Tuesday, 3 January 2012

KENAPA KULIT WAJAH TAK SEKATA??CARA MENGATASI BAGAIMANA??


What cause uneven skin tone.
3 penyebab apakah sebab terjadinya kulit tidak sekata.
1. Sinaran cahaya matahari : Apabila kulit selalu terdedah kepada cahaya UV,terjadinya kemusnahan pada kulit maka Pembentukan tompok coklat akan terjadi. Ini kerana terlalu banyak melanin ( sel yang mengawal warna kulit ) terhasil kerana kulit bertindakbalas untuk melindungi kulit daripada cahaya UV.
2. Kulit tidak sekata apabila sesetengah bahagian pada kulit menjadi lebih gelap daripada warna yang asal. Ini disebabkan oleh parut akibat jerawat atau kulit yang luka.
3. Hormon : Kulit tidak sekata juga disebabkan oleh hormo yang mengeluarkan jeragat yangaktif (hyper-pigmentation) . Selalunya kulit tidak sekata ini terjadi kepada orang yangmengandung. Dimana ia juga dikenali sebagai ‘’mask of pregnancy’’ , mengambil ubat pil kehamilan,ubat ,ataupun reaksi kepada kosmetik. Ia boleh mengurang atau melebihkan pengeluaran melanin.
POTENSI PIGMENTASI : 75% – orang yang mengandung. 33% – ubat pil perancang. Tetapi apabila setelah bersalin dan tidak mengambil ubat pil perancang lagi,hormon kita akan berubah. Pigmentasi akan berkurangan atau sesetengahnya pigmentasi terus akan hilang.
4. Tidak memakai krim pelindung tabir ( sunscreen) yang tidak cukup SPF juga akan menyebabkan sesetengah bahagian kulit berisiko menjadikan kulit lebih gelap dari kulit asal.
5. Selalunya orang hanya memakai sunscreen apabila ingin keluar rumah sahaja. Tetapi apabila di rumah,telah membiarkan muka tanpa pakai apa-apa perlindungan. Maka cahaya matahari masih boleh terpancar melalui ruang dapur,balkoni. Kulit tetap akan jadi tidak sekata.
6. Bawah mata selalu terjadinya warna tidak sekata ini. Ini kerana selalunya terjadi kepada sesiapa yang selalu tidur lewat,dan memandang computer dalam jangka masa yang lama. Pembentukan toksin akan terbentuk dan terkumpul hinggak terjadi nya dark eye ring.
PENYELESAIAN BAGI KULIT TIDAK SEKATA IAITU:
1. Elakkan berada di luar rumah terlalu lama terutamanya di bawah pancaran matahari di antara pukul 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya matahari pada waktu ini akan memberi kesan buruk pada kulit.
2. Gunakan krim pelindung terutamanya yang mempunya SPF 30 atau lebih pada wajah. Sapukan krim sekurang-kurangnya setiap dua jam pada wajah atau bahagian tubuh lain yang terdedah pada sinaran matahari.
3. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4. Pakailah pelindung kepala lebar seperti topi besar atau payung (sekiranya kulit terdedah lebih lama kepada matahari) dan berehatlah di tempat yang teduh untuk satu-satu tempoh memadai.
5. Cuba elakkan membuat jemuran kain di kawasan yang terlalu trdedah pada pancaran matahari. Jika tidak dapat dielakkan, jemurlah pakaian anda sebelum jam 10 pagi.
6. Sentiasa membersihkan kulit wajah dan melembapkannya 1 hari untuk 2 kali.
7. Scrub lah muka anda dari semasa ke semasa . ( anda boleh menggunakan lemon + coffee ) untuk menghilangkan warna tidak sekata ini.
8. Sapukan buah lemon yang segar pada tempat kulit yang gelap tetapi berhati-hatilah supaya cuci sebelum keluar di bawah cahaya matahari.
9. Gunakanlah ( apple cider vinegar) iaitu cuka epal keatas bahagian yang gelap itu.
Caranya :
1 BAHAGIAN CUKA EPAL + 4 BHGN AIR.
Celupkan dengan kapas dan sapu pada wajah selama 10 minit,dan bolehlah di cuci. Buatlah selama 3 hari seminggu Tetapi jika anda tidak mempunyai masalah jerawat atau jerawat telah pulih,bolehlah cara ini digunakan sebagai mask. Guna sebelum tidur dan basuh selepas bangun pagi.
Pigmentasi : campurkan jus bawang bersama cuka epal. Kemudian celup padakapas dan letak pada kawasan pigmentasi itu. Lakukan 1 kali sehari selama 6 minggu. Jika anda lihat ada perubahan,maka boleh diteruskan cara ini.
10. Banyak makankan buah epal. Kerana epal dapat membantu.
11. Mengambil makanan tambahan seperti vitamin.
BAHAGIAN KULIT WAJAH YANG SERING KALI TERKENA KULIT TIDAK SEKATA . :
1. Sekeliling tepi mulut.
2. Bawah mata
3. Sekitar pipi ( atas cheekbone) –pigmentasi / tompok coklat.
4. Dagu
5. Dahi. Jika lama –kelamaan dibiarkan,setiap bahagian ini boleh bercantum menjadi 1 patch ( gabungan).
klik di bawah untuk melihat produk merawat jeragat berkesan 


BAGAIMANA CARA NAK KONSISTEN KAN BENTUK BADAN DAN BERAT BADAN??

Assalamualaikum…salam sejahtera buat semua pengunjung Love Homeopathy
Ramai yang bimbang tentang kesan sampingan yang timbul daripada penggunan ubat menurunkan berat badan.
Jalan mudah dan berkesan adalah menggunakan ubat yang berasaskan homeopati. Dahulu ramai yang kurang yakin dengan remedy homeopati tetapi kini tidak lagi. Remedy homeopati kini sudah menjadi alternatif yang popular.Ini kerana kesan ubat yang menggunakan bahan kimia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang tetapi mempunyai kesan penurunan yang sementara.
Oleh kerana itu, remedy homeopathi seperti phytolacca,r79 dan lain lagi remedy kini sudah menjadi satu cara alternatif yang mudah dan berkesan. Phytolacca khususnya amat berkesan menurunkan berat badan,mengawal metabolisme badan supaya kesan penurunan berat badan menjadi konsisten dan berkesan.
Remedy R79 juga baik dan berfungsi unutk menurunakan kadar kolesterol dalam darah dan menjaga jantung menjaga sihat. R79 juga akan menghapuskan lemak tepu yang sukar dimusnahkan. Jangmasa yang diperlukan untuk menurunkan berat badan seharusnya mestilah berterusan 3-6 bulan untuk kesan yang optimum.
Ramai yang tidak  sanggup menunggu lama dalam menurunkan berat badan.Tetapi apakah anda inginkan berat cepat turun tetapi cepat pula naik. Tepuk dada tanya selera.

HAID TIDAK TERATUR??PUNCA MASALAH SUSAH HAMIL??

SAYA mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak sekolah menengah lagi. Setelah berkahwin saya pernah berjumpa pakar sakit puan dan membuat imbasan, hasil ujian darah menurut doktor hormon badan saya tidak  stabil. Adakah ini akan menjejaskan peluang saya untuk hamil?
HANA, KEDAH
Puan Hana, untuk mengandung tidak memerlukan kitaran haid. Puan sering dengar wanita hamil ketika masih menyusukan bayi mereka. Segelintir mereka ini tidak pun mempunyai haid sebelum hamil. Ini kerana penyusuan menyebabkan ovari kurang aktif tetapi kita tidak akan tahu bila ia akan kembali berfungsi semasa penyusuan. Sememangnya untuk seseorang itu mudah hamil mereka perlu mempunyai kitaran haid yang normal. Ini bermakna haid yang datang setiap bulan tepat pada waktunya. Ini bukan bermakna puan yang tidak mempunyai kitaran yang normal tidak ada peluang langsung untuk mengandung.
Haid mempunyai kaitan dengan berat badan seseorang. Sekiranya seseorang itu obes maka perjalanan haid akan terganggu dan itu juga mengganggu kesuburan mereka. Sekiranya puan mempunyai masalah berat badan saya cadangkan turunkan dulu berat badan ini sehingga haid puan menjadi normal. Mungkin sekitar 10 peratus saja dari berat badan asal. Obesiti juga menyebabkan pengambilan pil kesuburan kurang berkesan.
Saya cadangkan puan terus berjumpa dengan pakar sakit puan untuk membantu puan. Masalah utama yang biasa adalah masalah ovulasi. Gangguan ovulasi kerap berlaku sekiranya haid tidak normal, sukar untuk memastikan dengan tepat waktu subur bila haid tidak menentu. Beberapa ujian darah boleh dilakukan bagi mengetahui sama ada puan subur atau tidak. Selain dari itu suami puan perlu diperiksa sama ada dia mengeluarkan jumlah sperma yang normal. Saluran fallopian perlu diperiksa sama ada ia tersumbat atau tidak dengan kaedah histerosalpingogram (HSG). Jadi saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar untuk bantuan kesuburan. Puan masih mempunyai harapan dan mungkin dengan sedikit bantuan puan boleh mengandung.
Klik Untuk Produk Kesuburan Wanita dan Haid Tak Teratur

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥