Tuesday, 9 October 2012

Jenis Jangkitan Pada Organ Intim Wanita


SEBAGAIMANA DENGAN PENJAGAAN WAJAH,WANITA JUGA PERLU MENJAGA BAHAGIAN SULIT MEREKA SEBAIK MUNGKIN.JIKA TIDAK DIJAGA,PELBAGAI MASALAH KESIHATAN SEPERTI JANGKITAN MUNGKIN BOLEH BERLAKU.VAGINA DAN VULVA YANG KEMERAHAN SERTA GATAL BERLAKU DENGAN KERAP DALAM KES JANGKITAN KEADAAN INI JUGA MENYEBABKAN VULVOVAGINITIS IAITU KERADANGAN PADA VULVA DAN VAGINA.

1. Jangkitan vagina

Jangkitan vagina yang biasa berlaku seperti berikut :
  • Bacterial vaginosis adalah jangkitan bakteria pada vagina.Selalunya ia disebabkan oleh pertumbuhan Gardnerella vaginalis (sejenis bakteria yang biasa dijumpai pada vagina dalam jumlah yang sedikit)
  • Candida vaginitis adalah jangkitan fungus vagina yang disebabkan oleh Candida albicans.
  • Trichomoniasis adalah jangkitan protozoa Trichomoniasis vaginalis yang disebarkan melalui hubungan seksual.tompok merah seperti rupa strawberi pada dinding vagina boleh dilihat melalui jangkitan ini.
Jangkitan berikut boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan melampau di sekeliling vagina dan vulva,termasuklah labia.Rasa panas,keluarnya cairan dan bau bususk juga akan turut muncul berikutan dengan jangkitan tersebut.

2. Jangkitan lain pada bahagian vagina,vulva dan labia

Jangkitan-jangkitan lain yang boleh menaikkan gejala-gejala kegatalan dan kemerahan pada vagina,vulva dan labia adalah :
  • Herpes genital disebabkan oleh virus Herpes simplex dan merebak melalui perhubungan seksual.Gejala-gejalanya boleh jadi ringan atau teruk.Lepuhan tau ulser berulang muncul pada vulva,menyebabkan kesakitan,rasa tidak selesa dan kegatalan.
  • Ketuat genital (condyloma) disebabkan oleh Human Papiliomavirus (HPV) dan disebarkan melalui perhubungan seksual.Keadaan ini boleh dilihat melalui tompokan kemerahan pada vulva, dan tompokan ini boleh juga kelihatan seperti bentuk kubis bunga yang kecil.Jangkitan ini boleh juga rasa sakit dan gatal.
3. Jangkitan yang diakibatkan oleh penyakit kulit

Psoriasis adalah penyakit kulit yang boleh kelihatan pada vulva.Ia boleh dikenali melalui tompokan merah.tebal,berkerak atau licin.Tompokan ini boleh menyebabkan  kegatalan melampau.
  • Ekzema boleh kelihatan dengan kulit bertompok merah,kering dan gatal.
  • Lichen planus selalunya disebabkan oleh ruam kulit gatal.Ia boleh melibatkan vulva dan vagina yang teramat gatal.Terdapatnya risiko tinggi masalah ini boleh berkait dengan kanser vulva.
  • Lichen sclerosus.Sewaktu fasa akut Lichen sclerosus,kulit vulva boleh kelihatan merah tetapi kemudiannya berubah kepada warna putih tipikal apabila penyakit berkembang.Ia juga berkait dengan peningkatan risiko kanser vulva.
  • Penyakit paget pada vulva adalah jenis kanser kulit yang luar biasa.Ia boleh kelihatan melalui plak bersisik berwarna merah atau putih apada vulva.
  • Vulvovaginitis erosif.Perubahan erosif pada vagina boleh berlaku berikutan dengan penyakit yang amat jarang berlaku termasuklah erosif Lichen planus.
4. Penyebab-penyebab jangkitan lain

Kurangnya pengamalan penjagaan kebersihan diri.

Kerengusan akibat air kencing atau najis.Faktor risikonya ialah akibat daripada kebocoran daripada pundi kencing yang penuh atau terbaring sahaja di atas katil.Bagi bayi,pertukaran lampin yang kurang kerap dan pembersihan punggung yang tidak sempurna selepas membuang air besar juga boleh menjadi puncanya.

Infestasi atau kehadiran haiwan parasit sama ada pada kulit atau di dalam tubuh.Penyakit kulit seperti Contact dermatitis.Alahan kepada air mani,kondom getah atau gel pembunuh sperma.

Radioterapi untuk rawatan kanser.


PENCEGAHAN


Memastikan kawasan genital bersih dan kering boleh membantu mencegah jangkitan.Mencuci kawasan kemaluan setiap hari dengan sabun ringan,tidak berbau,membilas dan mengering dengan sepenuhnya adalah amat dicadangkan.Mengelap daripada bahagian hadapan ke belakang selepas membuang air kecil atau membuang air besar mampu mencegah bakteria daripada anus untuk disebar kepada vagina.


Pemakaian pakaian longgar dan boleh menyerap peluh mampu membenarkan udara untuk beredar dam membantu memastikan kawasan genital sentiasa kering.


Mencuci bahagian sulit menggunakan pencuci dengan kerap adalah tidak digalakkan.


Ini kerana cara tersebut akan membuang bakteria pelindung yang normal daripada vagina dan mengurangkan keasidan vagina,menyebabkan jangkitan termasuk penyakit keradangan pelvik lebih mudah untuk berlaku.Mengamalkan seks selamat adalah amat penting bagi mengelakkan masalah ini berlaku.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT ANDA BOLEH KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI....



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥