SEJARAH HOMEOPATHY


HOMEOPATI  DAN  MANUSIA
AIZAN BINTI SAHPRI ( A57886)
KANDUNGAN
1.      Pengenalan
2.      Sejarah Pengasas dan Perkembangan Homeopati
3.      Falsafah Penyembuhan Penyakit secara Homeopati
4.      Konsep Penyembuhan Penyakit secara Homeopati
5.      Penawar Homeopati
6.      Materia Medica
7.      Cadangan Penawar Homeopati
8.      Pantang Larang dalam Rawatan Homeopati
9.      Penutup
10. Bibliografi
PENGENALAN
Homeopati berasal daripada dua perkataan iaitu ” homoios” dan  “pathos”. Homoios bererti ’serupa’ atau ‘seumpama‘ . ‘Serupa’ merujuk kepada tanda – tanda atau simptom. Maksudnya ialah jika sekiranya seseorang itu mengalami tanda – tanda penyakit seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan atau menghilangkan penyakit tersebut. Sementara  pathos membawa maksud ‘penderitaan’ , ‘perasaan’ atau ‘penyakit’.Dengan itu , homeopati merujuk kepada cara “merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa “atau” Law of similars”.
SEJARAH PENGASAS DAN PERKEMBANGAN HOMEOPATI

A Brief History of Homeopathy

hahnemann-picture.gif
Sejarah perubatan homeopati telah bermula semenjak 200  tahun lampau hasil usaha seorang doktor berbangsa Jerman, Samuel Hahnemann atau nama sebenarnya Christian Friedrich Samuel. Beliau dilahirkan di Meissen, German Timur pada tahun 1755.
Semasa menerima pendidikan tinggi di Meissen, beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Pada tahun 1775, beliau memasuki Universiti Leipzig untuk mempelajari ilmu perubatan. Dua tahun kemudian beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylvania. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doctor of medicine pada 10 Ogos 1779.
Beliau memulakan kariernya sebagai pengamal perubatan di Hettssted iaitu sebuah kawasan perkampungan galian di Saxony. Sembilan bulan berikutnya , Dr. Hahnemann berpindah ke Dessau dan bekerja di Mohren Pharmacy. Kemudian beliau berkahwin dengan anak tiri pemilik farmasi tersebut yang bernama Johanna Kuchler. Apabila beliau berpindah keDresden, beliau menyambung pelajarannya dalam ilmu kimia dan perubatan di samping menterjemahkan buku dalam bahasa Perancis , Inggeris, Latin dan Greek ke bahasa Jerman. Ketika beliau sekeluarga berpindah ke Leipzig pada tahun 1789, beliau merasakan amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar dan tidak bertamadun serta kurang berkesan. Ini menimbulkan kemarahan oleh pihak yang berada dalam profesion tersebut. Dalam pada itu, sistem perubatan baru yang dikenali sebagai ‘homeopati’ mula berputik. Pada tahun 1799, satu tragedi telah melanda di Leipzig iaitu wabak demam scarlet. Beliau dengan penuh yakin memberikan penawar iaitu Belladona dan ternyata ianya berkesan. Pada tahun 1810, karya beliau iaitu ‘ Organon of Rational Medicine’ telah diterbitkan dan nama barunya ialah  Organon of the  Healing Art’. Di dalam organon inilah beliau mengembangkan prinsip asas homeopati iaitu ‘SIMILIA SIMILIBUS CURENTER’ atau ‘Let likes be cured with likes’.
FALSAFAH PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI
Falsafah penyembuhan homeopati ialah mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki. Cara penyembuhan yang paling ideal ialah mengembalikan kesihatan dengan jalan yang cepat , lemah – lembut dan berkekalan ,atau menyembuhkan penyakit secara keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat dipertanggungjawabkan serta paling tidak memudaratkan menurut kaedah ma’kul.
Dalam homeopati , asas penyembuhan yang saintifik dan rasional dapat mudah difahami. Dr.  Hahnemann percaya bahawa doktor – doktor atau pengamal – pengamal yang cekap harus memiliki ;
  • Pengetahuan tentang penyakit – penyakit tertentu.
  • Pengetahuan tentang kuasa tiap – tiap penawar.
  • Mengetahui penawar mana yang harus dipilih
  • Mengetahui dos yang betul.
KONSEP PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI
Homeopati adalah satu sistem perubatan  yang membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang dan bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Prinsip asas perubatan homeopati ialah bersandarkan konsep ‘persamaan’ ataupun Law of Similars yang juga merupakan maksud bagi perkataan homeopati iaitu homois dalam bahasa Yunani.
Konsep ini bermaksud penawar homeopati yang diberikan kepada pesakit ialah benda yang sama yang mampu menghasilkan  gejala penyakit tersebut. Teori persamaan ini diasaskan oleh Hippocrates , seorang pengamal perubatan Greek yang juga digelar sebagai Bapa Perubatan. Melalui ilmu perubatan Hippocrates,Hahnemann akhirnya mengambil  konsep ini sebagai intipati perubatan homeopati  dengan mentakrifkan persamaan sebagai ‘Let likes be cured by likes’ yang bermaksud ‘ Yang sama menyembuhkan yang sama’. Sebagai contoh ,kuinin berkesan mengubati malaria, tetapi jika diberikan kuinin kepada orang yang sihat, ia boleh menyebabkan individu itu mendapat simptom malaria.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Hahnemann, beliau menemui konsep pemberian ubat dalam dos yang paling minimum  dan hanya sejenis ubat diberikan dalam tempoh satu masa supaya sistem dalam badan pesakit tidak terlalu kompleks dalam tempoh itu. Beliau percaya, ubat sepatutnya digunakan secara halus dan lembut bagi merangsangkan pemulihan secara semulajadi  tanpa membangkitkan kesan sampingan yang berbahaya dan seterusnya menyebabkan kecederaan lain yang lebih parah. Dalam perubatan homeopati , diagnosis atau nama penyakit tidaklah begitu penting tetapi diri pesakit itu lebih penting kerana dipercayai apabila seseorang itu sakit, ia disebabkan kuasa hayat atau fitrahnya yang terganggu. Akibat gangguan itu, maka lahirlah pelbagai simptom sama ada mental, emosi  atau fizikal. Ini berbeza dalam rawatan alopati di mana rawatan diberikan berasakan pengenalan penyakit. Oleh itu seorang doktor alopati lebih teliti dalam aspek pemeriksaan seperti ujian makmal atau x-ray bagi tujuan memastikan masalah sakit dan puncanya seperti yang diadukan pesakit. Justeru itu, dalam homeopati penawar yang diberi berdasarkan keadaan pesakit secara keseluruhan. Ia bukanlah suatu keanehan jika dua pesakit yang mempunyai  sakit yang sama tetapi diberi dua penawar yang berbeza. Inilah yang membezakan antara rawatan homeopati dengan rawatan lain yang menyediakan ubat untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Dengan kata lain, homeopati lebih kepada rawatan holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya. Rawatan homeopati pada hari ini adalah sama dengan yang diamalkan pada zaman Hahnemann. Pesakit akan ditemu bual oleh pengamal homeopati dan dibiarkan bercakap. Doktor akan menilai pesakit itu dari segi bentuk tubuh , kelakuan dan emosinya dan penawar akan dipilih mengikut keseluruhan simptom .Tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan  bagi satu – satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor membuat pilihan penawar.
PENAWAR HOMEOPATI
Penawar homeopati dihasilkan daripada bahan – bahan semula jadi tanpa menyebabkan kerosakan kepada persekitaran. Jumlah bahan yang diperlukan untuk membuat penawar adalah  sedikit dan sumber bahan – bahan ini mudah diperolehi  dan didapati daripada tumbuhan , galian dan haiwan .
Penawar homeopati diperolehi dari alam semula jadi seperti galian dan logam, daripada tumbuhan dan haiwan dan kini  diperolehi dari sumber sinaran / pancaran. Penawar  – penawar baru dibentuk melalui proses kimia menggunakan eksperimen ( digelar “pembuktian” atau “proving”) ke atas manusia secara sukarela . Penawar  – penawar dibuat melalui proses larutan berulang ( repetitive dilution) dan  proses goncangan digelar “mempotensi” (potentisation). Hasil terakhir biasanya dalam bentuk globiul – globiul ” gula susu” atau cecair. Satu atau dua globiul diletakkan ke bawah lidah pada satu – satu masa dikira sebagai satu dos.
Oleh kerana pembuatan penawar homeopati berteknologi rendah, maka ia tidak memerlukan penglibatan syarikat – syarikat besar. Ini kerana sesiapa yang mempunyai pengetahuan  dan kepakaran yang betul serta bertanggungjawab mampu menghasilkan penawar. Selain itu, kesan penawar homeopati terbukti selamat dan tiada kesan sampingan , maka ujian dan percubaan yang mahal tidak diperlukan.
MATERIA MEDICA
Materia Medica Homeopati merujuk kepada rekod – rekod tentang kesan – kesan bahan bernilai perubatan yang aktif ke atas orang – orang yang sihat yang secara teknikalnya dikenali sebagai ‘uji bukti’. Terdapat juga tumbuh – tumbuhan yang digunakan sebagai materia medica . Antaranya ialah Allium cepa , Cadendula officinalis , Aconitum napellusCocculus indicus dan Iris versicolor. Selain tumbuhan, terdapat bahan – bahan semulajadi lain yang digunakan sebagai penawar homeopati. Bahan – bahan tersebut ialah Apis mellifica , Calcaria carbonica ,vigatibilis carbo , Sepia dan sulfur.
Allium cepa
Bawang besar jenis merah adalah sumber utama Allium cepa. Ia digunakan sebagai penawar untuk simptom badan sejuk akibat perubahan cuaca (sejuk) dan batuk. Selain itu ia juga digunakan sebagai penawar untuk simptom demam dengan tanda hidung berair, mata berair dan berhingus, bersin yang kuat dan sakit kepala. Ada ketikanya ia berkesan merawat suhu badan yang terlalu tinggi.
Cadendula officinalis
Calendula sangat berguna dalam menghasilkan penawar untuk pertolongan cemas. Krim atau losen daripada Calendula boleh didapati dengan meluas di kebanyakan farmasi dan tidak memerlukan rujukan pakar homeopati secara khusus. Calendula dihasilkan daripada bunga Marigolds dan banyak ditemui di kawasan pedalaman Eropah Selatan. Keseluruhan pokok ini digunakan untuk membuat penawar masalah berkaitan kulit seperti luka, melecur ,kesan kebakaran kecil dan jangkitan kulat.
Aconitum napellus
Aconite adalah penawar yang disarankan apabila simptom muncul dengan tiba – tiba. terutama akibat terdedah kepada angin sejuk dan kering. Ia juga dijadikan penawar untuk simptom – simptom demam dengan kulit panas dan kering , gelisah serta cemas akibat terperanjat, terkejut dan takut.
Cocculus indicus
Cocculus indicus adalah penawar bagi  loya, muntah dan pening. Oleh itu ia sangat sesuai untuk mereka yang mabuk kenderaan darat seperti menaiki kereta atau keretapi , mabuk laut atau pesakit yang berasa hendak muntah apabila bangun dari tidur.
Iris versicolor
Iris versicolor adalah penawar paling berkesan untuk melegakan kesakitan dan kencing tidak lawas, cirit – birit. Kadangkala pesakit yang mengalami masalah di atas juga diserang sakit kepala yang kuat dan gastrik.
Apis mellifica
Apis mellifica dihasilkan daripada madu lebah dan keseluruhan tubuh badan serangga ini termasuklah bisanya sekali. Ia mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah tekanan seperti rasa takut yang tidak terkawal , marah/meradang , cemburu dan tertekan selepas mendapat berita buruk. Simptom ini mungkin akan diikuti dengan perlakuan terburu – buru ( samada secara terang – terangan ataupun tidak)
Calcaria carbonica
Calcaria carbonica adalah antara penawar paling penting dalam perubatan homeopati. Ia dihasilkan daripada sejenis tiram yang banyak ditemui di negara – negara Eropah dan merupakan prekripsi utama untuk menyeimbangkan tahap kalsium atau membetulkan tugas badan yang tidak teratur. Kalsium penting untuk mempertingkatkan keberkesanan fungsi badan dengan bergabung dengan protein membentuk sebatian – sebatian penting. Jika kalsium tidak diserap dengan sebaiknya, terlalu berlebihan atau terlalu berkurangan ia akan menimbulkan masalah lain dalam badan.
Carbo vigatibilis
Penawar ini dihasilkan daripada arang kayu. Dr. Hahnemann menggunakan arang daripada kayu pokok birch tetapi rawatan homeopati moden menggunakan arang daripada pokok bic. Carbo vigatibilis sering digunakan sebagai penawar masalah pembuangan tidak lancar disebabkan oleh angin terutama pada bahagian atas kawasan perut. Dalam sesetengah keadaan ia berkesan sebagai penawar bagi masalah batuk.
Sepia
Sepia diklasifikasikan sebagai penawar untuk wanita dan selalunya digunakan bagi masalah sakit sewaktu datang haid dan masalah oleh menopous. Penawar ini diambil daripada cairan dakwat yang terdapat pada sotong.
Sulfur
Belerang adalah antara bahan utama dalam perawatan homeopati. Ia berkesan untuk membuang toksin dalam badan. Ia boleh digunakan untuk kedua – dua jenis penyakit; akut mahupun kronik.
CADANGAN PENAWAR HOMEOPATI
Baberapa penawar homeopati disenaraikan di bawah berdasarkan simptom – simptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Ia boleh digunakan dalam keadaan sakit akut.Bagaimanapun jika simptom berterusan, rawatan homeopati profesional adalah lebih sesuai. Antara penawar yang ditunjukkan adalah penawar bagi simptom – simptom senggugut ,selesema dan resdung.
MASALAH SENGGUGUT
Petunjuk utamaPenawar homeopati
Sakit yang menghiris. Perlu membongkok. Mengurang dengan tuaman panas atau minuman panas.Magnesia phosphorica
Ketidakselesaan bahagian perut yang mengejang. Sakit memberat ke bawah. Perlu menyilang kaki. Ingin bersendirian.Sepia
SELESEMA
Petunjuk utamaPenawar
Datang secara perlahan. Dahaga. Anggota rasa berat (rasa kebas dan sukar digerakkan). Mabuk atau pening. Rasa mengantuk.Gelsemium
Peluh lampau. Tak tahan haba panas. Lidah “berpeta” terdapat lekukan gigi. Rasa logam dalam mulut.Mercurius
SINUSITIS ( RESDUNG)
Petunjuk utamaPenawar
Mudah berpeluh. Nak cepat. Tak puas hati. Bercanggah. Pemarah dan membuat keganasan. Hidung sentiasa berhinggus. Hinggus pekat berwarna kunung kehijauan serta berbau.
Calcureum
Perubahan gejala mendadak. Mudah menangis. Perlu diteman. Banyak hingus dan berwarna kuning. Diiringi masalah selaput mata (konjuktivities). Ia melarat jika panas dan akan mengurang apabila sejuk.
Pulsatilla
PANTANG LARANG DALAM RAWATAN HOMEOPATI
Terdapat beberapa pantang larang  yang perlu diikuti oleh pengguna apabila mengambil rawatan homeopati bagi mengekalkan keberkesanan penawar. Antara pantang larang itu ialah ;
1.      Penawar hendaklah dimakan ketika perut kosong dan mulut hendaklah bersih. Jangan makan atau minum dalam masa setengah jam sebelum atau selepas mengambil ubat homeopati.
2.      Sewaktu mengambil ubat, sebolehnya jangan terkena jari. Gunakan tudung botol ubat untuk memasukkannya ke dalam mulut.
3.      Elakkan daripada minum kopi ,teh , kopi segera dan bahan lain yang menggunakan kafeina. Elakkan juga merokok kerana bahan – bahan ini ( termasuklah nikotin) boleh menghilangkan kuasa penawar ubatan homeopati.
4.      Ubat – ubat homeopati sangat sensitif terhadap suhu panas dan bau – bau  yang kuat seperti minyak wangi dan rempah. Tutup botol penawar kemas – kemas setelah digunakan.
5.      Jauhkan ubat daripada kapur barus dan yang sama jenis dengannya.
6.      Elakkan memakan makanan bercuka dan masam.
7.      Jauhkan ubatan daripada semua jenis minyak angin. Jika perlu menggunakannya , jarakkan jangka masa penggunaan dengan pengambilan ubat.
8.      Elakkan mengambil bahan lain yang mengandungi  bahan dadah dalam masa rawatan.
9.      Ubat homeopati bekerja lebih berkesan sewaktu perut kosong. Oleh itu ,ambillah ubat 1/2 jam sebelum makan atau minum.
10. Elakkan daripada terdedah pada haba atau cahaya kuat.  
PENUTUP
Kesimpulannya perubatan homeopati merupakan perubatan tradisional  yang semakin popular sehingga kini. Walaupun ia bukanlah suatu bidang profesional namun keberkesanan perubatannya  sungguh menakjubkan.  Ini kerana perubatan homeopati lebih mengutamakan diri pesakit berbanding penyakit yang dihidapinya. Oleh  itu , keadaan mental serta bagaimana hubungan pesakit dengan alam sekeliling paling diutamakan dalam pemilihan penawar.
BIBLIOGRAFI
1. Majalah Wanita . Mei 1998 . Kumpulan Syarikat Utusan Melayu Berhad.
2. Mohammad Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan Homeopati.
Burhanuddin al – Helmy. 1985. Sepintas lalu Perkembangan Ilmu Perubatan. Majalah Perubatan Homeopati.

PESANAN PENTING BUAT PENGUNJUNG LOVE HOMEOPATHY

JIKA ANDA RAGU UNTUK MEMBELI PRODUK SECARA ONLINE ATAU ANDA PERTAMA KALI ATAU TIDAK PERNAH MEMBELI SECARA ONLINE ANDA TIDAK PERLU BIMBANG, SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN ANDA SEWAKTU ANDA BANK IN DI MESIN ATM ATAU TRANSFER DUIT.ANDA BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS JIKA PRODUK ANDA TIDAK SAMPAI KE TANGAN ANDA "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Dapatkan info terbaru via Facebook. Silahkan klik LIKE / SUKA.

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-1-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvLo59a4 Under Creative Commons License: Attribution
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/06/tutorial-4-tak-nak-orang-copy-entry.html#ixzz1rvNxbWYB Under Creative Commons License: Attribution
Elegant Rose - Working In Background
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥