Thursday 20 June 2013

Mahu Kurus? Fahami 10 Rahsia Diet


Ada banyak sebab mengapa kita terlebih makan,sama ada ia ketika kita bercuti,pada waktu cuti hujung minggu mahupun ketika musim-musim perayaan.

Kesan sampingan paling nyata yang boleh dilihat di kalangan masyarakat kita akibat terlebih makan adalah kenaikan berat badan.Keadaan ini seterusnya mengakibatkan obesiti.Antara kesan lain yang dikenal pasti adalah seperti berikut :


  • Tidak cergas
  • Kurang berupaya bermain dengan anak-anak,berjalan ke kedai,menaiki tangga ataupun menunggang basikal.
  • Mudah letih dan lesu
  • Membebankan otot,sendi-sendi dan jantung
  • keinginan makan (membawa kepada makan berlebihan dan kenaikan berat badan)
  • Memiliki kuku,rambut dan kulit yang tidak sihat
  • Banyak pakaian tidak lagi sesuai di pakai.
Untuk mendapatkan berat badan sihat,ikuti panduan di bawah :

1) Tukar pola pemakanan kepada lebih menyihatkan
  • Makanlah lima kali sehari,iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.Seterusnya, untuk minum pagi dan minum petang,ambillah snek yang menyihatkan.Ini memberi tubuh tenaga mencukupi untuk melakukan aktiviti seharian, menaikkan kadar metabolisme dan mengelakkan anda dari makan lebih banyak di waktu makan utama.
2) Ubah diet anda
  • Tinggalkan makanan-makanan sejuk beku,makanan segera dan biskut-biskut yang sering anda makan.Sebaliknya, gantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna.
  • Gantikan snek-snek manis di dapur anda dengan snek sihat seperti kekacang, buah-buahan kering, snek bar (energy bar) dan juga muesli bar.
  • Masukkan juga daging dan ikan dalam diet anda serta protein daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran.
3) Gunakan senarai beli-belah dalam keadaan perut kenyang.
  • Membeli-belah dalam keadaan perut lapar antara sebab utama yang membuatkan anda membuat keputusan salah.Anda cenderung membeli-belah berdasarkan perut lapar, jauh lari daripada senarai beli-belah yang anda bawa.Seterusnya, anda akan membeli bahan makanan yang salah, seperti kerepek kentang, coklat dan juga mi segera.Anda disarankan makan sedikit agar tidak berasa kelaparan sebelum keluar membeli-belah.
  • Langkah kedua sebelum anda keluar membeli-belah adalah menyediakan senarai beli-belah.Sudah terbukti, mereka yang membeli-belah berpandukan senarai yang disediakan  terselamat dari membeli-belah mengikut nafsu.Fikir tentang senarai beli-belah anda sebelum keluar.Masukkan dalam senarai tersebut dengan makanan-makanan dan snek-snek sihat.Jangan lupa masukkan buah-buahan, sayur-sayuran, keju, biji-bijian, kekacang, muesli bar, dan yogurt.Langkah ini dapat membantu anda tidak menyimpan lebihan bahan makanan tetapi juga menjimatkan.
4) Baca kemasan label
  • Masyarakat sekarang banyak yang ketagih dengan karbohidrat dan garam, di mana kebanyakannya banyak terkandung di dalam makanan yang telah diproses.Memilih tanda "rendah lemak" dan "rendah GI" pada label makanan anda memang bagus, tetapi anda juga perlu berhati-hati dengan kandungan karbohidrat dan kandungan sodium (garam) di dalamnya.
  • Pun begitu, sesetengah karbohidrat baik untuk anda sebagai sumber tenaga seperti bijirin penuh, sayur-sayuran,buah-buahan, biji-bijian, kekacang, legum dan sebagainya.Selebihnya, makanan yang telah diproses,dihancurkan dan dibungkuskan biasanya memiliki karbohidrat yang boleh menambahkan berat badan.
  • Kita masih perlukan garam di dalam diet kita tetapi kuantitinya hanya sedikit sahaja.Pakar kesihatan mendakwa bahawa 220 mg -  500 mg sehari sudah memenuhi keperluan garam untuk tubuh.Jumlah garam di dalam diet dikira dalam miligram (mg).satu sudu teh garam mengandungi 2,400 mg garam.1,000 mg bersamaan 1gram garam.Jadi 2,400 mg bersamaan dengan 2.4 gram garam.
  • Selepas ini, anda perlu membaca kesemua label makanan dengan betul setiap kali membeli makanan anda di pasar raya.
5) Lakukan aktiviti senaman
  • Mulakan dengan senaman mudah seperti berjalan di sekitar kawasan perumahan beberapa kali seminggu, menunggang basikal di hujung minggu, menyertai kelas senaman ataupun berjoging di taman-taman permainan dengan anak-anak.
  • Apa-apa aktiviti pun sudah memadai asalkan ia boleh membuat jantung anda berdegup lebih pantas sedikit.
  • Akhirnya anda akan sedar bahawa anda menyukainya.Pasti kan anda bersedia dengan pakaian dan peralatan bersesuaian sebelum memulakan senaman.Memilih kasut sukan yang baik boleh melindungi kaki anda ketika anda membuat latihan berjalan perlahan.
6) Buat diari pemakanan
  • Mulakan diari pemakanan anda.Catat semua jenis makanan yang anda makan termasuk snek dan juga minuman setiap hari selama sebulan.Ini dapat membantu anda mengenal pasti tabiat makan buruk anda.Cara ini juga baik untuk memberi kesedaran terhadap pemakanan anda.
  • Jujur dengan diri sendiri.Kaji semula diari pemakanan anda dan dari situ ubah tabiat makan anda kepada yang lebih sihat.Contohnya, jika anda gemar minum kopi bersama tiga keping biskut setiap malam selepas makan malam, cuba ubah tabiat tersebut.Anda boleh pilih kepingan biskut yang mengandungi buah-buahan atau mungkin anda boleh cuba mengelakkan diri dari sebarang makanan selepas waktu makan malam.
7) Rancang diet sosial
  • Jika anda menghadiri majlis atau parti di mana biasanya disediakan begitu banyak makanan, sebaiknya ambillah snek diet seperti sebiji epal atau kraker bersama keju sekurang-kurangnya sejam sebelum anda ke majlis tersebut.Ia bukan sahaja mengurangkan rasa lapar tetapi juga mengelakkan anda dari terlebih makan kesemua makanan yang ada.
  • Ketika di dalam majlis, pilihlah makanan anda.Jauhi makanan yang digoreng, berkrim dan cuba pilih makanan segar dan menyihatkan.
  • Ketika memilih makanan,pasti kan anda benar-benar mahu makan makanan tersebut, adakah anda sukakannya, atau anda sebenarnya tidak berasa lapar ketika mengambilnya.Pastinya, anda akan terkejut bila menyedari bahawa kebanyakan orang makan makanan yang mereka sendiri tidak suka dan tidak mahu seperti pai kecil dan juga pelbagai jenis pastri
8) Serius
  • Paling penting, anda perlu serius tentang pemakanan anda dan kekal dengan azam.Hasilnya, anda bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, sebaliknya kuku anda akan menjadi lebih kuat dan rambut juga akan menjadi lebih berseri.
9) Hari kelonggaran
  • Hari kelonggaran ini bermaksud memberikan kebebasan kepada diri anda sehari dalam setiap minggu untuk anda bebas menikmati sebarang jenis makanan yang anda ingin makan.Pada awalnya, anda mungkin akan ternanti-nanti hari yang satu ini, tetapi apabila tabiat pemakanan anda semakin meningkat baik, ia hari kelonggaran ini tidaklah begitu hebat lagi.
  • Bila tabiat pemakanan anda meningkat baik, anda akan terbiasa dengan memilih makanan berkhasiat.Makanan berminyak, berlemak atau berkrim bukan lagi dilihat sebagai makanan enak, sebaliknya anda juga tidak lagi berselera makan makanan sebegini.Inilah petanda bagus bahawa tubuh anda sudah mula menolak makanan ringan.
10) Hadiahkan diri anda
  • Belikan apa sahaja makanan sebagai hadiah untuk diri anda kecuali makanan yang tidak menyihatkan apabila anda berjaya berjalan di sekitar tempat tinggal anda selama lima hari berturut-turut.Mungkin juga anda boleh belikan pakaian baru yang anda inginkan apabila melihat anda berjaya menurunkan berat sebanyak 5 kg.Berikan insentif dan penghargaan atas segala usaha anda.Ternyata, semuanya akan terasa berbaloi selepas anda menjayakannya.
  • Paling penting, berseronoklah.Kesihatan dan kecergasan adalah pilihan kehidupan dan anda seharusnya bergembira.Makanan baik dan kecergasan yang menyeronokkan membawa kepada kehidupan sihat dan bermakna.
Nak kurus dengan selamat klik gambar di bawah ....

http://pakarcantik2u.blogspot.my/2015/10/rahsia-kecantikan-wanita-indonesia.html

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥