Wednesday 26 September 2012

KETAHUI PUNCA GANGGUAN TIDUR SAAT HAMIL




Tidur yang nyeyak boleh menjadi aset yang paling mahal sepanjang kehamilan.Hal ini kerana,ada sesetengah wanita mengalami gangguan tidur dari awal kehamilannya.

Api tidur yang nyenyak pasti boleh diperoleh sekiranya anda tahu cara mengatasinya.Cik Fiqah kali ini memberikan beberapa tip yang boleh diikuti oleh ibu hamil.

Trimoster pertama

1. Sering buang air kecil sepanjang malam
Hal ini berlaku kerana rahim yang mengandungi janin itu kian membesar dan membesar lalu menekan organ di sekitarnya termasuklah pundi kencing.Akibatnya pundi kencing diisi dengan sedikit urin,klip pembuka saluran semakin penuh membuatkan anda membuang air kecil secara terus-menerus.

Atasi dengan :

  • Kurangkan minum menjelang waktu tidur dan buatlah jadual minum untuk memenuhi kekurangan air.Sekurang-kurangnya 2 liter sehari sebelah pagi menunggu siang hari.
  • Hindari minuman yang mengandungi kafein kerana ia mendorong keinginan untuk membuang air kecil.
  • Latih diri membuang air kecil sebelum tidur.
2. Banyak tidur siang
Kadar hormon progesteron yang meningkat sepanjang kehamilan membuatkan tubuh ibu hamil cepat penat.Keadaan yang dialami ini akan membuatkan mereka cenderung untuk tidur di siang hari.Keadaan sebegitu membuatkan ibu hamil sukar untuk tidur pada waktu malam.

Atasi dengan :
  • Kurangi waktu tidur siang atau jangan tidur pada waktu siang terlalu lama.
  • Ketika hendak tidur siang,jangan tidur lewat petang sehingga membuatkan anda sukar tidur di malam hari
  • Hias kamar tidur dengan indah untuk keselesaan.Misalnya meletakkan aromaterapi pada kamar tidur
3. Cemas terhadap kehamilan
Kehamilan pertama sememangnya membuatkan bakal ibu merasa takut,cemas dan khuatir kerana belum berpengalaman dan memiliki gambaran tentang kehamilan,proses persalinan mahupun peranan sebagai ibu yanga akan dijalani.Semua itu menimbulkan perasaan cemas berlebihan dan igatan yang mengganggu membuatkan kesukaran untuk tidur.

Atasi dengan :
  • Berbincang dengan suami dan sahabat terdekat mengenai hal-hal yang menakutkan,cemas dan membimbangkan terhadap kehamilan.
  • Berendam air suam untuk menghindari kecemasan dan menghilangkan kebimbangan 
  • Lakukan pelbagai aktiviti yang membuatkan perasaan senang dan bahagia.Misalnya,melakukan aktiviti melukis,bermain muzik atau sekadar membaca novel kegemaran.
4. Mual sepanjang hari
 Rasa mual dan muntah sepanjang kehamilan khususnya trimester pertama dialami oleh lebih dari 70 peratus wanita hamil.Keadaan mual begitu berbeza-beza bagi setiap orang.Namun perasaan mual itu berbeza-beza pada setiap  orang.Ada juga yang mual sepanjang hari sehingga membuatkan tidur malam wanita hamil terganggu.

Atasi dengan :
  • Letakkan makanan ringan di sebelah tempat tidur anda.Misalnya biskut kering dan manisan kering.Makan apabila lapar untuk mengurangkan rasa mual.
  • Hindari makanan yang pedas kerana ia mendorong penghasilan asid berlebihan dan membuatkan rasa mual.
  • Hindari juga makanan tinggi kadar lemak yang sukar untuk dicerna sehingga membuatkan usus anda terpaksa bekerja keras.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥