Tuesday, 23 October 2012

Ketahui Punca Mulut Berbau


Pernahkah anda berhadapan dengan situasi ini?Anda sedang berbual bersama seorang teman,tiba-tiba dia menjarakkan dirinya sambil menutup hidung? Apa yang tidak kena?

Selain menjaga penampilan diri,seperkara lagi yang wajar diambil kira seatu berkomunikasi ialah masalah mulut berbau.Mari kita kenal pasti apakah punca mulut berbau dan bagaimana mengatasinya?

Kotor dan bakteria
Gejala mulut berbau datangnya dari mulut itu sendiri,sama ada daripada sisa makanan atau bakteria.Bau mulut sama seperti bau badan.Ia adalah hasil miksob yang tinggal di tubuh dan menghasilkan bau.Bakteria dalam mulut berinteraksi dengan lebihan makanan,darah dan air liur,lalu menghasilkan volatile yang berbau tajam

Langkah mengatasi :
Kembali kepada asas yang mudah,iaitu menjaga kebersihan gigi.Pastikan anda memberus gigi dua kali dalam sehari dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan.Tahukah anda,memberus lidah sewaktu memberus gigi juga dapat mengurangkan nafas berbau.Tak percaya?Cubalah…..


Mulut kering dan gusi meragam
Gusi berdarah dan mulut kering merupakan factor yang menyumbang kepada masalah mulut berbau.Keadaan menjadi lebih teruk sewaktu cuaca panas dan ketika anda sendiri kurang minum air putih.Gusi berdarah dan kering yang terkemam di dalam mulut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Langkah mengatasinya:
Rajin-rajinlah minum air putih untuk pastikan mulut anda sentiasa basah dan berair.Berkumur-kumur dengan penyegar mulut setiap kali selepas memberus gigijuga langkah yang baik bagi menghalang pembiakan bakteria menguasai mulut anda.

Faktor makanan
Satu lagi faktor gejala mulut berbau ialah pemakanan.Terdapat banyak jenis makanan yang boleh mengundang bau mulut yang kuat.Antaranya,bawang merah,bawang putih,kopi,durian dan lain-lain.Merokok juga membuatkan bau mulut jadi lebih parah!

Langkah mengatasinya :
Hindari makanan yang berbau tajam,jadikan teh sebagai hidangan wajib setiap hari kerana teh mengandungi polifenal sejenis bahan kimia yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria penyebab bau mulut.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.