Kulit Lebih Muda Dengan Lobak
Berapa banyak?Satu,dikupas dan dicincang halus.
Penyelidik di Universiti Bristol dan Universiti St. Andrews menyatakan karotenoid yang terdapat dalam lobak merah membentuk kulit yang bercahaya.
Kekalkan Jisim Otot Dengan Bawang Merah
Berapa banyak?Satu,dicincang.
Proses penuaan akan berlaku seiring dengan kehilangan ton otot.Tetapi quercetin flavonoid,sejenis antioksidan dapat membantu mengekalkan jisim otot seterusnya mengekalkan wajah muda anda dengan lebih lama.Satu biji bawang merah dapat membekalkan amaun yang diperlukan untuk anda tampil muda.
Hindari Masalah Uban Dengan Ayam
Berapa banyak?empat bahagian dada,dipotong dadu.
Rambut beruban?Vitamin B12 yang terdapat dalam ayam dapat menghasilkan melanin yang mengekalkan warna rambut dengan lebih lama.
Mata Bersinar Dengan Halia Segar
Berapa banyak?Satu sudu,dicincang.
Arcus senilis adalah satu jalur putih bawah mata yang dikaitkan dengan paras kolesterol yang tinggi.Ia boleh dibuang dengan halia.Jurnal Perubatan Arab melaporkan satu sudu kecil halia segar yang diambil berterusan selama 45 hari dapat mengurangkan kolesterol LDL.
Kekalkan Jumlah Rambut Dengan Kacang Edamame
Berapa banyak?100 gram
Laporan daripada Jurnal Pemakanan menyatakan protein soya yang terdapat dalam kacang edamame menghalang dihydrotestosterone - sejenis hormon yang bertanggungjawab menyebabkan keguguran rambut sebanyak 15 peratus.
Kurangkan Kedutan Dengan Minyak Biji Gandum (Wheatgerm)
Berapa banyak? 3/4 sudu besar.
Makanan yang terbaik bagi mengurangkan masalah kedutan pada kulit adalah vitamin E.Ia berfungsi dengan sebatian seperti lycopene dan beta-karotena untuk mencegah kerosakan disebabkan cahaya matahari,kedutan dan lain-lain penyebab penuaan.Jumlah minyak ini menyediakan anda sehingga 15mg hitungan diet yang disyorkan (RDA).
Kekalkan Stamina Dengan Bawang Putih
Berapa banyak?Dua sudu kecil,dihancurkan.
Senaman membantu memastikan anda kelihatan lebih muda dan bawang putih akan membantu anda untuk mengekalkannya.Penyelidik dari Turki mendapati ia dapat memperbaiki prestasi dengan meningkatkan kestabilan aliran darah.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.