Api tidur yang nyenyak pasti boleh diperoleh sekiranya anda tahu cara mengatasinya.Cik Fiqah kali ini memberikan beberapa tip yang boleh diikuti oleh ibu hamil.
Trimoster pertama
1. Sering buang air kecil sepanjang malam
Hal ini berlaku kerana rahim yang mengandungi janin itu kian membesar dan membesar lalu menekan organ di sekitarnya termasuklah pundi kencing.Akibatnya pundi kencing diisi dengan sedikit urin,klip pembuka saluran semakin penuh membuatkan anda membuang air kecil secara terus-menerus.
Atasi dengan :
- Kurangkan minum menjelang waktu tidur dan buatlah jadual minum untuk memenuhi kekurangan air.Sekurang-kurangnya 2 liter sehari sebelah pagi menunggu siang hari.
- Hindari minuman yang mengandungi kafein kerana ia mendorong keinginan untuk membuang air kecil.
- Latih diri membuang air kecil sebelum tidur.
- Kurangi waktu tidur siang atau jangan tidur pada waktu siang terlalu lama.
- Ketika hendak tidur siang,jangan tidur lewat petang sehingga membuatkan anda sukar tidur di malam hari
- Hias kamar tidur dengan indah untuk keselesaan.Misalnya meletakkan aromaterapi pada kamar tidur
Atasi dengan :
- Berbincang dengan suami dan sahabat terdekat mengenai hal-hal yang menakutkan,cemas dan membimbangkan terhadap kehamilan.
- Berendam air suam untuk menghindari kecemasan dan menghilangkan kebimbangan
- Lakukan pelbagai aktiviti yang membuatkan perasaan senang dan bahagia.Misalnya,melakukan aktiviti melukis,bermain muzik atau sekadar membaca novel kegemaran.
Atasi dengan :
- Letakkan makanan ringan di sebelah tempat tidur anda.Misalnya biskut kering dan manisan kering.Makan apabila lapar untuk mengurangkan rasa mual.
- Hindari makanan yang pedas kerana ia mendorong penghasilan asid berlebihan dan membuatkan rasa mual.
- Hindari juga makanan tinggi kadar lemak yang sukar untuk dicerna sehingga membuatkan usus anda terpaksa bekerja keras.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.