Sunday 3 March 2013

Tips Untuk Cantik Dan Ceria


Bangun Pagi Lebih Ceria

ANDA mahu sentiasa tampil menarik,ceria dan bertenaga?Rahsianya cukup mudah iaitu bangun awal pagi.Penyelidikan menemukan individu yang mengamalkan bangun di awal pagi mempunyai suasana hati yang selalu baik dan terhindar dari sindrom 'early morning blues'.Hal ini tentu akan membantu meningkatkan produktiviti kerja selain menampilkan wajah yang berseri-seri.

37% Lebih Kering

DUA jam perjalanan menaiki kapal terbang sudah cukup membuatkan kulit di bahagian pipi menjadi 37 peratus lebih kering.Sapukan pelembap dan minum air putih secukupnya bagi mengekalkan kelembapan wajah.

'Skrub Gula' Untuk Tangan Kering

PENGGUNAAN detergen sewaktu membersihkan rumah atau mencuci pakaian misalnya boleh membuatkan tangan kering dan kasar.Penggunaan losen kurang membantu.Untuk mengatasi masalah ini,apa kata membuat skrub sendiri.Caranya campurkan satu sudu minyak zaitun dengan sedikit gula.Gosok lembut pada tangan yang kasar selama dua minit.Ini akan membantu menegelupaskan kulit tangan yang kasar.Kemudian bilas dan lap hinga kering.Untuk hasil yang lebih cepat,lakukan rawatan pada malam hari kemudian oleskan dengan krim tangan untuk melembapkannya.



Wanita sukses Lebih Tertekan?

STUDI yang dijalankan selama 15 tahun diketuai pakar kecergasan dan pilates,Samir Purohit mendapati semakin tinggi posisi seseorang wanita dalam syarikatnya maka semakin tertekan dirinya dalam soal menjaga penampilan sehingga ada kalanya memicu stres melampau!Tambahannya lagi golongan ini ada kalanya membenci diri sendiri jika melihat orang lain lebih hebat.

Perokok Wanita Tidak Menarik

HASIL soal selidik yang dilakukan Watchmywallet.com terhadap 1,500 lelaki untuk melihat bagaimana perilaku merokok mempengaruhi minat mereka.Hasilnya menemukan 57 peratus lelaki beranggapan perilaku tersebut tidak menarik hai sama sekali.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥