Tetapi tak mengapa anda semua tidak perlu risau lagi,pada hari ini Cik Fiqah akan kongsi beberapa petua dan tips untuk anda supaya kekal cantik,menawan dan awet muda serta pasangan anda pasti tertawan dengan anda....Jom amalkan petua ini...
SEHINGGA 4 MINGGU
Sumber dari Women Health mengatakan seseorang akan memakai produk kulit anti penuaan,namun tidak yakin apakah tindakan mereka itu hasil.Ini kerana kebanyakan krim yang harus dipakai adalah paling tidak selama empat minggu sebelum menampakkan hasilnya.
PEJAMKAN MATAMU
Mulai malam ini,pastikan mata anda terpejam dari jam 11 malam sehingga 4 pagi.Ini kerana,waktu ini aktiviti metabolisme sel kulit dua kali lebih aktif.Hasilnya kulit anda cantik dan awet muda.
GIGI LEBIH CANTIK
Untuk mendapatkan barisan gigi cantik,cubalah kunyah keju kerana ia baik untuk menjaga keseimbangan pH mulut,membangunkan enamel gigi dan membantu memproduksi air liur untuk membunuh bakteria yang menjadi penyebab penyakit gusi...
RAMBUT WANITA ASIA LEBIH BERKILAU
Kecantikan rambut terletak kepada ketebalan diameter batang rambutnya.Menurut Kao Hair Beauty Research Center,diameter batang rambut wanita Asia antara 76 mikron berbanding 52 mikron wanita lain.
PERIKSA KULIT KEPALA DAN LEHER
Menurut Alan C.Geller dari Harvard School of Public Health mengatakan tahi lalat berpontensi menjadi kanser,jika ia terdapat di kawasan leher ke atas.Jadi,periksalah kulit kepala dan leher anda jika ada tahi lalat yang mencurigakan.
WARNA BAJU LEBIH GELAP
Menurut The Skin Cancer Faoundation mendapati baju dari bahan UPF (Ultravoilet protection factor) boleh melindungi kulit dari sinaran matahari.Tetapi,sebenarnya baju apapun boleh menutupi kulit.Adalah lebih elok memakai baju berwarna gelap dan diperbuat dari bahan sintetis.
TEKSTUR LEBIH PENTING
39% wanita mengakui lebih suka mengubah tekstur rambut seperti kerinting kepada lurus dan sebaliknya.Namun,mengubah warna rambut tidak sehebat yang diperkatakan kerana ia hanya mengubah penampilan sahaja.Jadi,mana satu yang anda inginkan?
2 MINGGU SAHAJA
Kajian dari Skin Pharmacology and Physiology mendapati seseorang yang rajin menyapu krim yang kaya antioksidan selama dua minggu dapat meneutralkan kandungan radikal bebas dan memberi perlindungan tambahan selama tiga hari.Pastikan anda membeli krim yang kaya dengan antioksidan.
SIKATLAH KULIT BADAN ANDA
Menurut saranan Bronwyn Hewitt,untuk terapi selulit,sikatlah kulit badan anda di sekitar paha dan lengan atas sebelum anda mandi.Ini untuk aliran darah ke jantung dan mencegah selulit.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.