Sunday, 21 April 2013

Tips Sukses Ketika Berdiet





 


Istilah gemuk dan perut buncit bukan sahaja menjadi ketakutan buat wanita malahan lelaki juga tidak berkecuali . Jika dahulu golongan lelaki terutamanya yang telah berkeluarga memandang enteng terhadap perubahan bentuk badan , tetapi kini mereka mula sedar kepentingan memiliki dan mengekalkan bentuk badan yang sihat dan menarik .
Jadikan tidak hairanlah mereka juga menjadi pesaing hebat buat wanita  dalam berusaha mendapatkan bentuk badan yang diidamkan . Justeru , cara yang paling baik dan selamat ialah mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat . Berikut terdapat sedikit panduan bagaimana merealisikan impian tersebut .

1 . Fikirkan berapakah berat badan yang realistic yang ingin dicapai dan lakukan perancangan yang sesuai . Jangan memaksa diri dengan melakukan diet secara ketat untuk mencapai berat badan sasaran ketat untuk mencapai berat badan sasaran secara drastic dalam jangka masa yang cepat . Ini boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet , berat badan akan naik semula . Malah mungkin lebih teruk dari dahulu . Oleh itu , jangan kecewa jika berat badan tidak turun dengan cepat . Ambil masa anda .

2 . Janganlah terlalu memikirkan masalah berat badan sehingga mengganggu ketenteraman fikir . Ketika berdiet jangan terlalu obsesi untuk segera kurus . Elakkan daripada sering menimbang berat badan bagi mengelakkan anda masa kecewa sekiranya berat badan tidak menunjukkan perubahan . Timbang hanya seminggu sekali bukanya pada setiap hari .

3 . Sibukkan diri dengan hobi menarik seperti melukis , mengukir ukiran kayu dan sebagainya , terutama sekali jika anda baru menjalani program diet . Ini bagi mengelakkan diri anda terlalu memikirkan keberkesanan program tersebut atau makanan enak . Lebihkan tumpuan terhadap perkara yang anda lakukan daripada godaan makanan yang bermain di minda anda .

4 . Sebelum membuat keputusan untuk membeli produk diet yang begitu banyak di pasaran , terlebih dahulu dapatkan nasihat doctor . Preskripsi doktor adalah lebih selamat daripada mendengar nasihat rakan atau juru jual . Usah terlalu terpengaruh dengan promosi hebat daripada produk-produk pelangsingan tanpa mengambil kira keberkesanan dan keselamatan diri .

5 . Elakkan daripada mengambil mekanan berlemak dan berkalori tinggi . Baca kandungan nutrisi yang terdapat pada label makanan sebelum mengambilnya . Lebih baik , pilih makanan kaya serat dan vitamin dalam pemakanan harian anda . Selain itu , jangan tinggalkan jadual makan yang paling penting . Jadikan bijirin berserta susu rendah lemak sebagai menu sarapan pagi anda .

6 . Mulakan waktu makan malam anda sebaik-baiknya sebelum atau pada pukul 7.00 malam . Jangan mengambil makanan berat selepas waktu tersebut kerana kadar metabolism dalam badan berada pada paras yang rendah dan ia akan menyebabkan makanan yang dimakan berkumpul sebagai lemak . Jika perut berasa lapar , cubalah menjamah buah-buahan , salad atau bijirin sebagai alas perut sebelum menanti siang .

7 . Lakukan senaman secara berkala . Ketika di rumah anda boleh melakukan sit-up untuk perut anda . Bagi anda yang berkemampuan , berkunjunglah ke gymnasium yang menyediakan alatan yang sesuai untuk anda . Senaman selain membentuk otot yang sihat , ia juga membakar lemak . Hasilnya , badan kembali tegap , bertenaga dan menarik .

UNTUK MENDAPAT DIET YANG KONSISITEN ANDA BOLEH KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.