Monday, 28 May 2012
TERDAPAT PELBAGAI KAEDAH MODEN UNTUK RAWATAN MUKA
Terdapat pelbagai kaedah moden bagi menjalani rawatan kulit muka di salon.Cara rawatan adalah mengikut kaedah dan kemahiran serta kebijaksanaan seseorang pakar kecantikan itu sendiri...
Monday, 14 May 2012
8 LANGKAH MUDAH MENCUCI KULIT WAJAH
- Mencuci bibir dengan menggunakan putik kapas (cotton bud) bagi menangkalkan gincu bibir.Gunakan krim pembersih bibir (lips remover)
- Cuci bahagian kelopak mata bagi menanggalkan pewarna mata,alis mata dan maskara dengan menggunakan kapas (cotton facial).Gunakan krim pembersih mata (eye remover).
Gunakan pembersih muka (cleansing milk).Letakkan di lima bahagian di atas muka dan dua di bahagian leher.Sapukan di seluruh bahagian muka dan leher selama lebih kurang 5 - 10 saat.Bilas dengan air suam.- Gunakan pembersih dari jenis gel ataupun sabun muka (cleansing gel / cleansing soap).Campur sedikit air dan jadikan buih.Cuci di seluruh bahagian permukaan muka dan leher.Bilas dengan air suam.
- Ambilkan kapas (cotton facial) dan tuangkan penyegar (toner) di atas kapas.Tepuk-tepukkan di seluruh permukaan muka agar kulit muka menjadi segar selepas dicuci.
Pakaikan pelembab ataupun krim malam di seluruh bahagian kulit muka dan leher (moisturizer cream / night cream)
- Gunakan skrub (face scrub) di seluruh bahagian muka dan leher.gosokkan perlahan sehingga tertanggal semua skrub tersebut.Bilas dengan air suam.
- Gunakan berus masker untuk menyapu masker dari jenis cecair (face mask) di seluruh permukaan muka dan leher.Biarkan ia kering selama 20 minit.Bilas dengan air suam.Sapukan pada permukaan mengikut arah atas supaya kulit menjadi tegang dan tidak berkedut.
CARA MENJAGA KULIT MUKA
- Sentiasa mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
- Memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang
- Pengambilan vitamin-vitamin dari jenis B,C,E dan sebagainya
- Menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian
- Selalu menghadiri sesi kauseling dan menjalani rawatan muka dari pakar kecantikan yang bertauliah
- Elakkan stress dan keletihan yang menyebabakan muka menjadi kusam dan tidak bermaya.
- Sentiasa memakai pelembab bagi melindungi wajah dari terkena pancaran cahaya matahari
- Selalu mengamalkan meminum air suam dengan banyak agar kulit menjadi lembab dan segar.
UNTUK CARA PENJAGAAN KULIT MUKA ANDA BOLEH KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI
Sunday, 29 April 2012
CARA MENGELAKKAN KULIT MUKA DARIPADA ROSAK DAN BERMASALAH
1) Jangan biarkan kulit muka terdedah pada pancaran matahari,angin,habuk atau persekitaran yang kotor..
2) Memakai kosmetik yang tidak bersesuaian
3) Pemakanan yang tidak seimbang yang mengandungi lemak yang berlebihan
4) Kurang pengambilan air suam
5) Tidak mencuci kulit muka dengan betul
6) Jarang melakukan sesi rawatan muka (Facial)
7) Imbangan air dalam badan kurang
8) Tidak memakai pelembab ataupun alas bedak yang bersesuaian
KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI
2) Memakai kosmetik yang tidak bersesuaian
3) Pemakanan yang tidak seimbang yang mengandungi lemak yang berlebihan
4) Kurang pengambilan air suam
5) Tidak mencuci kulit muka dengan betul
6) Jarang melakukan sesi rawatan muka (Facial)
7) Imbangan air dalam badan kurang
8) Tidak memakai pelembab ataupun alas bedak yang bersesuaian
KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI
Friday, 13 April 2012
JENIS-JENIS MASALAH KULIT MUKA
1) TANDA HITAM
Terjadi disebabkan oleh bekas jerawat yang sudah kering dan kekotoran yang melekat di bawah liang-liang pori terbuka...
TANDA HITAM PADA BEKAS JERAWAT
2) PIGMENTASI / JERAGAT
Tompok-tompok hitam yang kecil ataupun besar di sekitar muka disebabkan terkenanya pancaran cahaya matahari iaitu pancaran UV yang tidak dilindungi dengan kesan pelindung.Terjadi pada wanita 25 tahun ke atas.
PIGMENTASI / JERAGAT
3) JERAWAT
Terjadi disebabkan oleh hormon,darah yang kotor ataupun minyak yang terkandung dalam liang-liang pori terbuka dan terkena kimia.
JERAWAT
4) PARUT
Parut lahir ataupun parut sementara.Parut sementara seperti parut jerawat ataupun luka.Parut lahir selalunya tidak boleh diubati kerana ia parut yang kekal.
PARUT JERAWAT
5) PORI TERBUKA
Jenis kulit yang mempunyai liang-liang pori terbuka,cepat mendapat kekotoran,penakungan minyak yang berlebihan di dalam kulit dan ia membuatkan liang-liang roma menjadi berlubang.
PORI TERBUKA DAN LIANG-LIANG ROMA BERLUBANG
6) LINGKARAN MATA
Urat-urat di sekitar mata disebabkan pleh penuaan atau kedutan.Terjadi pada wanita ataupun lelaki yang meningkat usia.Kekurangan rehat juga membuatkan lingkaran mata menjadi hitam dan sebam.
LINGKARAN BAWAH MATA DAN KEDUTAN
CARA MUDAH MENGATASI MASALAH KULIT MUKA ANDA.KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...
Thursday, 5 April 2012
4 CARA MENGATASI MASALAH KULIT MUKA BERPIGMENTASI (JERAGAT)
Assalamualaikum,salam sejahtera dan semoga anda semua sihat,cantik dan ceria selalu...Pada hari ini Cik Fiqah hendak mengongsi sedikit artikel tentang kulit muka berpigmentasi ...Kulit muka ini sentiasa terjadi kepada individu yang berumur 25 tahun ke atas...Penjagaan yang kurang sempurna seperti tidak memakai krim perlindung cahaya matahari amat mudah terjadi jeragat.Terdapat pelbagai jenis bentuk jeragat.Ada yang dapat di lihat jelas di atas permukaan kulit muka dalam bentuk bintik-bintik kecil ataupun tompok-tompok hitam yang besar di sekitar bahagian pipi dan hidung.Jika terdapat jeragat seperti ini,kemungkinan bagi menghilangkannya seratus peratus amat sukar.Oleh itu hendaklah dari awal permulaan ketika remaja lagi haruslah mengamalkan pemakaian pelembab agar kulit sentiasa terlindung dari cahaya matahari.
Cara mengatasinya :
1) Melakukan rawatan muka bagi mengurangkan kesan jeragat pada kulit.
2) Dapatkan nasihat daripada pakar kecantikan yang bertauliah.
3) Pemakaian krim pemutih yang mempunyai kandungan dari estrak buah-buahan yang mengandungi AHA dapat mengurangkan kemunculan jeragat yang baru dan dapat menipiskan tompok-tompok jeragat yang sedia ada..
Selamat mencuba,jumpe di artikel seterusnya...bye..
5 CARA MENGATASI MASALAH KULIT MUKA BERKOMBINASI
Assalamualaikum,salam sejahtera ,berjumpa lagi kita di artikel hari ini,mengatasi masalah kulit muka berkombinasi...Pengguna yang mempunyai kulit muka jenis berkombinasi biasanya berminyak di bahagian T-Zone iaitu bahagian dahi dan hidung.Sebahagian lain adalah kering..Terdapat 5 cara mengatasi masalah kulit muka berkombinasi..Jom baca seterusnya...
cara-cara mengatasi :
1) Gunkan pembersih muka dari jenis gel atau krim..
2) Penyegar muka digunakan terutaman di bahagian yang lebih kering.
3) Penggunaan mekap dari jenis berkrin adalah lebih bersesuaian.
4) Pelembab dan alas bedak mestilah mengandungi UV protection dari pancaran matahari (SPF 35,SPF 40)
5) Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Selamat mencuba mengenali kulit wajah anda...jumpa lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)
PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY
JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4
Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB
Under Creative Commons License: Attribution









































