Thursday, 5 April 2012
8 CARA MENGATASI MASALAH KULIT MUKA KERING
Assalamulaikum,salam sejahtera dan semoga anda sihat hendaknya...semoga anda dan pasangan anda sihat,ceria dan cantik selalu...Artikel untuk hari ini,mengatasi masalah kulit muka kering...Kulit muka kering selalu di hadapi oleh golongan remaja yang suka menggunakan sabun yang boleh mempercepatkan kulit menjadi tegang.Sikap yang suka memakai pelembab adalah salah satu punca di mana kulit menjadi kering dan kusam.Bagi mengelakkan kulit muka menjadi kering,ikuti peraturan mencuci muka dengan betul serta pemakaian alat kosmetik yang benar-benar sesuai dengan kulit muka.
Cara-cara mengatasi masalah kulit muka kering :
1) Gunakan pencuci muka dari jenis krim.Ini boleh membuatkan kulit tampak lembut,lembab dan segar.
2) Sentiasa gunakan penyegar selepas mencuci muka.
3) Cuci muka sekurang-kurangnay 2 kali sehari
4) Pelembab digunakan di seluruh wajah agar dapat melindungi dari terkena pancaran cahaya matahari.
5) Pemakaian alas bedak harus bagi melindungi muka.
6) Pengunaan skrub dan masker yang bersesuaian sekurang-kurangnya seminggu sekali.
7) Lakukan rawatan di pusat kecantikan sebulan sekali
8) Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan pengambilan air suam,buah-buahan serta sayur-sayuran bagi mengekalkan kecantikan kulit.
Ini sahaja untuk artikel hari ini....semoga anda berjaya menjaga kulit wajah anda menjadi cantik..jumpa di artikel Cik Fiqah yang akan datang....Selamat mencuba!
6 CARA MENGATASI MASALAH KULIT MUKA BERMINYAK
Assalamualaikum,salam sejatera,semoga anda dan orang tersayang anda sihat dan ceria2 selalu....Artikel untuk hari ini Cik Fiqah akan berkongsi sedikit tentang masalah kulit muka berminyak...Pasti ramai di luar sana ada masalah kulit muka berminyak bukan...Kebanyakkan penguna yang mempunyai kulit muka berminyak ini mempunyai masalah seperti timbul jerawat ataupun kulit menjadi berkilat dan bersinar.Ini menimbulkan ketidakselesaan kepada kita.Bagi kulit muka jenis ini dinasihatkan supaya tidak memakai pelembab dengan kerap kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi lagi berkilat dan berminyak,selain muka menjadi bertompok-tompok apabila memakai bedak.Terdapat 6 cara mengatasi masalah kulit muka berminyak ini...Jom baca cara-cara mengatasinya...
6 Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak :
1) Elakkan memakai alas bedak jenis cecair agar kulit muka tidak bertompok-tompok.
2) Produk yang bersesuaian adalah mencuci muka dengan pembersih muka dari jenis gel atau sabun.Ia dapat mengelak kulit muka menjadi bertambah kilat.(Guna Sabun Carmino @ Sabun Merry Gold)
3) Gunakan penyegar muka dengan lebih kerap.
4) Gunakan pelembab dari bahan yang kurang mengandungi minyak.
5) Lakukan rawatan muka di pusat kecantikkan sekali sebulan agar kulit muka di rawat dengan lebih terperinci oleh pakar kecantikan
6) Kurangkan memakan makanan dari jenis kekacang,lemak,coklat dan makanan yang bergoreng.
ok,berjumpe di artikel Cik Fiqah yang akan datang..Selamat mencuba..
UNTUK MEDAPATKAN PRODUK MUKA SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...
Wednesday, 4 April 2012
LANGKAH MUDAH MENCUCI KULIT MUKA BERJERAWAT
Assalamualaikum,salam sejahterah kepada pembaca setia blog Pakar Produk Homeopathy anda....Cik Fiqah nak berkongsi sedikit 10 cara menagatasi kulit yang berjerawat kepada anda semua....Kulit muka berjerawat selalunya terjadi pada remaja yang baru meningkat umur.Masalah ini disebabkan oleh hormon badan seseorang,alahan pada kekotoran di sekeliling,pemakanan yang tidak seimbang,darah kotor,sistem perjalanan darah yang tidak stabil,kelenjar minyak yang berlebihan,pori-pori terbuka luas dan penjagaan muka tidak teratur....Di bawah ini Cik Fiqah senaraikan 10 cara mengatasi jerawat bagi anda yang sudah lama tension dengan jerawat anda...Jom baca di bawah ini...
10 Cara mengatasi kulit yang berjerawat :
1) Individu yang mempunyai kulit muka yang berjerawat perlukan penjagaan yang lebih teratur dan peka pada kehendak kulit muka
2) Jalani rawatan muka (Facial) dengan lebih kerap.
3) Kurangkan memakan makanan berlemak
4) Tingkatkan pengambilan jus buah-buahan,sayur-sayuran dan juga vitamin (BC04 @ BC01) yang mencukupi...
5) Pakai kosmetik yang bersesuaian dengan kulit muka dan elakkan memakai bahan kosmetik berlebihan.
6) Kurangkan pemakaian alas bedak agar kekotoran yang tidak melekat pada mulit muka.
7) Gunakan pembesih muka dari jenis gel ataupun sabun (Guna Sabun MerryGold @ Carmino Complexion Soap - CCS).
8) Pakaikan penyegar muka dengan lebih kerap. (Guna Dermashine Daycare & Dermaglow Gel)
9) Cuci muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi mengelakkan kekotoran melekat pada kulit muka.
10) Lotion jerawat hendaklah di pakai supaya jerawat menjadi kering dan jangan sekali-kali menggunakan kuku bagi memicit jerawat. (Guna Cream Carmino Complexion - CCC)
Semoga anda dapat mengenali jenis kulit anda...Selamat mencuba...
UNTUK MENDAPATKAN PRODUK MENGHILANGKAN JERAWAT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...
Monday, 19 March 2012
MASALAH JERAWAT DAN PARUT YANG TIMBUL
Masalah parut dan jeragat antara yang biasa dialami oleh wanita terutamnya mereka yang sedang mengalami perubahan hormon dan meningkat usia 30 an dan 40 an. Ini adalah perkara biasa terjadi ,kadangkala masalah itu hanya bersifat sementara sahaja.
Masalah parut juga akan menyebabkan sesetengah orang akan berhadapan dengan masalah kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Masalah jeragat dan parut jika dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan akan menyukarkan ia untuk dirawat kerana keadaan dan struktur kulit sudah kekurangan collagen dan sebagainya.
Oleh itu dalam menangani masalah ini beberapa rawatan dicadangkan,bagi mereka yang mengalami masalah jeragat Cik Fiqah cadangkan amik carmino complexion cream dan carmino complexion soap yang digabungkan dengan BC04 adalah pilihan yang terbaik. Selain itu pengunaan collagen seperti pink collagen juga amat membantu menyelesaikan masalah jeragat. Masalah jeragat ini harus ditangani dengan istiqamah iaitu kena berterusan sekurang dalam tempoh 5-25 minggu untuk kesan yang terbaik
Remedy yang berkesan untuk masalah parut adalah penggunaan remedy homeobotanical seperti set parut bio t3 skin forte. Remedy adalah set lengkap rawatan parut jerawat dengan rawatan luaran dan dalaman. Rawatan luaran tanpa disusuli rawatan dalaman juga kurang berkesan. Oleh itu gabungan rawatan luaran dan dalaman adalah penting untuk menjamin kejayaan.
Sekian untuk artikel hari ini..Bertemu di artikel Cik Fiqah yang akan datang...Semoga anda ceria selalu dan bahagia dengan orang tercinta...
MENGHILANGKAN JERAWAT DAN JERAGAT DI MUKA
Masalah jerawat agak mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Justeru, saya cuba sedaya-upaya untuk berkongsikan pelbagai alternatif untuk menghilangkan jerawat terutamanya di bahagian muka. Cuma saya berharap agar anda tak mudah menyerah dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, berusahalah secara berterusan (istiqamah). :)
Sehubungan itu, di sini saya kongsikan satu lagi petua menghilangkan jerawat dan jeragat. Bahan yang anda perlukan adalah daun pokok tea.
Bagaimanakah agaknya rupa daun pokok tea ni? Nah, silakanlah melihatnya di bawah ini:

Pokok Tea (Malaleuca Alternifolia) - www.aroma-pure.com
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut.
3. Lakukan proses di atas lebih kurang selama 30 saat hingga 1 minit.
4. Anda boleh ulangi petua ni beberapa kali sehari. Sebagai contoh, anda boleh lakukannya pada setiap pagi dan malam.
Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda menggosok atau menyental daun pokok tea ke muka secara lembut. Ini kerana jika anda menyental dengan terlalu kuat, ia boleh merosakkan tisu muka anda.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan petua ini, ia boleh menghilangkan jeragat dan jerawat di muka anda ya.
UNTUK LEBIH BERKESAN PAKAI BERSAMA-SAMA DENGAN PRODUK CARMINO.KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH UNTUK KETERANGAN LANJUT...
JERAGAT DAN BERTOMPOK DI WAJAH
Assalamualaikum,salam sejahtera hendaknya,Cik Fiqah harap semoga pembaca blog setia Cik Fiqah sihat dan bergembira bersama orang tersayang dan keluarga tercinta.
Pada minggu lepas Cik Fiqah banyak dihujani pertanyaan berkenaan masalah jeragat. Baiklah kali ini Cik Fiqah nak bagi tips ringkas bagaimana merawat masalah jeragat yang timbul dimuka disebab pelbagai faktor.Seperti masalah hormon,kekurangan nutrien dikulit seperti kurang collagen dan sebagainya. Oleh itu dalam merawat jeragat samada yang bertompok-tompok dimuka atau berbintik-bintik. Cara yang terbaik adalah istiqamah mengamalkannya sesuatu remedy secara berterusan 4-6 bulan.Ini penting kerana kekurangan nutrien perlu ditangani secara berterusan.
Kesan setiap orang tidak sama,ada yang cepat dan ada yang lambat.Ini kerana sel kulit setiap manusia tidak sama.Jeragat sebenarnya mudah ditangani. Remedy atau ubat yang setakat ini mendapat maklumbalas positif adalah pink collagen digabungkan dengan carmino complexion cream. Mengapa pink collagen? Kekurangan collagen dalam tubuh badan akan menyebabkan sel kulit mengalami penuaan sebelum masa,kedut, dan juga masalah jeragat. Pink Collagen adalah exstrak 100% tanpa bahan campuran lain.Ini adalah penting, kebanyakan collagen dipasaran kebiasaanya mengandungi filler dan campuran lain. Oleh itu keberkesanannya amat lambat dan perlahan.
Selain itu penggunaan cream carmino complexion dapat membantu mempercepatkan proses memulihkan jeragat daripada luaran.Kandungan yang mempunyai hazel nut dan diperkaya dengan beberapa nutrien penting untuk kulit dapat memperbaiki struktur kulit secara semulajadi.
CCC atau carmino complexion cream adalah krim yang baik untuk kulit. Dirumus secara semulajadi melalui tekonologi homeopati dan bebas kesan sampingan seperti pengelupasan dan sebagainya.Ini penting kerana produk yang memberi kesan segera dan mengelupas mengandungi bahan kimia yang merbahaya.
Oleh itu, dalam merawat jeragat adalah penting memilih remedy yang terbaik dan bebas kesan sampingan.
APA ITU PENYAKIT??
PENYAKIT DAN HOMEOPATHY
Apabila manusia dilahirkan ke dunia ini ia akan berhadapan dengan dua kemungkinan, iaitu hidup atau mati. Jika mati habislah perkaranya di dunia ini. Tetapi jika hidup ia akan menemui sihat atau sakit, suatu keadaan yang selalu silih berganti.
Setiap kanak-kanak apabila dilahirkan ke dunia akan beriringan dengan tangis dan ibunya pula mengalami sakit beranak. Bila manusia tersalah makan, terlampau kena sejuk atau panas atau sesuatu keadaan yang melanggar peraturan alam, maka ia akan berasa tidak sedap badan, ngilu, pening dan sakit. Maka dari semenjak itulah manusia sudah mengenal sakit atau idapan. Bila selesa, berasa gembira tetapi bila sakit merasa pengazaban sengsara.
Apakah Sebenarnya Penyakit?
Definasinya begitu meluas dan sukar untuk disamakan dari satu individu ke individu yang lain kerana sakit yang sedikit sahaja akan dirasakan begitu menyakitkan bagi satu individu dan ada juga sakit yang begitu menyakitkan tidak dirasai langsung oleh individu itu!.
Sememangnya benar….Penyakit adalah suatu persepsi, illusi yang bagaikan mimpi! Ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi bagi mereka yang mempercayai penyakit itu sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku! Tersangat payah untuk dijelaskan maknanya tetapi memadailah iaitu kita jangan terlalu mengikut kata hati (akan penyakit itu) penyakit yang sedang dideritai!
Makna Penyakit - Makna penyakit didalam ilmu perubatan moden bermaksud sebarang perubahan terhadap keadaan kesihatan seseorang dimana sebahagian atau seluruh tubuh tidak dapat berfungsi seperti biasa. Dalam suasana tersebut pesakit akanmengalami simptom-simptom tertentu, yang mana dari segi istilah ia merujuk kepada sebarang perubahan subjektif didalam fungsi-fungsi tubuh yang tidak tampak kepada doktor seperti rasa sakit dan loya. Pesakit itu juga dikatakan akan menunjukkan tanda-tanda yakni perubahan positif yang boleh dianalisa dan diukur.
Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai satu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu mengesahkannya.
Pada zaman kebendaan atau material ini orang sakit mengunjungi seseorang lepas seseorang doktor, dari seorang pakar atau specialist kepada seorang specialist yang lain pula. Masing-masing telah menjalankan pemeriksaan dengan cermat ke atas pesakit dan telah banyak kedapatan ahli-ahli perubatan yang telah memeriksa itu berpendapat bahawa tiada didapati apa-apa penyakit padanya. Dalam masalah seperti ini tiada jelas kepada pesakit bahawa ia sebenarnya sedang sakit kerana para specialist telah menjelaskan tiada kedapatan apa-apa tanda penyakit mengikut kadar ilmunya, pada hal pesakit itu tidak dapat menafikan bahawa ia setiap masa dan hari merasakan sakitnya itu.
Dalam perkara seperti ini dapat memberikan ubat dengan jayanya, kerana doktor-doktor Homeopathy itu tahu bahawa yang sakit itu ialah diri orang itu, sebelum tubuh organ kasar itu menerima perubahan dan sebelum doktor dan ahli perubatan yang berpegang kepada ilmu pathology, etiology, histology dapat mengenal dan memberi nama-nama penyakit kepada orang yang datang meminta ubat itu. Orang yang sakit seperti disebutkan di atas, banyak kita dapati di zaman kebendaan atau zaman kemajuan material ini. Jikalau penyakit berada pada organ tubuh atau urat saraf barulah dikatakan penyakit.
ANTARA PENYAKIT AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE) YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY.
Penyakit : Gout, Lemah badan, letih atau lesu, malas, tidak ada tenaga, sakit urat saraf, sakit kepala, migrin, selalu melepuh mulut / pecah mulut, gastrik, hilang suara, resdung, sakit kerongkong, selsema, demam berterusan, sakit orang tua, kencing tidak tos, kecing tidak puas, sakit buah pinggang, sawan, kencing manis, darah tinggi, strok, batu karang, albuminuria, ketuat, menyintak, cramp, kelimumur, denggi, cirit-birit kronik, tersedu, insomania, lumpuh, ketimbir, eczema, psorasis, kembong, angina, batu di hempedu, kencing berdarah, hepatitis, buasir, nephritis, buta warna, jerawat, ketumbuhan, prolapse of uterus, busong, bell palsy, parkinson, siflis, gonorrhoea, tinnitus, masalah jantung, ulcerative colitis, gastrik ulcer, rheumatism, gastrik, glaucoma, buasir, jerawat.
Masaalah Lelaki : Mandul lelaki, tidak ada benih lelaki, lemah tenaga batin, pancutan air mani pramasa, ketagihan arak, ketagihan rokok, angin pasang, , masalah mastubasi atau onani, masalah prostat dan lain-lain.
Masaalah Wanita : Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan, darah haid berketul, darah haid datang sedikit, sakit bulanan, senguggut, endometrosis, dysmenorrhoea, fibroid, selalu keguguran, mandul, tidak subur, fallopian tuba tersumbat, masalah hormon, keputehan, emosi, gila meroyan, masalah muntah-muntah waktu hamil, alahan mengandung, pening, mual-mual, muntah, dugal, angin, keluar cecair faraj yang busok, hilang nafsu seks, radangan pada faraj,vaginitis, masalah barah buah dada,spleen bengkak, selalu pitam, rambut gugur, masalah kegemukan atau obesiti, rawatan sebelum dan selepas bersalin, hysteria, luka dalam selepas pembedahan, varicose vein, jeragat.
Masaalah Kanak-Kanak: Kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar – hydrocephyalus, hydrocele, hernia, kanak-kanak selalu berdarah hidung, selalu kencing malam (bed wetting), sarat,lekat tulang ikan, mabuk perjalanan, anaemia, apthae, asthma, rabun malam, berkudis, gatal-gatal badan, sembelit, cacing, jaundice , scabies, kudis malam, kanak-kanak selalu menangis, sarat, campak, bertih, steriliti, infertiliti, tonsil, sakit gigi, hyper active, kencing tidak keluar, geligata, allergik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY
JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4
Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB
Under Creative Commons License: Attribution














.jpg)


-200.jpg)
.gif)













