Wednesday 10 October 2012

TIPS JAGA ALATAN MEKAP


SESETENGAH WANITA BERPENDAPAT,JIKA MAHU KELIHATAN CANTIK KITA TIDAK BOLEH LOKEK BERBELANJA MEMBELI PRODUK KOSMETIK,MERAWAT KULIT DI SPA,MAHUPUN MEMBELI PAKAIAN.HAKIKAT SEBENARNYA,UNTUK TAMPIL CANTIK TIDAK MEMERLUKAN BELANJA BESAR,ASALKAN ANDA TAHU CARA DAN KAEDAH YANG BETUL.

Salah satu perkara penting untuk menjimatkan perbelanjaan kecantikan adalah dengan menyimpan dan menggunakan produk kosmetik dengan baik.Produk kosmetik sememangnya mempunyai tarikh luput.Tetapi,jika anda tidak menjaganya atau menyimpannya dengan baik maka,ia mudah rosak atau berubah warna walaupun belum sampai tarikh luputnya.Dalam menjaga peralatan kosmetik ini,berikut adalah panduannya....


1. Simpan dengan baik peralatan atau produk kosmetik
  • Tutup rapat setelah selesai menggunakan dan letakkan pada tempat yang sejuk.Penutup yang terbuka walaupun hanya sedikit akan menyebabkan udara masuk dan bakteria yang ada didalamnya membiak dan merosakkan kosmetik.
  • Gunakan alat bantu seperti berus atau span ketika menggunakan kosmetik.Bersihkan wajah dan pastikan ia dalam keadaan kering ketika anda mahu menyapu solekan pada wajah.Air atau peluh boleh menyebabkan bakteria atau kotoran mudah melekat pada produk kosmetik.Pastikan juga tangan dalam keadaan bersih dan kering ketika menyentuh kosmetik.
  • Bersihkan peralatan solekan yang biasa digunakan seperti berus atau span secara teratur agar tidak menjadi sarang bakteria yang boleh berpindah pada produk kosmetik anda atau menyebabkan masalah pada kulit.
  • Bersihkan berus menggunakan air suam dan syampu bayi.Caranya,basahkan berus dan tekan berus dengan telapak tangan yang disapu dengan sedikit syampu bayi.Setelah itu bilas dengan air suam dan keringkan dengan menggunakan tisu atau tuala.Biarkan ia kering sendiri.
  • Cara lain adalah dengan merendam berus pada segelas air suam agar kotoran pada berus tadi tanggal.Bagi membersihkan span,merendamkannya dalam air panas selama 5 minit ke 10 minit.Perahkan agar kering.Lakukan berulang-ulang hingga kotoran pada span keluar.
 2. Gunakan produk kosmetik pelbagai fungsi
  • Produk kosmetik belum habis tetapi anda sudah bosan dengan warnanya atau berasa sudah tidak trend lagi.Salah satu penyelesaian adalah dengan membeli produk kosmetik pelbagai fungsi.Misalnya ,lipstik sekali gus boleh dijadikan pemerah pipi,pencel mata dan maskara,pembayang mata dan 'shimmer'
  • Selain dapat menjimatkan kos kerana hanya perlu membeli satu produk kosmetik juga akan lebih cepat habis disebabkan sering digunakan.
 
3. Pilih warna-warna asas
  • Bagi produk kecantikan seperti lipstik,pembayang mata atau pemerah pipi,pilih warna-warna asas sepeti coklat,emas atau merah bata.Warna-warna tersebut selalu digunakan dan tidak terpengaruh oleh trend.Apabila anda bosan dengan warna-warna tersebut,cuba campurkan warna-warna yang ada bagi membolehkan anda mendapat warna baru yang lebih menarik.
4. Mencuba produk sampel
  • Ingin mencuba warna-warna yang sedang trendy?Apa kata anda membeli sampel produk yang biasanya berukuran kecil.Biasanya warna yang mengikut trend ini hanya berada di pasaran tidak lama.
  • Anda juga digalakkan membeli produk sampel terlebih dahulu apabila ingin mencuba produk baru.Anda tidak akan berasa rugi jika produk tidak sesuai dengan kulit anda.
5. Melakukan rawatan kecantikan di rumah

Lulur atau masker adalah perawatan yang boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke spa.Malah,produk tersebut sudah banyak terjual di pasaran dan mudah digunakan.

Selamat mencuba!

Cantik di hati :

Kita dilahirkan dengan sepasang telinga kiri dan kanan supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua sisi.Supaya kita boleh mendengar pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

kita juga lahir dengan dua mata tetapi hanya diberi satu mulut.Ini kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,boleh menyakiti,boleh membunuh,boleh mengoda dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan...


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥