan pedas dapat meransangkan hormone dopamine yang mendorong kepada ketagihan makanan.

            f)       Jangan simpan kafein
*Jangan sesekali menyimpan minuman berkafein.Kafein adalah stimulasi semulajadi yang mempengaruhi pengeluaran hormone dopamine yang boleh mendorong kepada kegemukan.

UNTUK ATASI KETAGIHAN MAKAN ANDA SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH INI...


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥