Wednesday 20 March 2013

TIPS PENJAGAAN RAMBUT WANITA BERTUDUNG


Hari ni Cik Fiqah nak share sikit tips penjagaan rambut untuk semua wanita yang bertudung. Bagi Cik Fiqah penjagaan rambut ni penting sangat2, terutama untuk kita kaum wanita ni. U all mesti boleh bayangkan kalau rambut gugur banyak dan makin jarang pulak tu, mesti stress kan... So kalau xnak perkara ni terjadi, pastikan baca betul2 ya :)

1.Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. Bab ni akan kita sentuh dalam tips #5. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba.

*TIPS BERGUNA: Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.


2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan. :-)


3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.

Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.

******************
SUKA Tips-Tips Ni? Like atau SHARE dulu yea. TQ ;-)

******************


4. Rehat Dulu

Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala "bernafas" terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!


5. Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. Bagi Cik Fiqah yang paling penting pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi apapun, ada guideline asas untuk pilih syampu jenis apa yang sesuai dengan jenis rambut kita. Bab ni kita akan sentuh pada siri tips akan datang. :-)

(so kalau tak nak terlepas tips-tips , LIKE page kami
 Love Homeopathy yea!) 

Oh yes, jangan pakai syampu 2 in 1 yang ada conditioner sekali. sebabnya? Syampu untuk kulit kepala & conditioner untuk rambut, so tak berapa efektif kalau pakai 2 in 1 syampu.


6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.

Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula. 


Ok, Cik Fiqah rasa cukup dulu untuk kali ni. InsyaAllah Cik Fiqah akan update lagi tips-tips penjagaan rambut pada masa akan dtg. So untuk pastikan u alls x terlepas, like page kami dan subsribe ya! Orite jumpa lagi. Harap semua puas hati dgn tips kali ni. TQ~ :)


Admin - Cik Fiqah

love-homeopathy.blogspot.com
Pakar Rambut Anda!


p/s: Selesaikan Masalah Rambut Gugur dengan Hanya 3 Langkah Mudah! Serta dapatkan Syampu Herba dan set penjagaan rambut yang Herba, Halal dan Terbukti Berkesan!

Klik di sini>> love-homoepathy.blogspot.com



Untuk mendapatkan produk berkesan ini sila klik pada gambar di bawah...


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥