Tuesday, 18 October 2011
JERAWAT DAN PARUT DI WAJAH MENJEJASKAN IMEJ ANDA..BERTINDAK SEGERA!
Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia disebabkan oleh perubahan hormon seks. Jerawat biasanya hilang bila dewasa. Jerawat boleh diminimakan dan parutnya boleh dikurangkan dengan penjagaan kulit yang rapi.
Jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak). Bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat.
Bila penyumbatan sebum itu terdapat dibawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.
Punca-punca
Peranan Anda
Peranan Doktor Anda
Punca-punca
- Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada
kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
- Turun -temurun
- Stres
- Alam sekeliling – bekerja di tempat yang berminyak
- Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
- Makanan – Walaupun tiada bukti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan
makanan-makanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati
bahawa makanan-makanan tertentu boleh mengakibatkan jerawat. Elakkan makanan yang
anda dapati boleh menyebabkan jerawat.
Peranan Anda
- Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada
awal pagi dan sebelum tidur.
- Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
- Basuh rambut anda lebih kerap.
- Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
- Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang
berasaskan air.
- Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang
ringan dan tidak ketat.
- Bersenam selalu.
- Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
- Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan penggunaan minyak rambut.
- Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
- Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi
dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.
Peranan Doktor Anda
- Mensyorkan ubat anti jerawat yang bersesuaian.
- Mempreskripsi antibiotik, jika didapati perlu.
- Mempreskripsi tablet Vitamin B kompleks.
- Mengelakkan pemarutan, jika boleh.
- Mengelakkan timbulnya jerawat-jerawat yang baru
- Merawat kelemumur pada kulit kepala.
Untuk mengelak dari terjadinya parut, jerawat tidak harus disentuh atau dipicit. Kulit haruslah
dipelihara supaya sentiasa bersih, senam selalu dan rehat secukupnya
UNTUK MELIHAT PRODUK YANG HEBAT MENGHILANGKAN
PARUT,JERAWAT,JERAGAT DAN KULIT BERKEDUT INI SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY
JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4
Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.