Wednesday, 19 December 2012
Punca Jerawat Tumbuh Kerana Hormon
Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan
penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri.
Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap
itu sendiri.
Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu
mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran,
ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. Secara
umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon
androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan
kelenjar tersebut membesar atau mengembang.
Penghasilan hormon androgen
menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Dan
menurut artikel-artikel lepas, sebum yang terkumpul dan tersumbat di
dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati.
Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen,
lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat.
Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar
Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja
lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti
kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap
jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang
mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk
menghidap penyakit kulit berjerawat ini. Namun, bagi orang dewasa,
masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak
berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk
terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut.
Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah:
1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama
kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan
juga Menopause.
2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual.
3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah
petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau
lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada
kawasan perut .
Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan
tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan
beberapa kaedah. Bagi orang dewasa, masalah jerawat disebabkan hormon
tidak boleh dirawat dengan hanya membeli ubat-ubat jerawat biasa di
farmasi. Masalah jerawat tersebut boleh didapati di klinik-klinik pakar
kulit. Rawatan-rawatan yang diberikan pula termasuklah kontraseptif
oral, ubat mengurangkan radang kulit, ubat anti-androgen atau lain-lain
perubatan semulajadi yang disyorkan oleh doktor.
Pengambilan ubat-ubatan oleh pesakit wanita boleh menyebabkan
kesan-kesan sampingan seperti loya, penambahan berat badan, kelembutan
pada payudara serta penghasilan titisan-titisan darah haid sebelum tiba
waktu kitaran menstrual yang sebenar. Jika pesakit mengambil ubatan dari
sumber semulajadi seperti meminum jus kesihatan, ia tidak mendatangkan
kesan sampingan kepada penghidap masalah jerawat, bergantung kepada
penerimaan tubuh pesakit sendiri.
Untuk penjagaan wajah anda,bertindak sebelum jerawat menguasai hidup anda!Klik pada banner di bawah ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY
JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4
Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.