Sunday, 21 April 2013
Tips Sukses Ketika Berdiet
Istilah
gemuk dan perut buncit bukan sahaja menjadi ketakutan buat wanita malahan
lelaki juga tidak berkecuali . Jika dahulu golongan lelaki terutamanya yang
telah berkeluarga memandang enteng terhadap perubahan bentuk badan , tetapi
kini mereka mula sedar kepentingan memiliki dan mengekalkan bentuk badan yang
sihat dan menarik .
Jadikan
tidak hairanlah mereka juga menjadi pesaing hebat buat wanita dalam berusaha mendapatkan bentuk badan yang
diidamkan . Justeru , cara yang paling baik dan selamat ialah mengamalkan
pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat . Berikut terdapat sedikit panduan
bagaimana merealisikan impian tersebut .
1 . Fikirkan
berapakah berat badan yang realistic yang ingin dicapai dan lakukan perancangan
yang sesuai . Jangan memaksa diri dengan melakukan diet secara ketat untuk
mencapai berat badan sasaran ketat untuk mencapai berat badan sasaran secara
drastic dalam jangka masa yang cepat . Ini boleh mengganggu kesihatan dan tidak
mustahil jika anda berhenti berdiet , berat badan akan naik semula . Malah
mungkin lebih teruk dari dahulu . Oleh itu , jangan kecewa jika berat badan
tidak turun dengan cepat . Ambil masa anda .
2 .
Janganlah terlalu memikirkan masalah berat badan sehingga mengganggu
ketenteraman fikir . Ketika berdiet jangan terlalu obsesi untuk segera kurus .
Elakkan daripada sering menimbang berat badan bagi mengelakkan anda masa kecewa
sekiranya berat badan tidak menunjukkan perubahan . Timbang hanya seminggu
sekali bukanya pada setiap hari .
3 . Sibukkan
diri dengan hobi menarik seperti melukis , mengukir ukiran kayu dan sebagainya
, terutama sekali jika anda baru menjalani program diet . Ini bagi mengelakkan
diri anda terlalu memikirkan keberkesanan program tersebut atau makanan enak .
Lebihkan tumpuan terhadap perkara yang anda lakukan daripada godaan makanan
yang bermain di minda anda .
4 . Sebelum
membuat keputusan untuk membeli produk diet yang begitu banyak di pasaran ,
terlebih dahulu dapatkan nasihat doctor . Preskripsi doktor adalah lebih selamat
daripada mendengar nasihat rakan atau juru jual . Usah terlalu terpengaruh
dengan promosi hebat daripada produk-produk pelangsingan tanpa mengambil kira
keberkesanan dan keselamatan diri .
5 . Elakkan
daripada mengambil mekanan berlemak dan berkalori tinggi . Baca kandungan
nutrisi yang terdapat pada label makanan sebelum mengambilnya . Lebih baik ,
pilih makanan kaya serat dan vitamin dalam pemakanan harian anda . Selain itu ,
jangan tinggalkan jadual makan yang paling penting . Jadikan bijirin berserta
susu rendah lemak sebagai menu sarapan pagi anda .
6 . Mulakan
waktu makan malam anda sebaik-baiknya sebelum atau pada pukul 7.00 malam .
Jangan mengambil makanan berat selepas waktu tersebut kerana kadar metabolism
dalam badan berada pada paras yang rendah dan ia akan menyebabkan makanan yang
dimakan berkumpul sebagai lemak . Jika perut berasa lapar , cubalah menjamah
buah-buahan , salad atau bijirin sebagai alas perut sebelum menanti siang .
7 . Lakukan
senaman secara berkala . Ketika di rumah anda boleh melakukan sit-up untuk
perut anda . Bagi anda yang berkemampuan , berkunjunglah ke gymnasium yang
menyediakan alatan yang sesuai untuk anda . Senaman selain membentuk otot yang
sihat , ia juga membakar lemak . Hasilnya , badan kembali tegap , bertenaga dan
menarik .
UNTUK MENDAPAT DIET YANG KONSISITEN ANDA BOLEH KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY
JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4
Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.