Menurunkan
berat badan memang sukar kerana ia bergantung kepada
motivasi dan keinginan yang kuat dan sertai dengan konsistensi dalam menjalani
program diet.Pola makan yang baik serta mengikut jadual merupakan antara kunci keberhasilan
program diet.Namun,ia akan menjadi lebih efektif apabila anda turut mengatur nilai gizi yang baik untuk setiap makanan yang anda makan.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ketika mengambil keputusan untuk melakukan diet adalah dengan menghindari makanan yang berkalori tinggi sera mengandungi banyak lemak seperti daging,keju atau makanan
berlemak yang lain.
Makanan ini boleh digantikan dengan makanan yang mengandungi banyak serat semula jadi serta mengandungi protein seperti yang terdapat pada buah-buahan,sayur-sayuran dan kekacang.
Makanan yang kaya dengan serat biasanya memerlukan masa yang lebih lama untuk dicernakan.Sebab itu makanan tinggi serat ini menjadi sumber yang amat baik untuk membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.
Bukan itu sahaja,serat juga melambatkan kepekatan insulin.Kadar serum insulin yang tinggi di dalam darah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan rasa lapar.Kerana itulah serat amat penting dalam program diet supaya anda tidak berasa cepat lapar.
Belajar berdieta waktu
Olahraga yang teratur dan seimbang merupakan salah satu aktiviti yang boleh membantu memberikan hasil yang sempurna bagi diet anda.Ini kerana olahraga yang cukup dan teratur dapat membakar kalori dan lemak yang terkumpul di dalam tubuh, dan dikeluarkan melalui perpeluhan.Bagi yang berasa malas untuk berolahraga dan hanya mahu menumpukan pada makan yang sihat,anda boleh cuba ikuti panduan ini :
Menu diet pagi
Ketika bersarapan,anda boleh menggantikan kuning telur ataupun keju dalam campuran omelette dengan sayur-sayuran seperti brokoli,sawi ataupun cendawan.Sayur-sayuran memiliki kalori yang rendah namun cukup mengenyangkan anda sehingga tiba untuk waktu makan tengah hari.Selain itu,sayur-sayuran juga memberi aroma serta cita rasa yang khas.
Menu sarapan yang kaya dengan sayur-sayuran akan membuat anda merasa kenyang dengan lebih lama.Sebaliknya, bagi mereka terbiasa menikmati hidangan seperti roti atau pun bijirin ketika bersarapan,anda boleh cuma mengurangkan kuantiti yang anda makan atau mengantikannya dengan buah-buahan seperti epal,pisang atau pun oren.
Menu diet tengah hari
Waktu makan tengah hari antara waktu yang penting untuk anda mengawal nafsu makan jika anda ingin berjaya dalam program diet.Sekiranya anda biasa menikmati hidangan berat pada waktu ini terutama hidangan berkalori tinggi dan berkabohirat seperti nasi,bihun,mi dan lain-lain, kini anda perlu cuba menguranginya atau pun mengantikan dengan hidangan buah-buahan segar.
Selain itu,anda boleh menikmati hidangan kekacang yang rendah kalori sebagai makanan tambahan selain buah-buahan.Ia dijadikan sebagai makanan penganti nasi dan makanan berat yang lain.Menu sebegini jauh lebih rendah kandungan kalorinya berbanding dengan nasi.
Menu diet malam
Jika waktu makan tengah hari anda perlu berhati-hati dengan nafsu makan,waktu malam pula anda perlu berhati-hati dengan jenis makanan dan masa.Disebabkan waktu malam merupakan masa untuk berehat dan anda tentunya tidak melakukan banyak aktiviti,anda perlu pastikan hidangan waktu malam ini lebih menyihatkan.
Masih perlu menghindari hidangan makanan yang mengandungi lemak serta kalori yang tinggi,anda juga perlu banyakkan hidangan berserat dan berprotien yang berasal dari ikan yang mengandungi omega 3 agar keperluan gizi harian anda dapat dipenuhi.
Selain itu,omega 3 juga baik untuk memperbaiki sel-sel tubuh serta perkembangan otak.
Hidangan berserat juga boleh didapati daripada sayur-sayuran seperti brokoli atau buah-buahan,tetapi anda perlu perhatian juga kuantiti ang anda makan.
Elakkan dari makan berlebihan.Menikmati sedikit coklat juga dapat membantu mengurangkan nafsu makan tetapi pastikan anda makan dalam jumlah yang sedikit.