Tuesday 25 June 2013

8 Punca Cepat Marah


Marah merupakan emosi yang sihat seperti juga menangis atau ketawa.Jika seseorang marah, penyebabnya mungkin kerana kecewa, takut, tersinggung atau merasa terluka.Namun, jika anda mendapati insan terdekat dengan anda marah secara berlebihan, selidik dulu sebabnya.Mungkin kerana pengambilan ubat-ubatan atau penyakit.

1. Hipertiroidisme

Hipertiroidisme terjadi kerana kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid terlalu banyak.Keadaan ini biasa dialami wanita.Hormon tiroid mempengaruhi sistem metabolisme dan ini sekali gus akan meningkatkan kegelisahan, gugup serta kesukaran memberi tumpuan.Jika tiroid terlalu aktif, ia boleh menjadi alasan mengapa anda mudah berteriak kepada anak-anak, suami, atau orang lain.

2. Ubat kolesterol

Statin yang makan sebagai ubat kolesterol tinggi menimbulkan kesan sampingan yang menyebabkan seseorang mudah hilang sabar.Statin akan membuat serotonin lebih rendah, yang menyebabkan peningkatan depresi dan kematian.

3.Diabetes

Seorang pesakit diabetes yang kekurangan gula dalam darah boleh menyebabkan amarahnya meningkat.Ketidakseimbangan serotonin dalam otak.Akibatnya, seseorang menjadi agresif, kebingungan, marah berlebihan dan bahkan serangan panik.

4. Depresi

Seseorang dalam keadaan depresi atau kemurungan akan merasa sangat marah, gelisah serta menyebabkan perasaan tidak berharga, malu dan merasa bersalah.

5. Autisme

Gangguan perkembangan ini boleh mempengaruhi pertumbuhan otak secara normal serta keterampilan sosial dan komunikasi.Banyak perkara yang menstimulasi sensori dapat meningkatkan kemarahan penderita autisme.

6. Alzheimer

Penyakit ini merupakan bentuk dementia yang mempengaruhi fungsi otak termasuk perilaku emosional dan keperibadian seseorang.Hal ini boleh menyebabkan ledakan kemarahan.

7. Ubat tidur

Ubat tidur seperti Benzodiazepin bekerja dengan memperlambatkan pelbagai fungsi otak.Dengan pengurangan beberapa fungsi, ubat tidur ini mampu menambahkan kemarahan seseorang.

8. Sindrom pra menstruasi

Sindrom par menstruasi (PMS) pada wanita terjadi kerana tidak seimbangnya hormon seperti estrogen dan progesteron.Wanita menjadi lebih mudah mrah tanpa alasan yang jelas.Mood wanita boleh berubah pada dua minggu terakhir pusingan menstruasi atau dua minggu sebelum menstruasi.

Punca-punca kemarahan yang meledak boleh jadi diakibatkan oleh gangguan kesihatan.Sebagaimana yang di bincangkan gangguan kesihatan ini berpunca daripada gangguan hormon yang keluar dari tubuh kita.emosi kita disokong oleh jumlah hormon danneurotransmitter yang terhasil pada otak.Besar kemungkinan kemerosotan hormon dan neurotransmitter menghasilkan kesan sebegini.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥